"Sayang." Syed Fyad memanggil isterinya setelah melihat Rania perlahan-lahan menutup pintu.
"Alliya macam mana akak?" Syed Faiq menyoal risau. Tak senang duduk dia di luar. Nak masuk ke dalam pun tidak boleh. Keadaan masih belum mengizinkan.
"Dia meracau jugak tadi. Nasib baik Damia boleh lembutkan hati dia. Lepas je Dania peluk, dia terus diam. Dah tidur dah tu." Lega Rania apabila Damia turut membantunya.
Dengan perut yang agak besar pergerakkannya agak terbatas. Nasib baik anak sulungnya itu pandai bertindak. Memang benar-benar mengikut perangai daddynya, pandai memujuk.
"Abang, Nia tidur dengan Alliya boleh? Risau apa-apa jadi dekat dia kalau biarkan dia dengan Damia je."
Wajah Syed Fyad berubah risau. Dengan keadaan Alliya sekarang, dia risau isterinya akan diapa-apakan dengan kandungan yang sudah mencecah hampir 7 bulan.
"Tak apa ke? Sayang bukannya sihat sangat. Abang risau jadi apa-apa dekat sayang."
"Tak apa la abang. Bilik kita kan depan tu je. Nanti apa-apa Nia call abang. Mia tidur sekatil dengan Nia. Alliya tidur dekat katil lagi satu."
Nasib baik Syed Fyad memang meletakkan dua buah katil super single di dalam bilik Damia memandangkan adik perempuannya, Fatini sering juga bermalam di sini. Boleh juga Rania memantau keadaan Alliya.
"Maaf susahkan akak." Serba salah Syed Faiq dibuatnya. Sudahlah tumpangkan Alliya di sini, kakak iparnya pula menjaga Alliya. Memang benar dia sudah susahkan semua orang.
"Tak apa angah. Akak cuma tolong apa yang termampu. Angah tidur sini ke?"
Syed Faiq diam dahulu. Sekarang sudah pukul 11:40 malam dan dia masih di rumah abangnya. Dia sendiri pun tak tau sama ada perlu tinggalkan Alliya atau tidak. Hatinya begitu berat nak tinggalkan Alliya sendiri.
"Saya tak tau nak balik ke tak." Syed Faiq memandang Syed Fyad di sebelah.
Dia tahu abangnya masih marah dengannya. Siapa sahaja tak marah dengan apa yang telah dia buat? Hanya orang bodoh sahaja tak bengang dengan apa yang dah terjadi.
"Kau cakap nak jaga dia kan? Sekarang kau tinggal dia?" Sinis betul nada suara yang Syed Fyad katakan. Benarnya Syed Fyad masih marah.
"Tak payah baliklah. Alliya cuma kenal angah je dekat sini. Kalau apa-apa jadi akak kena panggil angah."
Syed Faiq mengangguk.
"Eh, tangan angah tu kenapa?"
Syed Fyad juga memandang ke arah tangan Syed Faiq sebelum menggeleng. Budak ni memang la.
"Terkena pisau pencuri tu tadi. Sikit je ni." Selamba sahaja balasan Syed Faiq, seperti tiada apa-apa.
"Sikit apanya macam tu? Dalam lukanya tu angah. Boleh kena jahit tu." Terjerlung mata Rania melihat luka pada tangan Syed Faiq, panjang dan agak dalam.
Lelaki itu hanya membiarkan sahaja lukanya terbuka tanpa sebarang balutan.
"Biar je sayang. Dia kan hero. Setakat luka macam tu dia tak hadap." Makin berapi Syed Fyad sekarang ini.
Perangai selamba Syed Faiq betul-betul menipiskan kesabarannya. Boleh dia biarkan luka macam tu terbuka. Bukannya dia tak tahu dia boleh terkena jangkitan kuman.
"Mana boleh abang. Nanti kena infection la. Kejap akak ambil ubat." Baru sahaja Rania ingin bergerak ke bilik tidur, Syed Fyad menghalang.
"Tak payah sayang. Kejap lagi abang ambilkan. Sayang masuk la dulu, tidur. Dah lewat ni." Sengaja Syed Fyad tak nak isterinya ambilkan ubat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Monseiur Revamp
RomansaKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...