"Selama ni aku bela hang. Aku ingat abah hang salah. Rupanya dak, betullah apa yang abah hang cakap." Air mata sudah menitip pada wajah Hajah Asyirah.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Alliya dengan berpelukan dengan seorang lelaki.
"Aku dah cakap kak. Dia ni memang anak tak guna." Haji Sufian mengapikan suasana.
Haji Sufian merupakan adik kepada abah Alliya. Sejak daripada kejadian dulu, dia sudah membenci Alliya. Dia tidak mahu anak gadisnya mengikuti perangai buruk Alliya.
Anak Haji Sufian, Hairul berpeluk tubuh. Menikmati drama murahan yang sedang berlaku. Dia juga tidak suka akan Alliya. Gadis itu pernah membocorkan rahsianya kepada bapanya sehingga disebat dengan tali pinggang. Hairul menyimpan dendam terhadap Alliya. Tak sia sia aku ikut.
Menantu Haji Sufian, Qais yang turut berada di situ hanya diam. Dia kenal perangai bapa mertuanya, suka memburukkan keadaan.
Hajah Asyirah mendekati Alliya sebelum pipi gadis itu ditampar kasar. Cukup tiga kali Hajah Asyirah menampar gadis itu sebelum dihalang oleh Syed Faiq.
"Jangan macam ni makcik. Saya boleh explain." Syed Faiq menghalang Hajah Asyirah daripada terus menampar Alliya. Dia berdiri di hadapan Alliya.
"Explain apa lagi? Dah sah sah hampa berdua dalam rumah ni, dalam bilik ni. Berpelukan macam tu. Explain apa lagi?" Haji Sufian tidak berpuas hati apabila Syed Faiq ingin menidakkan kebenaran. Sudah terang lagi bersuluh di depan matanya mereka berdua bermaksiat.
"Hang boleh buat maksiat dalam rumah aku!" Tubuh Syed Faiq ditolak kasar ke tepi sebelum Hajah Asyirah memukul kasar tubuh Alliya.
"Adik tak buat ibu! Adik tak buat!" Alliya menangis sambil menghalang pukulan ibunya.
Syed Faiq sudah tidak senang duduk. Dia mendekati Alliya sebelum gadis itu ditarik kasar ke arahnya. Cuba menyembunyikan Alliya di belakang tubuh.
"Makcik jangan pukul Alliya." Syed Faiq menghalang Hajah Asyirah daripada mendekati Alliya sekali lagi. Dia tidak mampu melihat Alliya disakiti begitu.
"Hang sayang sangat kan perempuan tu? Hang kahwin dengan dia. Aku dah tak mau jaga dia!"
Terbeliak mata Alliya apabila ibunya berkata begitu. Dia bergerak dari belakang tubuh Syed Faiq sebelum mendekati ibunya semula.
"Ibu, jangan macam ni ibu. Adik minta maaf. Adik tak salah." Kaki Hajah Asyirah dipeluk erat. Air mata tidak henti mengalir.
"Minta maaf. Tu ja yang hang tau. Dari abah hang hidup, sampai abah hang dah mati. Tu ja yang hang sebut. Tak cukup ka abah hang mati? Hang nak ibu pula ka yang mati?" Hajah Asyirah juga sudah tersedu sedan. Tidak mampu menahan sebak di dada.
Makin lebat air matanya apabila Alliya bersujud pada kakinya.
"Ibu, Alliya tak salah ibu. Alliya tak salah." Alliya menggelengkan kepala. Dipegang kuat kaki Hajah Asyirah.
"Hang sayang dia kan? Hang kahwin dengan dia. Hang jaga dia. Aku dah tak mau tengok muka dia." Hajah Asyirah beralih ke arah Syed Faiq.
Syed Faiq mati kata. Nada suara Hajah Asyirah lebih kepada merayu.
"Saya walikan akak." Laju sahaja Haji Sufian menghulurkan tangan ke arah Syed Faiq.
Syed Faiq memandang huluran tersebut. Fikirannya bercelaru. Dia tidak mampu.
"Saya tak boleh." Perlahan suara Syed Faiq. Dia tahu Alliya tidak bersetuju.
"Kahwin dengan dia. Aku dah tak sanggup nak hadap perangai setan dia."
Terus huluran Haji Sufian disambut. Bengang Syed Faiq dibuatnya apabila Hajah Asyirah berkata demikian. Padahal Alliya tidak bersalah.
"Aku nikahkan hang dengan anak buah aku, Alliya Sofea Binti Arman dengan mas kahwinnya seringgit tunai."
"Aku terima nikah Alliya Sofea Binti Arman dengan mas kahwin seringgit tunai."
"Sah?" Haji Sufian berpaling ke arah anak dan menantunya.
"Sah!" Hairul tersenyum sinis. Puas hatinya melihat apa yang sedang terjadi.
Qais hanya mampu mengangguk apabila bapa mertuanya memandang ke arahnya. Sudah tiada apa yang mampu dibuat. Akad itu memang sah. Berwakil walikan orang yang sah.
Syed Faiq memejamkan mata. Memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Secara tidak sengaja, dia sudah sah menjadi seorang suami.
"Bawa dia balik. Dia dah jadi bini hang." Kedengaran getaran pada nada suara Hajah Asyirah.
Terhiris hatinya dengan kejadian yang sedang berlaku. Dia tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.
"Adik tak mau ibu. Adik minta maaf. Adik tak salah ibu." Alliya sudah meracau. Kaki Hajah Asyirah masih tidak dilepaskan.
"Adik pi dekat dia. Dia dah jadi suami adik. Dia yang kena jaga adik. Ibu dah tak dak hak dekat adik." Hajah Asyirah melepaskan pegangan tangan Alliya daripada kakinya.
"Jaga anak ibu." Pesanan ringkas diberikan kepada Syed Faiq sebelum Hajah Asyirah beransur keluar dari bilik.
Alliya diam menunduk. Air mata laju mengalir.
Haji Sufian berjalan ke arah Alliya sebelum tubuh direndahkan sedikit.
"Tu balasan anak derhaka. Tak sangka hang boleh ulang dosa hang. Dasar anak tak guna." Tangan Haji Sufian naik tinggi, baru sahaja dia ingin menampak Alliya, keras suara Syed Faiq menghalang.
"Jangan tampar dia."
Haji Sufian memandang sini ke arah Syed Faiq.
"Eloklah. Jagalah bini setan hang ni." Haji Sufian bergerak keluar ke dari bilik diikuti dengan Hairul. Sempat juga Hairul menendang perlahan kaki Alliya.
Alliya diam tidak berputik. Dia masih tidak percaya apa yang sudah berlaku.
Syed Faiq juga hanya diam memandang Alliya. Dia tidak tahu bagaimana ingin memujuk gadis itu.
Tiba-tiba terasa bahunya ditepuk lembut dari belakang. Qais senyum nipis ke arah Syed Faiq sebelum bergerak ke arah Alliya.
Qais merendahkan tubuh.
"adik, ikut suami balik dulu. Nanti abang cakap dengan ibu adik." Lembut suaranya memujuk. Alliya memang agak rapat dengannya memandangkan isterinya sepupu rapat Alliya.
Alliya mengangkat kepala.
"Sah ka tadi abang?"
Qais mengangguk. Luluh hatinya melihat keadaan Alliya ketika ini. Dia tau gadis ini baik. Pasti ada sesuatu yang berlaku.
"Sah adik. Pakngah memang wali adik."
Air mata Alliya jatuh buat sekian kalinya. Mulutnya sudah tidak mampu bersuara. Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Seolah-olah mimpi. Mustahil semua ini terjadi kepadanya.
"Sini." Qais memanggil Syed Faiq mendekat.
"Dia dah jadi suami adik. Adik kena ikut cakap dia."
Perhatian Qais beralih kepada Syed Faiq.
"Tolong jaga dia. Abang akan selesaikan yang lain. Alliya ada nombor abang. Nanti minta dekat dia. Nama abang Qais." Qais berdiri menghadap Syed Faiq.
"Terima kasih abang. Maaf dah buat salah dekat keluarga abang."
Qais menggeleng.
"Abang percaya Alliya takkan buat benda terkutuk tu. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Tak apa, nanti kamu bagitau abang. Buat masa sekarang ni, bawa balik Alliya dulu. Pujuk dia, tenangkan dia." Bahu Syed Faiq dipeluk perlahan.
Syed Faiq mengangguk dahulu.
"Baik abang. Terima kasih."

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Monseiur Revamp
RomanceKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...