Bab 12

43 5 1
                                        

Alliya membuang pandangan jauh ke luar. Apa yang berlaku telah mengubah hidupnya, malah lebih mengeruhkan keadaan. Kepala ditundukkan sebelum air mata mengalir. Ibu, adik minta maaf.

Ada juga Azisya menghubunginya sebentar tadi, tetapi dia tiada kekuatan untuk menjawab panggilan tersebut. Pasti dia tidak dapat mengawal perasaan.

Tangan naik mengusap air mata sebelum tapak tangan ditekup pada wajah. Ya Allah, aku tak kuat. Bantu aku.

"Alliya." Teguran dari sisi tubuhnya menyebabkan dia meraup wajah dengan kasar, menghapuskan air mata yang telah mencemarkan wajahnya.

Alliya mengangkat kepala. Wajah segak Syed Fyad berpakaian kemeja hitam dipandang.

"Boleh saya duduk?"

Alliya mengangguk perlahan. Dia cuba mengawal debar. Riak wajah Syed Fyad yang agak tegas itu sedikit-sebanyak menakutkannya.

Syed Fyad melabuhkan punggung pada kerusi batu bertentangan dengan Alliya. Dia pandang ke arah pintu rumahnya sekilas. Kelihatan isterinya sedang memandangnya dengan senyuman.

Rania yang meminta dia bercakap dengan Alliya. Katanya mungkin dengan nasihat yang diberi, Alliya akan mampu menerima takdirnya memandangkan Syed Fyad merupakan psychiatrist. Dia lebih bijak memberi nasihat dan menenangkan seseorang. Itu memang kepakarannya.

"Boleh saya tahu, awak memang ada panic disorder?" Syed Fyad perlu tahu pucuk pangkalnya sebelum berkata-kata.

Seseorang yang mempunyai tekanan perasaan mudah terasa, oleh itu setiap perkataan yang ingin dikeluarkan perlulah berhati-hati.

Alliya mengangguk.

"Can I know why?"

Alliya menunduk dahulu. Dia tidak kuat untuk bercerita. Walaupun kisah hitam itu sudah bertahun berlalu, dia masih tidak dapat menerima kenyataan.

Syed Fyad mengeluh sedikit.

"Saya bukan nak masuk campur hal peribadi awak, tapi dengan keadaan awak sekarang ni, awak perlu luahkan dekat seseorang. Keep it by yourself is not a good decision. It can make thing worst."

Alliya masih diam. Dia masih ragu-ragu untuk bercerita. Dia bukan apa, dia tidak mahu menangis di hadapan Syed Fyad.

"Dont worry, Im psychiatrist. Saya dah biasa dengan patient macam awak. Just tell me, I just wanna help you."

"7 tahun lepas, saya hampir dirogol dengan teman lelaki saya. Syukur masa tu ada orang selamatkan saya, tapi benda tak tamat di situ. Orang yang jumpa kami masa tu adalah orang yang bencikan abah saya. Dia sebar dekat orang kampung yang kami dua berzina. Abah saya mengamuk, dia langsung tak percaya cakap saya. Dia buang saya, dia maki hamun saya. Dia tak maafkan saya sampailah dia meninggal." Air mata Alliya jatuh.

Tidak mungkin dia mampu menahan tubik matanya daripada pecah. Segala yang berlaku seolah-seolah masih baru. masih tajam dalam ingatan.

Syed Fyad terdiam. Dia benar-benar tak menyangka sehebat ini ujian buat Alliya. Pasti berat untuk menanggung semua ini.

"Dulu saya hilang abah saya, sekarang saya dah hilang ibu saya. Saya tak ada sesiapa. Saya" Alliya tidak mampu menyambung bicaranya. Tangisannya kedengaran. Dia benar-benar terseksa.

Tiba-tiba terasa bahu Alliya dipeluk seseorang. Tangan Rania mengusap lembut tepi bahu Alliya, menenangkan gadis itu. Rania memang memerhati dari jauh perbualan suaminya dan Alliya. Dia tahu gadis itu pasti akan menangis.

"Awak kena ingat yang awak dah kahwin. Awak ada Faiq. Awak ada suami, awak ada keluarga mertua."

Alliya mengangkat kepala memandang Syed Fyad.

Mrs Monseiur RevampTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang