"Maaf, saya tak berminat untuk rapat dengan sesiapa. Cukup awak sebagai customer saya."
Ayat yang diungkap Alliya petang tadi berlegar-legar dalam fikiran. Syed Faiq menghela nafas. Awak masih tak nak dekat saya ke Alliya? Susah sangat ke awak nak nampak kewujudan saya. Saya dah lama sukakan awak.
Telefon pintar dicapai sebelum gambar Alliya bersama seseorang ditekan. Kenapa awak suka dia Alliya? Kenapa bukan saya?
"Angah." Lamunan Syed Faiq terhenti apabila mendengar seseorang memanggilnya. Kelihatan seorang wanita berusia 60an mendekatinya dengan senyuman.
"Angah dah nak balik ke? Tak nak tidur sini?" Puan Sri Suraya melabuhkan punggung pada sofa bertentangan dengan Syed Faiq.
Syed Faiq menggeleng dahulu.
"Tak kot mummy, angah kena siapkan slide untuk meeting."
Syed Faiq pulang ke rumah keluarga untuk makan malam. Itupun setelah dipujuk oleh mummynya beberapa kali.
"Mummy baru nak kenalkan angah dengan anak kawan mummy. Esok family diorang nak datang rumah."
Syed Faiq mengalihkan pandangan. Dia cukup rimas dengan perangai mummy nya yang satu ini. Selalu jodohkan dia dengan anak-anak kawannya. Walaupun sudah banyak kali dia menolak, mummynya langsung tidak pernah berputus asa. Itu yang dia malas untuk pulang ke rumah.
"Angah tak minat la mummy."
"Angah tu bukannya muda lagi tau. Sampai bila nak hidup sorang?"
"Angah baru 28 mummy. Muda lagi, banyak lagi benda yang angah nak kejar." Suara ditahan.
Tidak mahu tinggi suaranya dengan syurganya walaupun topik ini sudah disuarakan banyak kali. Sekurang-kurangnya dia bersyukur daddy tidak memaksa dia untuk berkahwin cepat seperti mummy. Jika dua-dua memaksa, dia memang akan hilang sabar.
"Angah dah mampu kan? Apa salahnya kejar impian dan hidup bahagia dengan isteri?" Puan Sri Suraya tidak berputus asa.
Dia cuma mahu pisahkan anaknya sekejap daripada kerja. Daripada habis degree sehinggalah sekarang, anaknya itu terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya ada istreri bolehlah beri kebahagiaannya kepadanya.
"Angah tak fikir pun tentang kahwin. Dari dulu lagi angah cakap, tak payah susah-susah carikan angah jodoh. Nanti angah cari sendiri."
"Macam mana angah nak cari? Angah tu bercakap dengan perempuan pun tak. Kalau ada pun staff sendiri."
"Pandai-pandai angah cari nanti. Mummy tak payah risau. Dah la, angah balik dulu. Assalamualaikum." Syed Faiq terus bangun mendekati Puan Sri Suraya sebelum tangannya disalam.
Malas dia mahu berlama-lamaan di sini. Mummynya tak habis-habis bercakap berkenaan jodoh. Dalam hatinya cuma ada Alliya dari dulu. Macam mana dia nak terima orang lain?
"Angah." Puan Sri Suraya tahu Syed Faiq sedang marah. Syed Faiq ini agak degil jika dibandingkan dengan abang dan adiknya. Syed Faiq lebih berpendirian dan benci apabila kehidupan diatur oleh ibu bapa.
Syed Faiq hanya buat tak endah. Dia hanya mahu keluar dari rumah ini. Balik lagi bagus.
YOU ARE READING
Mrs Monseiur Revamp
RomanceKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...