Bab 13

22 3 0
                                    

"Ulang balik apa angah cakap tadi." Keras nada suara Puan Sri Suraya ketika ini. Tangan naik mencekak pinggang di hadapan Alliya dan Syed Faiq.

Pandangan tajam dituju kepada anak keduanya. Hampir luruh jantung Puan Sri Suraya mendengar apa yang dikatakan oleh Syed Faiq.

Syed Faiq sudah menyuruh Damia masuk ke bilik. Dia tahu mommynya akan mengamuk.

Alliya hanya menunduk rapat. Dia tahu ini ibu Syed Faiq. Baru sahaja Alliya ingin bergerak menjauhi Syed Faiq, laju sahaja Syed Faiq menangkap tangannya lalu digenggam.

Alliya terkejut lalu memejamkan mata dengan pantas. Hampir sahaja dia menjerit. Dia masih belum selesa dengan pegangan tangan Syed Faiq. Nasib baik dia tidak menjerit, kalau tidak pasti mengeruhkan keadaan.

"Angah dah kahwin."

"What? Angah buat lawak ke?!" Nyaring suara Syarifah Fatini dari belakang sebelum melangkah laju ke arah mereka. Dia berdiri di sebelah Puan Sri Suraya sebelum memandang Syed Faiq. Muka tak payah cakap, berkerut habis.

"Ni kakak ipar kau, menantu mommy." Selamba sahaja Syed Faiq berkata-kata. Langsung dia tidak gentar dengan dua manusia di hadapannya ini.

Sumpah Alliya mahu sahaja menampar Syed Faiq. Langsung tiada rasa serba salah mahupun takut dengan keadaan sekarang. Dia memberitahu status mereka begitu sahaja tanpa penerangan lanjut. Sudahlah mommynya itu memandang Alliya seperti mahu telan. Dia dapat rasakan kulitnya disiat halus dengan pandangan tajam Puan Sri Suraya.

"Angah dah hilang akal ke? Perempuan mana ni? Angah kutip dia dekat mana?!"

Syed Faiq terus bangun dari duduk. Genggaman tangan dileraikan dengan pantas sebelum dia berdiri tegak di hadapan Puan Sri Suraya. Naik sedikit darahnya mendengar perkataan yang keluar dari mulut mommynya.

"Jaga perkataan mommy. Dia isteri angah."

"Isteri? Angah sedar tak apa angah cakap ni? Angah belum kahwin."

"Angah dah kahwin, 2 hari lepas."

"What?" Bagaikan angin sahaja yang keluar dari mulut Puan Sri Suraya. Dia kenal anak lelakinya. Syed Faiq bukanlah jenis yang suka melawak tak bertempat. Jika betul dia bergurau, bukan perkara yang serius seperti ini. Riak wajah dan riaksinya menunjukkan dia bercakap benar.

"Mommy." Kedengaran suara Rania memanggil dari jauh.

Tumpuan terarah kepada Rania yang sedang melangkah mendekati ruang tamu. Kelihatan beberapa beg plastik di tangannya.

Jelas wajah terkejut pada muka Rania. Pasti dia juga terkejut. Tiada siapa yang sangka Puan Sri Suraya akan datang ke rumah Syed Fyad pada ketika ini.

Seketika kemudian, muncul pula wajah Syed Fyad. Tangannya penuh dengan beg plastic dan juga beg silang milik Rania. Mereka baru pulang dari membeli barang dapur.

"Bila mommy sampai?" Nada suara Syed Fyad kedengaran terkejut.

"Along bersubahat dengan angah?"

Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Terdiam Syed Fyad dibuatnya. Dia ingat Syed Faiq masih merahsiakan hubungan mereka, rupanya tidak.

"Along tak ada kena mengena. Angah yang buat keputusan untuk kahwin." Syed Faiq laju menidakkan. Cukup dia seorang sahaja yang hadap, Syed Fyad langsung tak terlibat.

"Kalau betul angah dah kahwin, mana bukti?" Syarifah Fatini mendekati Syed Faiq sebelum tangan dihulur. Meminta bahan bukti.

Suasana tiba-tiba sunyi. Alliya memandang Syed Faiq sebelum Syed Faiq juga turut memandang Alliya.

Mereka tiada bukti.

Akad nikah hanya dijalankan mengikut syarat Islam.

Syed Faiq naik meraup wajah. Mana mungkin ada orang akan percaya mereka dah berkahwin sedangkan tak ada sebarang bukti.

"Haa? Mana bukti? Tak ada kan?"

"Angah tipu mommy kan?" Puan Sri Suraya masih berharap ini hanyalah penipuan.

"Tak mommy. Angah tak tipu." Mahu sahaja Syed Fyad beritahu hal yang sebenar, tetapi lebih baik tuan badan sendiri yang bersuara.

"Kalau macam tu mana bukti Long? Kami nak tengok bukti." Syarifah Fatini beralih kepada Syed Fyad. Dia juga tak percaya yang abang keduanya ini sudah berkahwin. Kalau betul dah, mana bukti?

"Tak ada bukti adik. Dioarang kahwin ikut syarat Islam je."

Wajah Puan Sri Suraya langsung berubah. Dia seolah-olah dapat tangkap apa yang sedang berlaku ketika ini.

"Apa semua ni angah, along? Jujur dengan mommy." Nada suara Puan Sri Suraya sayu. Dia sendiri sudah celaru.

"Angah kena tangkap basah."

"Allah."

Mrs Monseiur RevampWhere stories live. Discover now