Pen yang berada di tangan dimain-mainkan. Fikiran Alliya melayang kepada perbualan bersama ibunya semalam. Dia masih berbelah bahagi dengan cadangan yang diberikan oleh ibunya. Sepanjang 5 tahun menjadi seorang penulis, dia hanya menulis cerita cinta. Setiap satu jalan cerita yang ditulisnya adalah impiannya bersama seseorang. Bagaimana dia mahu menulis suatu kisah yang berbeza selain kisah cinta sedangkan dia sendiri tidak pernah terfikir tentang itu?
"Excuse me." Sapaan dari jarak jauh tersebut menghentikan lamunan Alliya. Pantas dia menoleh ke arah suara itu datang.
Alliya sedikit terkejut apabila lelaki yang diperhatinya kelmarin sedang mengangkat tangan, memanggil pekerja kafe ini. Emosi dan pemikiran Alliya ketika ini terganggu. Dia baru sahaja menangis beberapa minit lepas sebelum kakaknya meminta untuk Alliya menjaga di bahagian hadapan kafe.
Masalahnya sekarang ini, hanya dia sahaja yang berada di sini. Kakaknya Azisya dan beberapa pekerja yang lain sedang menyiapkan tempahan kek di belakang. Hanya dia sahaja yang ditugaskan di bahagian hadapan memandangkan hanya 3 orang pelanggan ketika ini. Azisya tidak risau membiarkan Alliya seorang diri di hadapan memandangkan awal pagi kebiasaannya suasana kafe agak lenggang.
Tanpa membuang masa, Alliya bangun lalu mula membuka langkah ke arah lelaki tersebut, Wajah cuba dimaniskan sebelum mata bertentang dengn jejaka berkulit cerah ini.
"Ya encik?" Nada suara cuba dimesrakan. Dalam diam Alliya semakin mengiyakan apa yang dirasakan olehnya kelmarin. Dia pernah lihat lelaki ini. Wajahnya seolah-olah aku pernah lihat. Aku pernah kenal, tapi kenapa aku tak dapat nak ingat siapa dia?
Kelihatan lelaki itu memandang mata Alliya sekilas sebelum dia berdehem sedikit.
"Awak pekerja baru ke?" Nada suaranya mendatar, tidak seperti ingin bermesra, tetapi soalan yang diajukan berkata sebaliknya.
"Tak, saya adik owner kafe ni. Saya selalunya dekat dapur."
Lelaki itu mengangguk sedikit.
"Anything?" Alliya menyoal semula. Tidak mahu berlama-lamaan di sini. Fikirannya masih belum stabil untuk memandang lelaki ini dalam tempoh masa yang lebih lama. Dia tidak mahu kepalanya sakit kembali.
"Saya nak order 50 matcha cupcake. Esok pukul 9:30 pagi saya datang ambil." Lelaki itu hnya memandang Alliya sekejap sebelum melarikan pandangan. Seolah-olah tidak mahu bertentang mata dengannya.
"Boleh saya tahu nama?" Mahu atau tidak, Alliya perlu tahu nama lelaki ini untuk pesanan tersebut.
Alliya tidak mahu tahu tentang lelaki ini, dia tidak mahu membebankan otaknya untuk mengingat siapa lelaki ini. Akan tetapi dia terpaksa, untuk memudahkan segala urusan.
"Faiq." Balas lelaki itu ringkas.
"Baik." Alliya terus melangkah meninggalkan lelaki bernama Faiq itu.
Dia bergerak ke arah kaunter sebelum buku tempahan dibuka dan menulis pesanan yang dibuat sebentar tadi. Hatinya sedaya upaya menolak untuk mengulang nama lelaki tersebut. Dia tidak mahu tahu, tidak mahu ingat, tidak mahu kenal. Cukuplah apa yang dah bayangi hidupnya ketika ini.
"Adik." Sapaan lembut menyebabkan Alliya berpaling ke belakang.
"Customer tu nak apa?" Azisya yang masih tersarung apron menyoal. Dia terdengar seseorang memanggil di hadapan, sebab itu dia keluar sekejap daripada dapur.
"Dia nak order matcha cupcake. Esok pagi dia mai ambik."
"Dia nak berapa?"
"50."
Mulut Azisya ternganga luas.
"Weh, mana sempat nak buat! Order Dato Faizal yang malam ni punya pun tak siap lagi."
Serentak itu, mata Alliya terbeliak.
"Allah. Habis tu?" Alliya mula menyalahkan dirinya. Awat dari awal hang tak terfikir yang order malam ni tak siap lagi, Aliya? Buku order pun tak check tadi. Main terima ja.
"Habis tu apanya? Kena bagitau balik la kata tak sempat."
Pantas Alliya menggelengkan kepala. Cukuplah dia bercakap dengan lelaki itu sebentar tadi. Dia dah tak mahu. Bukan lelaki itu buat apa-apa kepadanya, tetapi dirinya masih tidak mampu berdalih yang dia mengenali lelaki itu, tetapi dia tidak tahu siapa.
"Aku tak mau."
"Lah, bagitau ja la dia kata tak dan (sempat) nak buat. Order malam ni pun tak siap lagi, bila nak buat order dia?" Tangan Azisya sudah naik memegang kepala.
"Aku tolong hang." Alliya masih lagi berkeras, tidak mahu menolak pesanan pelanggan tersebut.
Azisya mula bercekak pinggang. Dia mula pening dengan perangai Alliya ketika ini. Budak ni, dah macam bisu pula tak boleh bagitau kata tak sempat.
"Dah tu siapa nak jaga kaunter? Mana boleh hang kena jaga kaunter. Kena bagitau juga tak sempat."
Alliya membuat muka. Dia betul-betul tak mau bercakap dengan lelaki itu. Sudah semestinya dia perlu menerangkan sebab kenapa pesanannya perlu ditolak. Dia tidak mahu berlama-lamaan dengan lelaki itu.
"Alah boleh la. Aku tolong hang malam ni. Kita balik lambat sikit."
"Tak payah la. Hang tu tak stabil lagi. Mana boleh kerja teruk-teruk." Azisya mencerlungkan mata. Tidak setuju dengan cadangan yang diberi adiknya. Keadaannya adiknya masih belum pulih sepenuhnya.
"Aku dah ok la. Lagipun kalau aku tak ada kerja, lagi aku fikir macam-macam." Alliya masih dengan kedegilannya. Ada betul juga sebenarnya. Dapat juga Alliya menyibukkan diri dengan kerja. Jika tidak, pasti malam ini dia akan memikirkan tentang lelaki itu. Dia tidak mahu membebankan fikirannya lagi.
"Kalau kita dua pun tak sempat. Maya dengan Su tak boleh balik lambat. Reza separuh hari ja hari ni."
Maya dan Suria merupakan kerja sambilan dan masih bergelar pelajar universiti. Mereka menetap di kolej, jadi tidak boleh pulang lebih daripada masa yang ditetapkan. Reza pula meminta untuk pulang awal memandangkan adiknya ditahan di wad semalam akibat demam panas. Yang tinggal hanyalah Saiful, barista kafe.
"Saiful ada. Kita suruh dia OT malam ni. "
Walaupun Saiful bekerja sebagai barista, tetapi dia tidaklah terlalu kekok membuat kek. Sekurang-kurangnya bolehlah meringankan kerja mereka berdua.
"Dia nak ka?" Azisya menyoal kembali. Dia sudah kenal perangai Saiful. Satu-satunya pekerja yang paling semangat untuk balik awal dan tidak pernah OT langsung. Katanya dia lebih sanggup pokai daripada kerja lebih masa.
"Hang arah ja dia. Kalau dia tak mau, hang paksa. Cakap kalau dia tak ikut, gaji dia tolak 40%. Kita terdesak ni." Alliya ketawa sedikit. Kejam kalau paksa, tapi tak ada pilihan.
Azisya sengih jahat dahulu sebelum mengangguk.
"Ok sat." Azisya mengatur langkah mengatur langkah masuk ke Barista Area-tempat Saiful berada.
Alliya sempat menjeguk Saiful melalui lubang kaunter minuman untuk meletakkan air. Kelihatan Saiful sedang duduk di atas kerusi sambil memandang skrin telefon, bermakna tiada air yang perlu dibuat. Bertambah mudahlah operasi peras ugut berjalan!
Apabila Azisya meloloskan diri masuk ke dalam, bermulalah proses paksaan ditambah dengan peras ugut. Alliya ketawa mengekek apabila mendengar.
"Alah bos!"
"Tak nak".
"Saya sibuk malam ni."
Yang paling best, bila dengar...
"Kalau hang tak stay malam ni, gaji hang aku tolak 40%, ganti rugi sebab tak siap order customer."
Alliya hanya mampu menyaksikan jenayah tersebut. Ada jugalah rasa kesian apabila mendengar Saiful bagitau yang dia ada dinner dengan kawan malam ni, tapi disebabkan terdesak perasaan kesian itu segera ditolak.
Alliya melihat Azisya yang baru sahaja melepasi pintu Barista Area. Senyuman tidak lepas dari bibirnya
"Macam mana?" Sengaja Alliya menyoal walaupun dia sudah tahu jawapannya.
"Settle.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Monseiur Revamp
Storie d'amoreKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...