Bab 16

70 4 0
                                        

"Betul ke apa yang aku dah buat ni?" Syed Faiq bersandar memandang kosong ke hadapan.

Kejadian sebentar tadi berlegar-legar dalam fikiran. Dia mula merasakan perkahwinannya adalah perkara yang salah. Keadaan mental Alliya bertambah teruk selepas mereka bergelar suami isteri.

"Baru sekarang kau nak fikir?" Nada suara Syed Fyad kedengaran sinis. Tangan memeluk tubuh sebelum kaki disilang. Dipandang adiknya yang kini sedang duduk di atas katil hospital.

Hentakan yang agak kuat menyebabkan tulang belakangnya sedikit retak, namun tidak teruk. Syed Faiq perlu ditahan untuk pemantauan.

Hela nafas berat dilepaskan sebelum Syed Fyad menarik kerusi yang didudukinya mendekati katil. Riak wajah Syed Faiq dipandang risau.

"Kau tahu keadaan dia. Kenapa kau pergi peluk dia? Kalau tak, tak adanya kau kena warded sekarang ni."

Walaupun tidak teruk, doktor memberitahu Syed Faiq perlu dipantau sekurang-kurangnya 5 hari. Tulang belakang adalah tulang utama, tak boleh dibuat main.

"Aku tak tau." Wajah tidak berkalih. Mata Syed Faiq hanya memandang depan.

"Kau tau dia trauma"

"Ya, tapi bukan punca. Aku tak tau apa punca dia trauma."

Syed Fyad mendekati Syed Faiq. Dahinya berkerut.

"Dia kena halau dengan ayah dia. Kau sendiri yang bagitau aku." Agak keras nada suara Syed Fyad. Faiq sendiri yang memberitahunya tentang apa yang berlaku pada Alliya. Sekarang, dia cakap tak tau?

Syed Faiq berpaling, memandang Syed Fyad.

"Aku yakin dia bukan trauma sebab itu. Dia takkan tolak aku sekuat tadi kalau hanya disebabkan dia trauma dengan ayah dia." Syed Faiq pasti tentang itu.

Apa yang dia tahu, Alliya mengalami kemurungan selepas dihalau dan dibenci oleh ayahnya. Tak mungkin disebabkan itu, Alliya sanggup menolaknya dengan begitu kuat sehingga terhentak pada kerusi.

Syed Fyad terdiam. Ada betul apa yang Syed Faiq katakan. Tiada sebab untuk Alliya menjadi agresif selepas dipeluk Faiq, suaminya sendiri.

Syed Faiq pandang hadapan semula.

"Dia seolah-olah..."

Syed Fyad memandang Syed Faiq.

"Takut lelaki."

Dahi Syed Fyad berkerut kembali. Takut lelaki?

"Maksud kau?" Syed Fyad tidak mengerti.

"Aku fikir, dia malu untuk sentuh aku. Rupanya dia takut. Banyak kali aku cuba untuk pegang dia, tapi dia elak. Banyak kali aku cuba duduk sebelah dia selepas ibu tau tentang dia, tapi dia langsung tak bagi aku peluang."

Apa yang berlaku sejak dua hari lepas bermain di fikirannya. Alliya pernah menyentuh tangan dan wajahnya ketika pertama kali, tetapi itu juga menjadi kali yang terakhir. Alliya sering melarikan diri daripadanya.

"Kau tak cuba tanya dia?"

Syed Faiq gelak sinis. Wajah Syed Fyad dipandang.

"Tanya? Bercakap dengan aku pun tak. Lepas ja mommy tau aku dah kahwin, dia asyik mengelak daripada aku. Aku dengar dia menjerit dalam tandas. Aku tau dia menangis. Aku cuba beri dia ruang untuk bertenang. Tak sangka lepas dari tu dia terus mengelak dari aku". Sungguh Syed Faiq kecewa.

Jika dia tahu keadaan akan menjadi begini, lebih baik dia tak biarkan Alliya keseorang ketika itu. Dia hanya mahu beri ruang untuk Alliya tenangkan fikiran, rupanya keadaan menjadi lebih teruk.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 06, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Mrs Monseiur RevampTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang