"Awak tak kenal saya ke? Awak tak ingat saya?"
Alliya terjaga dari mimpi. Dadanya berdegup kencang. Lelaki itu, lelaki itu mirip Syed Faiq. Awat dia? Memang aku kenal dia ka? Tapi awat dia buat tak kenal aku?
Alliya berasa tidak sedap hati. Sejak dia dan Syed Faiq berkawan, dia sering mimpi lelaki itu. Setiap kali mereka bersembang, pasti lelaki itu akan menanyakan soalan yang sama dalam mimpi tersebut. Seperti memberi petunjuk kepada dirinya.
Telefon pintar dicapai sebelum paparan skrin dipandang. 4:58 pagi. Ada baiknya dia menghadap Sang Pencipta. Memohon petunjuk darinya.
.
.
.
.
"Akak!" Damia menegur Alliya sebaik sahaja berdiri di tepi kaunter iaitu laluan masuk ke dapur.
Alliya yang sedang membaca novel pada meja kaunter itu terus memalingkan wajah. Wajahnya bertukar ceria sedikit apabila melihat Damia. Sudah lama dia tidak bermain dengan kanak-kanak. Dia sukakan kanak-kanak. Dahulu dia sering bermain dengan anak sepupunya, Sara. Tetapi setelah kejadian gelap yang berlaku dalam hidupnya, dia sudah tidak dibenarkan berjumpa dengan anak buahnya itu.
"Hai princess." Laju sahaja Alliya turun dari kerusi sebelum melangkah ke arah Damia.
Badan direndahkan menyamai tinggi Damia sebelum kepala gadis itu diusap lembut. Rambut Damia yang berwarna perang itu menarik perhatiannya.
"Jom ikut kitorang shopping." Tangan Alliya dipegang sebelum Damia mengedipkan mata berkali-kali, memujuk.
"Eh, Damia. Jangan macam tu. Damia tak tanya papa pun." Terkejut Syed Faiq apabila anak buahnya sesuka hati mengajak Alliya. Damia langsung tidak bertanya kepadanya dahulu.
"Alah papa. Bolehlah. Dah lama Damia tak keluar dengan mommy. Damia rindu nak keluar sama-sama. Kalau ada akak boleh rasa macam keluar dengan mommy daddy."
Syed Faiq terdiam. Betul apa yang Damia cakap. Sejak dua bulan lepas abang dan kakak iparnya selalu ulang alik ke hospital memandangkan kandungan kakak iparnya ada komplikasi. Sejak itulah Damia selalu ditinggalkan di rumah, ataupun dihantar kepada neneknya. Walaupun sering dilayan seperti permaisuri oleh neneknya, tidak mampu menandingi kasih sayang seorang ibu dan bapa kandungnya.
Alliya senyum dahulu sebelum diusap kembali rambut kanak-kanak itu.
"Damia nak akak ikut?" Alliya bertanya dahulu.
Kesian Alliya dibuatnya apabila Damia berkata sedemikian. Syed Faiq pernah memberitahunya yang Damia sering dihantar ke rumah neneknya ketika sedang video call dengan kanak-kanak itu. Damia memang akan meminta Syed Faiq untuk menghubunginya apabila berjumpa dengan bapa saudaranya itu.
"Nak! Boleh tak papa akak ikut?"
Syed Faiq memandang Alliya. Serba salah wajahnya.
"Tak kacau awak ke?"
Alliya senyum nipis sebelum menggelengkan kepala.
"Tak. Lagipun saya memang tak ada kerja pun."
Hari ni suasana kedai agak lengang dan tempahan juga hanya ada satu. Alliya tidak perlu membantu Azisya memandangkan pekerjanya yang lain semuanya ada. Dia hanya berehat sahaja di sini memandangkan ibunya tiada di rumah, balik ke rumah bapa saudaranya.
"Yey!" Damia bersorak kuat. Gembira kanak-kanak itu apabila Alliya mahu mengikuti mereka sekali.
Syed Faiq hanya tersenyum memandang Alliya melayan karenah Damia. Tangan Alliya digenggan kuat oleh Damia. Sebelum ini Damia tidak lepas memegang tangan Syed Faiq, tetapi setelah Alliya mengikuti mereka ditinggalkan sahaja Syed Faiq di belakang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Monseiur Revamp
Roman d'amourKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...