Bab 28

404 38 7
                                    

Honda Jazz berwarna merah berhenti tepat dihadapan rumah banglo tiga tingkat. Layla memandang Humaira yang sedang membuka tali pinggang keledar. Layla turut membuka tali pinggang keledarnya sebelum mematikan enjin keretanya dan terus keluar dari kereta tersebut. Dia menuju ke arah bonet dan mengeluarkan dua bagasi bersaiz 32 inci dan 26 inci yang berisi pakaian Humaira yang diambil dari rumah sewa. Setelah itu dia menolak bagasi tersebut masuk ke dalam rumah. Kelihatan Puan Fareeda dan Fawwaz muncul lalu menolong mengangkat barang-barang Humaira masuk ke dalam rumah.

"Terima kasih Layla!" Ucap Fawwaz. Layla mengangguk sahaja sebelum menarik tangan Humaira seketika.

Dia memegang tangan Humaira.

"Apa-apa pun keputusan kau, aku sokong selagi itu dapat bahagiakan diri kau!" Pesan Layla. Humaira tersenyum nipis sebelum mengangguk beberapa kali. Dia terus memeluk tubuh Layla.

"Thanks, Lay."

Layla juga membalas pelukan Humaira.

"No hal lah babe!"

"Drive kereta elok-elok!" Pesan Humaira kepada Layla.

Layla mengangguk sebelum bersalam dengan Puan Fareeda dan terus menuju ke arah keretanya. Hon dibunyikan sekali tanda pamit sebelum keretanya menderu laju meninggalkan perkarangan rumah banglo tiga tingkat tersebut.

Setelah kereta Layla hilang dari pandangannya, dia terus masuk ke dalam rumah bersama Puan Fareeda dan mengabaikan Fawwaz yang tersenyum manis ke arahnya.

Kena sampuk agaknya mamat ni!

Lah?

Walaupun begitu Fawwaz masih tersenyum sebelum membontoti langkah Puan Fareeda dan Humaira.

Puan Fareeda membantu Humaira untuk simpan barangan Humaira ke dalam bilik sebelum mereka menuju ke dapur untuk sediakan minum petang. Kewujudan Fawwaz diabaikan sahaja walaupun lelaki itu turut menolong mengangkat barang dan turut mengikut ke dapur untuk minum air.

"Humaira masuk bilik dulu, boleh?" Pinta Humaira selepas dia selesai membasuh gelas dia dan gelas Puan Fareeda. Puan Fareeda mengangguk

"Humaira rehat dulu nanti lepas maghrib kita makan malam bersama." Pesan Puan Fareeda.

Humaira tersenyum nipis dan mengangguk kecil. Dia akhirnya mengangkat barang-barangnya menuju ke biliknya yang berada di sebelah tangga utama. Puan Fareeda tersenyum nipis sebelum menuju ke arah ruang tamu.

"Ish, kenapa palau Waz?" Soal Fawwaz tidak puas hati. Puan Fareeda memandang Fawwaz yang baru tiba di ruang tamu.

Puan Fareeda kerut kening.

"Bila masa mama palau, Waz? Elok je ni mama berbual dengan kamu." Balas Puan Fareeda selamba.

"Ish mama ni buat-buat tak faham pula!" Rajuk Fawwaz sebelum menghempaskan punggung ke atas sofa kembar tiga. Puan Fareeda tergelak kecil.

"Dia tengah penat tu, Fawwaz Zayyan! Cubalah jangan tunjuk sangat perangai tak semenggah kamu tu, bagilah dia rehat dulu." Ujar Puan Fareeda. Fawwaz memuncungkan mulutnya. Dia mengeluh malas sebelum memandang kaca televisyen.

🔹🔹🔹

Humaira menanggalkan telekung berwarna putih tersebut sebelum duduk di birai katil. Dia menghela nafas. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib. Entah kenapa hari ini doanya agak panjang dari biasa. Tapi dia berharap Allah SWT memdengar setiap luahan dan persoalan yang berada di benaknya. Dia perlukan jawapan. Dia pandang cermin di meja soleknya lalu tersenyum tawar. Pelbagai dugaan dia telah lalui dengan umurnya yang baru sahaja mencecah 22 tahun.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now