Bab 4

24 6 0
                                    

Skrin telefon direnung dalam. Anak mata melihat satu-persatu wanita di dalam telefon itu. Beberapa saat kemudian, Syed Faiq menghela nafas berat sebelum meletakkan telefon tersebut ke atas meja.

Tangan naik mengurut dahi. Syed Faiq berasa tidak tenang sekarang ini. Wajah gadis itu bermain-main dalam fikiran. Kenapa kau perlu muncul semula? Kenapa sekarang? Kenapa selepas dia kianat kau, kau muncul dalam hidup aku. Kenapa sebelum ni kau tak sedar kewujudan aku?

Telefon diambil semula sebelum gambar gadis itu dipandang semula. Kau cantik Alliya, cantik sangat. Tak pernah berubah dari dulu.

Tanpa sedar senyuman terukir sedikit. Dia rindu akan gelak tawa gadis itu. Masih dia ingat setiap satu apa yang digemari gadis itu. Makanan kegemarannya, haiwan kegemarannya, warna kegemarannya. Kenapa dia berubah? Mana senyuman mesra dia? Takkan sebab kisah 7 tahun dulu masih beri kesan dalam hidup dia?

Senyuman Syed Faiq mati apabila teringat kembali apa yang terjadi 7 tahun lalu. Aku rindu senyuman kau Alliya. Aku nak tengok senyuman kau. Aku rindu gelak tawa kau.

"Tuan Syed?" Tiba-tiba sahaja kedengaran suara memanggilnya dengan agak kuat di pintu.

Pantas kepala Syed Faiq dipanggung sebelum beralih ke arah suara itu datang. Kelihatan setiausahanya, Safiya sedang berdiri di muka pintu sambal memegang fail.

"Kenapa tak ketuk pintu?" Nada suara mendatar menyoal sebelum dia meletakkan telefonnya semula.

"Saya dah ketuk, tapi tuan tak dengar. Jadi saya buka pintu." Perlahan sahaja suara Safiya. Sudah semestinya dia berasa takut apabila disoal begitu.

Badan Syed Faiq disandar sedikit dipandang Safiya dengan agak tajam.

"Jangan buka pintu selagi saya tak cakap masuk."

Safiya menundukkan kepala. Sumpah dia terlupa Syed Faiq sangat pantang apabila orang masuk ke dalam biliknya tanpa izin. Dia agak gelabah sebentar tadi kerana dia sudah terlambat untuk berjumpa dengan Syed Faiq. Syed Faiq menyuruhnya membawa fail pengurusan sumber manusia masuk ke dalam biliknya pada pukul 3. Sekarang sudah pukul 3:15 petang.

"Maaf tuan." Sekali lagi Safiya menunduk tanda hormat.

Mana fail tu? "

Laju kaki Safiya bergerak ke arah Syed Faiq sebelum fail berisi resume diletakkan ke atas meja.

"Ini tuan. Tuan nak apa-apa lagi?

Syed Faiq hanya menarik fail tersebut sebelum menggeleng perlahan. Dibuka fail tersebut lalu nama seseorang dicari.

"Saya keluar dulu." Safiya menundukkan kepala sedikit sebelum melangkah keluar. Pintu bilik ditutup perlahan-lahan.

Syed Faiq langsung tidak mengangkat kepala, fokusnya tertumpu kepada fail di hadapannya sekarang. Satu persatu resume ringkas calon pekerja yang ditemuduga beberapa tahun dahulu diperhati. Dia mencari resume seseorang. Dia mahu tahu maklumat tentang gasid itu.

Jumpa sahaja apa yang diinginkan, Syed Faiq tersenyum sedikit. Sekeping kertas berisi maklumat serta sekeping gambar diambil sebelum dia kembali menyandar. Kertas itu diteliti.

Syaza Alliya Binti Arman. Seorang gadis ceria yang berasal daripada Kedah.

Syed Faiq merenung gambar berukuran passport yang dilekat pada resume tersebut. Ceria? Dulu ya, tapi kenapa sekarang tak?

Gambar tersebut diusap sedikit. Matanya tidak lepas memandang gambar tersebut. Saya rindu awak Alliya, rindu sangat.

.

.

.

.

"Papa, kedai ni ada jual kek frozen tak?" Damia memandang Syed Faiq seketika sebelum kembali memandang hadapan semula.

Mrs Monseiur RevampWhere stories live. Discover now