Sekotak kek cawan yang berada di tangan Alliya direnung tajam. Pintu kaca yang berada bertentangan dengan keretanya ketika ini membuatkan dia mahu menyumpah seranah kakaknya.
"Aku tak mau! Hang jangan paksa aku." Gadis di hadapan Alliya dipandang tidak puas hati. Dahinya tidak perlu cakap, kerut seribu.
"Aku bukan nak paksa hang, tapi hang sorang ja yang boleh tolong aku. Yang lain sibuk." Azisya menggunakan nada suara yang lembut. Dia tiada niat ingin memaksa Alliya memandangkan emosi gadis itu masih belum stabil, tetapi dia tiada pilihan.
"Ish, guna la delivery. Apa masalahnya!" Makin begang Alliya dibuatnya apabila dia dipaksa menghantar kek kepada Syed Faiq.
Sumpah nak luruh jantung Alliya apabila Azisya menyuruhnya menghantar kek ke pejabat Syed Faiq. Dah la kelmarin baru sahaja dia reject lelaki itu. Menyesal aku mai kafe hari ni!
"Tak boleh. Customer tu dah inform awal minta staff kita yang hantar. Office dia memang tak terima delivery luar."
Alliya menarik nafas berat dahulu sebelum dihembus kasar. Nak marah Azisya pun tak boleh, dia tak tau apa-apa.
Alliya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian dia dan Syed Faiq. Memang patutlah Azisya memaksanya menghantar kek ini, dia langsung tidak tahu menahu, tambahan pula tempahan yang terlampau banyak menyebabkan pekerjanya yang lain sibuk. Hanya dia sahaja yang free.
Dia keluar dahulu daripada kereta sebelum melangkah laju ke arah pintu kaca itu. Terbuka sahaja pintu tersebut, Alliya melangkah ke arah meja yang berada di ruang hadapan pejabat itu.
"Ya cik, boleh saya bantu?" Gadis yang memakai baju kurung ungu bertudung litup itu menyapa mesra.
Alliya cuba mengukir senyuman nipis pada wajahnya. Moodnya sangatlah tidak baik sekarang ini, tetapi dia tidaklah sombong sehingga tidak mahu senyum kepada orang.
"Saya nak hantar kek, atas nama Syed Faiq." Kotak kek tersebut diangkat sedikit sebelum diletakkan pada meja gadis itu.
Alliya betul-betul berharap dia boleh tinggalkan sahaja kek di sini, dia tidak mahu bertentang empat mata dengan Syed Faiq.
"Oh untuk Tuan Syed ya? Cik kena hantar sendiri. Semua barang atas nama Tuan Syed perlu dihantar terus kepada Tuan Syed. Kami sebagai pekerja tiada hak untuk membawa barang tuan."
Berkerut dahi Alliya mendengarnya. Wah, banyak cekadak pula. Apa yang menyusahkan sangat dia ni? Bagi ja la staff hantar, ni orang lain pula nak kena hantar dekat dia.
"Saya kena hantar?" Alliya bertanya semula, lebih kepada menginginkan kepastian.
Sumpah dia tidak sangka serumit ini peraturan pejabat ini. Sepanjang pengalamannya menghantar kek ke pejabat, inilah satu-satunya syarikat yang paling pelik peraturannya.
"Ya cik. Saya akan iring cik naik ke bilik Tuan Syed."
Baru sahaja Alliya ingin menolak, gadis itu sudah melangkah ke arah lif. Alliya mengeluh perlahan. Apa ja pilihan yang ada? Kena jumpa jugalah lelaki tu.
Alliya hanya mengikut jejak gadis itu. Keluar sahaja daripada lift, apa yang menyapa pandangan Alliya membuatkan dia sedikit tersentak. Kesemua pekerja di sini memakai tudung. Ada yang memakai tudung labuh, ada juga yang menggayakan fesyen bertudung singkat, tetapi semua pekerja wanita di sini memakai tudung dan berbaju sopan. Tiada seorang pun yang berpakai ketat mahupun seksi. Pekerja lelaki pula segak mengenakan kemeja. Sejuk mata memandang.
"Mari cik." Gadis itu menyapa Alliya semula apabila kelihatan dia agak terkesima memandang pekerja di tingkat ini.
Alliya senyum dahulu sebelum mengikut langlah gadis itu. Agak jauh jarak dari lif ke bilik Syed Faiq. Bilik Syed Faiq berada di hujung dan mempunyai lift bersebelahan pintu biliknya. Lebih kepada lift peribadi.
YOU ARE READING
Mrs Monseiur Revamp
RomanceKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...