Bab 2

408 16 0
                                    

Humaira melangkah dengan longlai menuju ke medan selera. Dia baru sahaja pulang dari kelas Miss Tania. Niatnya mahu makan di medan kuliah bersama teman lelakinya tapi tiba-tiba Luqman pula ada urusan yang mendadak sehingga membuatkan dia akhirnya menuju ke medan selera yang berhampiran dengan kolej kediaman. Walaupun jam baru sahaja menunjukkan pukul 10.30 pagi, tadi medan kolej sudah dibanjiri pelajar yang sudah menamatkan kelas sesi 8 pagi. Ketika itu matanya memandang tiga orang perempuan yang sedang melepak dan ketawa.

Humaira menuju ke arah tiga gadis tersebut. Salah seorang adalah roommate dia iaitu Layla. Yang berhadapan dengan dengan Layla adalah classmate Layla iaitu Dinie dan disebelah Dinie adalah Hanis. Hanis bukan classmate Layla dan Dinie tapi mereka tiga orang merupakan pelajar ulangan subjek statistik.

Humaira pelik kenapa perempuan sebijak Layla boleh repeat tapi apabila gadis itu menceritakan apa yang dia lalui sepanjang subjek tersebut pada semester yang lepas, baru dia rasa bersyukur yang dia dapat pensyarah yang tak select macam pensyarah si tiga orang ini. Alhamdulillah.

"Bukan korang ada kelas ke?" Soal Humaira.

"Madam cancel last minute." Balas Hanis sambil menyedut air milo ais miliknya. Pagi-pagi dah minum air milo.

"Letih makcik aku hantarkan aku!" Rungut si Dinie. Humaira mengambil tempat di sebelah Layla.

"Bukan kau kata nak makan dengan Luq ke dekat medan kuliah?" Soal Layla. Humaira menghela nafas. Layla memang dah tahu semua jadual dirinya. Nak makan dengan siapa, nak keluar dengan siapa. Jadi tak pelik kalau Layla yang bertanya. Benda akan jadi pelik kalau Hanis tak pun Dinie yang tanya.

Tak!

Hanis tak pelik sebab Hanis memang kenal Luqman tapi kalau Dinie yang tanya tu sangatlah pelik sebab Dinie hanya kenal nama sahaja belum tuan badan lagi.

"Luq kena hantar kawan dia ke stesen bas." Balas Humaira.

"Aik? Bukan dia dah janji dengan kau dari pagi tadi lagi ke?" Soal Layla dengan riak muka yang sudah ingin marah.

"Biarlah. Petang nanti boleh makan sekali." Humaira cuba pujuk hatinya sendiri.

"Tak baiklah si Luq tu." Ujar Hanis.

Layla dan Dinie terus ketawa. Humaira hanya senyum je.

"Kau ada kelas tak lepas ni?" Soal Dinie kepada Hanis.

"Ada. Pukul 12 tengah hari." Jawab Hanis sambil melihat jam digital pada telefon pintarnya.

"Jom makan?" Ajak Layla. Dia memang dah lapar tapi disebabkan Dinie nak tunggu sekejap disebabkan gerai kegemaran dia tak buka lagi jadi mereka berbual dahulu.

"Jomlah nanti kebulur pulak si Lay ni." Ajak Hanis. Humaira hanya mengangguk dan mendahului langkah menuju ke gerai Cik Minah. Layla juga mengikuti langkah Humaira yang ingin ke gerai Cik Minah manakala Hanis dan Dinie ke gerai Cik Kiah. Makanan di situ sedap tapi agak mahal. Kadangkala Layla dan Humaira pon biasa beli makanan dekat situ tapi hari ni tekaknya nak makan ikan keli berlada. Ikan keli dekat situ besar dan murah.

Setelah selesai membeli makanan, Humaira dan Layla menuju ke tempat pembelian air dan disitu dia melihat Dinie dan Hanis masih beratur untuk mendapatkan makanan.

Beratur itu benda biasa kalau di gerai Cik Kiah.

Setelah selesai membeli air, mereka kembali ke tempat duduk. Humaira membuka telefonnya dan melihat jika ada pesanan masuk dari Luqman tapi hampa, lelaki itu tidak memberi pesanan langsung walaupun sudah hampir satu jam dia menunggu.

Dari kolej ke stesen bas hanya mengambil setengah jam. Lagipun Luqman menunggang motosikal bukan memandu kereta dan yang paling penting, sekarang bukan waktu kesesakkan lalu lintas.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now