Bab 3

361 24 2
                                    

Fawwaz mengeluarkan bagasi miliknya dari bonet kereta sebelum menarik masuk ke dalam rumah banglo.

"Assalamualaikum!" Kasutnya dibuka dan dia menolak bagasinya ke tepi pintu utama sebelum dia menuju ke arah sofa berwarna hitam itu. Dibaringkan tubuhnya sebelum menghembus nafas. Dia memejam matanya seketika.

"Kamu salah rumah ke, Muhammad Fawwaz Zayyan?" Suara wanita terdengar. Fawwaz buka matanya sedikit sebelum tersenyum nipis dan menggeleng kepala. Dia melihat wanita tersebut menghidangkan segelas air sejuk untuknya.

"Kali ni berapa lama pula?" Soal wanita tersebut.

"Seminggu." Jawab Fawwaz. Dia bangkit dari pembaringannya dan bersandar ke sofa. Leganya kalau dapat tidur sampai malam!

"Ziyad dah tahu ke?" Soal wanita tersebut.

"Belum. Fawwaz nak buat surprise." Jawab Fawwaz sambil tersengih. Wanita tersebut menggeleng kepala. Dah faham sangat dengan anak saudaranya ini.

"Mak long masak apa tengah hari ni?" Soal Fawwaz sambil tersengih-sengih.

"Haa... Mak long tunggu juga bilalah kamu nak tanya soalan tu! Nasib kamu tanya, kalau tak kamu tak tahu mak long masak gulai lemak ayam hari ni." Ujar mak long lalu tersenyum mengusik.

"Betul ke? Lama tak makan masakan mak long!" Fawwaz sudah seronok. Dia tersenyum lebar memandang ibu saudaranya itu. Mak long menggeleng kepalanya sebelum bangkit dari sofa.

"Dah sekarang ni kamu pergi mandi lepas tu bawak pak long keluar dari bilik, kita makan tengah hari sama-sama." Ajak mak long. Fawwaz mengangguk seronok sebelum mencapai bagasinya dan membawa ke tingkat atas menuju ke bilik sepupunya, Ziyad untuk membersihkan badan.

Dia banyak menghabiskan masanya di sini berbanding di rumah ibu bapanya sendiri. Hal ini kerana, mama dan papanya agak sibuk dengan kerjaya mereka sendiri jadi dia dan kakaknya banyak menghabiskan masa di rumah mak long ataupun rumah mak su mereka. Tapi itu tak bermakna dia tidak mengisi masa dengan mama dan papanya.

Waktu siang hari begini, mama dan papanya tiada di rumah jadi kalau dia balik ke sana, macam tiada fungsi juga. Baik pergi rumah mak long sahaja. Mak long merupakan pemilik syarikat catering so tak pelik pon kalau masakan mak long jadi pilihan ketika lapar. Lagipun rumah mak long dengan rumah mama papa bersebelahan. Tidak seperti mak su yang berbeza daerah.

Jam sudah menunjukkan 12.05 tengah hari. Hanya 20 minit sahaja masa yang diambil untuk mandi dan bersiap. Bersiap pon ala kadar sahaja. Baju jersi milik sepupunya dan kain pelikat sahaja. Setelah dia mengeringkan rambutnya, dia mencapai telefon pintarnya dan terus turun ke tingkat bawah.

Bilik pak longnya dituju. Dikuak pintu sedikit dan matanya tertuju kepada pak longnya yang sedang duduk atas sofa sambil membelek fail.

"Assalamualaikum pak long." Suara Fawwaz memberi salam. Pak long mengangkat kepala dan tersenyum.

"Waalaikumussalam. Berapa lama pula kali ni?" Soal pak long.

"Seminggu." Balas Fawwaz.

"Bolehlah tolong pak long dekat ladang sawit." Ujar pak long lalu tersengih. Fawwaz sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Pak long gurau je la. Mari turun makan!" Pak long bangun dari sofa dan mencapai tongkatnya dan berjalan perlahan-lahan mendahului anak saudaranya itu.

Dia bukan budak lelaki acah bandar. Boleh je dia nak tolong bapak saudaranya itu angkat buah kelapa sawit. Tapi cuti kali ini dia nak bersantai-santai sahaja sambil minum air tuak. Barulah dinamakan cuti!

🔹🔹🔹

Seorang lelaki memarkir motosikalnya sebelum mengerutkan kening memandang sebuah kereta dua pintu. Mak aih ini dah lebih dari aku ni!

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now