"Eh, akak ikut kita balik ke papa?" Hairan Damia dibuatnya apabila Alliya turut masuk ke dalam kereta bersama Syed Faiq.
"Ya, kakak kena tumpang tidur rumah Damia. Mama kakak tak ada dekat rumah."
Terbeliak biji mata Damia. Terus dia bangun dari duduk lalu berdiri menghadap Alliya. Tangan memeluk seat kereta.
"Yey! Boleh tidur dengan akak. Kan akak?" Tersengih kambing Damia sambil memandang Alliya.
Alliya hanya menunduk. Tidaak mahu Damia melihat air mata pada wajahnya. Gadis itu terlalu kecil untuk faham apa yang terjadi. Dia juga tidak mahu bersuara ketika ini.
"Jangan kacau kakak Damia, kakak tak sihat." Syed Faiq menepuk perlahan belakang Damia sebelum menarik handbreak lalu memulakan perjalanan.
"Oh ya ka? Ok Damia duduk diam diam."
Syed Faiq memandang Alliya melalui pantulan cermin hadapan. Kelihatan Alliya sedang membuang pandangan ke luar tingkap. Kereta dipandu laju ke rumah Syed Fyad, abangnya. Dia sendiri tidak tahu sama ada hendak membawa Alliya pulang ke rumahnya atau tinggal di rumah abangnya buat sementara.
Memandangkan mommy Damia, Rania merupakan seorang doctor, mungkin lebih tahu bagaimana hendak menenangkan Alliya memandangkan gadis itu masih tidak stabil. Lebih-lebih berkenaan emosi dan mentalnya.
Fikiran Alliya teringatkan kejadian sebentar tadi. Dia sudah hancurkan hati kedua orang yang dia sayangi.
"Awat ni? Adik?" Terkejut Azisya dibuatnya apabila melihat Alliya sudah lencun dengan air mata.
Lebih terkejut apabila melihat Syed Faiq turut berada di situ. Dia tahu Alliya keluar dengan Syed Faiq sebentar tadi, tetapi dia hairan kerana lelaki itu masih di sini.
Azisya baru sahaja pulang dari kafe. Keluar sahaja dari kereta dia ternampak Alliya dan Syed Faiq keluar dari rumah bersama.
Alliya tidak mampu membalas. Mulutnya terkunci rapat. Hanya air mata yang mengalir laju.
"Kitorang kena tangkap basah, dan Kitorang dah kahwin."
Jantung Azisya bagaikan terhenti. Syed Faiq dipandang dengan mata terbeliak.
Hampa buat lawak ka apa ni? Sumpah Azisya tak percaya. Dia memandang ke arah Alliya, mengharapkan adiknya berkata sebaliknya.
"Adik?"
Anggukan dari Alliya menghancurkan hati Azisya.
Air mata yang jatuh menitik diusap pantas. Alliya tidak mahu Damia nampak dia menangis.
Tiba-tiba, Damia bangun lalu berdiri sebelum berpusing menghadap Alliya di belakang. Baru sahaja Syed Faiq ingin menegur, Damia terus bergerak melangkah ke belakang.
"Damia duduk diam diam jatuh nanti." Syed Faiq terus memegang belakang Damia, mengelak kanak-kanak itu terjatuh ke belakang.
"Damia nak peluk akak boleh?"
Alliya berpaling menghadap Damia. Dalam diam hatinya tersentuh. Sedaya upaya dia menahan sebak. Walaupun Damia tidak tahu apa-apa, dia seperti ingin memujuk.
"Boleh sayang." Ada getaran dalam nada suara Alliya. Peluk sahaja tubuh kecil itu, air matanya laju mengalir. Dipeluk erat tubuh kecil itu.
"Damia sayang kakak."
"Kakak pun sayang Damia."
.
.
.
.
"Apa yang kau dah buat Syed Faiq." Syed Fyad menyoal keras. Ya, dia tahu. Dia cukup kenal adik lelakinya ini.
Syed Faiq yang duduk bertentangan dengannya direnung tajam. Langsung tiada wajah serba salah mahupun sedih. Sah tekaannya tidak salah.
Sampai sahaja ke rumah Syed Fyad, Syed Faiq terus menceritakan segala yang berlaku. Rania yang turut berada di situ turut mengalirkan air mata. Bersimpati dengan nasib Alliya.
Kini Alliya sedang berehat di dalam bilik Damia. Rania juga turut ada di dalam bilik itu, cuba menenangkan Alliya.
"Aku terpaksa Long." Syed Faiq tidak memandang Syed Fyad. Dia tahu bagaimana wajah abangnya ketika ini. Kelat mencuka. Sudah semestinya lelaki itu marah dengan keputusan yang diambil.
"Itu bukan alasan untuk kau buat macam ni." Naik begang Syed Fyad apabila Syed Faiq seolah-olah tidak berasa bersalah.
Dia sudah hancurkan gadis itu, dia juga bakal hancurkan hati mummy mereka.
"Aku akan jaga dia, walau apa pun yang jadi."
Syed Fyad meraup kasar rambutnya. Naik pening kepalanya dengan perangai Syed Faiq. Dari dulu sampai sekarang, ada sahaja masalah yang dibuat.
"Janji dengan aku, kau takkan lari. Kau yang nak, kau kena hadap."
Syed Faiq menggeleng dahulu.
"Aku takkan lari. Aku sayang dia. Aku akan jaga dia."

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Monseiur Revamp
RomansaKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...