Bab 14

35 3 0
                                    

Alliya berada di dalam bilik Damia, keseorangan. Damia berada di bilik Syed Fyad. Syed Faiq meminta supaya Alliya diberi ruang untuk berseorangan.

Air mata jatuh membasahi pipi sebelum Alliya menunduk rapat. Tangan digenggam erat sebelum esakan kedengaran perlahan. Sedaya upaya dia menahan sebak. Apa yang berlaku tadi benar-benar menghancurkan hatinya.

Kejadian wajah Syed Faiq ditampar kuat oleh Puan Sri Suraya masih lagi berlegar di dalam fikirannya. Jelas kelihatan wajah kekecewaan pada wajah ibu Syed Faiq, sama seperti di wajah ibunya.

Tangan naik menutup muka sebelum tangisan kian kedengaran.

"Ya Allah, kenapa aku Ya Allah? Kenapa aku?" Air mata semakin laju mengalir. Alliya sudah tidak kisah orang luar dengar akan tangisannya.

Dia bukan sahaja sudah menghancurkan keluarnya sendiri, malah telah menghancurkan keluarga Syed Faiq, lelaki yang telah membantunya. Didepan matanya, Puan Sri Suraya menangis, begitu Syarifah Fatini. Berat untuk mereka terima.

Dengan keadaan yang masih tegang, Syed Faiq membuat keputusan untuk meredakan dahulu keadaan sebelum diterangkan apa yang sebenarnya sudah terjadi. Dia sendiri tidak mahu membebankan Alliya untuk terus melihat pergaduhan ahli keluarga mereka. Dia tidak mahu Alliya berasa serba salah dengan apa yang dah terjadi.

"Kau memang bawa malang."

Tiba-tiba, suara asing kedengaran.

"Kau memang anak tak guna."

Tangan naik menutup telinga sebelum dada terasa sesak.

"Diam! Diam!" Alliya mula meracau.

Suara asing itu kembali, semakin lama semakin kuat.

"Perempuan kotor."

"Perempuan malang."

Tangan semakin kuat menutup telinga. Tangisan Alliya semakin kuat.

"Jangan! Jangan kacau aku!" Alliya mula meracau ganas. Dia bergerak dengan kasar sehingga jatuh terduduk di atas lantai..

"Tak ada siapa terima kau. Semua orang buang kau."

"Diam! Diam!" Alliya menggaru kepalanya kasar. Tudungnya sudah tercabut. Rambutnya kian kusut akibat digosok kasar.

Suara itu semakin kuat. Semakin mengganggu fikirannya.

"Kau bodoh. Kotor!"

"Jangan kacau aku! Diam!" Alliya menjerit nyaring.

Lantas itu badan diangkat pantas sebelum berlalu ke dinding. Tanpa berfikir, kepala Alliya dihentak kuat pada dinding dengan harapan suara itu akan hilang.

Malangnya, suara itu semakin kuat.

"Untuk apa kau hidup?"

"Lebih baik kau mati."

"Argh!" Semakin kuat Alliya menghentak kepalanya.

Serentak itu, pintu ditolak kasar dari luar.

"Alliya!" Syed Faiq berlari laju ke arah Alliya sebelum tubuh kecil itu ditarik masuk ke dalam pelukan, mahu menenangkan Alliya.

Akan tetapi, keadaan menjadi semakin teruk. Alliya menolak kasar Syed Faiq sebelum tubuh lelaki itu terjatuh ke arah kerusi milik Damia.

"Lepas! Jangan sentuh aku!" Alliya semakin teruk.

Tindakan Syed Faiq menyebabkan traumanya semakin teruk. Kejadian gelap yang menimpanya dahulu muncul ke dalam fikirannya.

Belakang Syed Faiq terkena tepat ke arah kerusi sebelum menjerit kesakitan. Kayu tersebut benar-benar terkena tepat pada tulang belakangnya. Dia langsung tidak menjangka Alliya akan menolaknya sebegitu, dia langsung tidak bersedia untuk menahan diri.

Mrs Monseiur RevampWhere stories live. Discover now