"Bai papa." Tangan kecil itu dilambai ke arah Syed Faiq yang sedang berdiri bersebelahan pintu kereta.
Babysitter Damia hanya senyum hormat memandang Syed Faiq yang ingin beransur pulang. Memandangkan ibu bapa Damia tiada di rumah, Syed Faiq tidak masuk ke dalam.
"Bai sayang. Love you" Syed Faiq hanya melambai kecil.
"Love you moreeee." Sempat Damia memberi flying.
Syed Faiq juga turut melakukan hal yang sama. Jatuh saham macam ni.
Masuk sahaja ke dalam kereta, laju saya dipandu keluar dari perkarangan rumah sebelum menghala ke destinasi yang dituju.
Beberapa minit kemudian, Syed Faiq memarkir kereta sebelum keluar dan bergerak ke arah sebuah kafe. Dia senyum sedikit. Aku nak dia cakap dengan aku lagi. Tak puas.
Pintu ditolak sebelum dia menuju ke arah tempat duduk biasa. Ikutkan hati, mahu sahaja Syed Faiq pergi ke kaunter dan mencari Alliya, tetapi ditahan dirinya dahulu. Tidak mahu Alliya perasan yang dia sudah kembali tergila-gilakan dirinya.
Beberapa saat setelah Syed Faiq melabuhkan pungguung, Reza datang mengambil pesanan, sekali lagi. Syed Faiq tahan riaksi wajah. Dia mengharapkan Alliya yang datang kepadanya.
"Encik, mana Damia?" Reza bertanya dahulu apabila kelibat kanak-kanak itu tidak kelihatan. Sebenarnya lebih kepada ingin bertanya kenapa datang semula setelah 30 minit lepas baru sahaja beredar dari sini.
"Saya dah hantar dia balik."
Reza angguk sebelum tabletnya diangkat sedikit.
"Encik nak order?" Lebih hairan Reza dibuatnya apabila anak mata Syed Faiq seolah-olah meliar mencari seseorang. Walaupun hanya seketika, dia dapat tangkap pergerakan anak mata itu.
"Alliya ada?" Soalan berbalas soalan, berlainan konteks.
Reza diam sebentar. Dia dah agak.
"Cik Alliya ada. Encik nak jumpa dia?" Mereka semua sudah mengetahui Syed Faiq telah membantu kafe mereka beberapa hari lepas.
Oleh sebab itu Reza tidak risau untuk memberitahu keberadaan Alliya di situ. Lagipun Reza tahu niat asal Syed Faiq ke sini.
"Dia sibuk ke?" Syed Faiq bertanya dahulu. Risau jika mengganggu Alliya membuat kerja memandangkan dia hanya datang ke sini jika diperlukan.
"Rasanya tak. Jap saya pergi panggil."
Syed Faiq menghantar ekor mata mengikut jejak Reza masuk ke dalam dapur. Tolonglah keluar Alliya. Saya nak jumpa awak.
Beberapa ketika kemudian, Reza keluar dari dapur. Syed Faiq menantikan kedatangan Alliya.
Setelah beberapa minit, tiada kelibat gadis itu. Syed Faiq memandang Reza semula. Apabila mata mereka bertaut, Reza membuka langkah mendekati Syed Faiq semula.
Baru beberapa tapak, kelibat Alliya kelihatan.
Syed Faiq simpan senyum. Anak mata dilarikan sekejap daripada terus memandang tepat ke arah Alliya.
"Encik cari saya?" Perlahan sahaja suara Alliya menyoal.
Sumpah dia tengah tak ada mood sekarang ni. Sudahlah emosinya tidak stabil. Baru sahaja dia ingin menangis sebentar tadi, Reza tanpa mengetuk pintu terus merempuh masuk bilik yang diduduki. Ada baiknya juga, tidaklah dia membazir air mata lagi buat kesekian kalinya hari ini.
"Ya, boleh duduk tak?" Mata Syed Faiq bersinar sedikit. Dalam diam dia tersenyum suka apabila Alliya duduk bertentangan dengannya.
"Kenapa ya?" Alliya memandang wajah Syed Faiq.
Alliya dapat menangkap Syed Faiq cuba untuk tidak merenung matanya terlalu lama. Beberapa saat sahaja mereka bertentang mata sebelum Syed Faiq melarikan pandangan.
"Sebenarnya, saya nak kenal awak. Saya dapat rasakan yang awak special. Sebelum ni saya tak pernah kisah pasal orang, tapi bila dengan awak, saya rasa nak kenal lebih dalam."
"Saya tak faham maksud encik." Bukan tidak faham, lebih kepada menginginkan kepastian.
Alliya tidaklah bodoh untuk tidak faham maksud Syed Faiq. Dia semakin meragui lelaki di hadapan ini. Apabila bersemuka sedekat ini, hati kuat mengatakan mereka saling mengenali, tetapi Syed Faiq cuba menyembunyikannya.
"Saya nak berkawan dengan awak. Mana tau kita berjodoh?"
"Encik pasti ke saya ni single? Encik tak pernah tanya tentang status saya."
"Saya tahu awak single. Perwatakan awak tak seperti ada sesiapa. Lagipun awak tinggal dengan ibu awak, pastinya awak belum berkahwin."
Alliya hanya diam. Aku tak pernah bagitau aku tinggal dengan ibu. Keyakinan lelaki ini diluar jangkaan. Syed Faiq seolah-olah tahu tentang dirinya dalam diam.
![](https://img.wattpad.com/cover/360360059-288-k158650.jpg)
YOU ARE READING
Mrs Monseiur Revamp
RomantikKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...