Puan Fareeda memerhati tingkah anak bongsunya yang sedang termenung di taman mini dari tingkat kedua. Semenjak pulang dari Pahang pagi tadi, anaknya itu tidak berbicara langsung dengan dirinya. Risaulah dia sebagai ibu! Dia tahu anaknya ini sedang mengejar seorang wanita tapi siapa wanita tersebut dia tak pernah tahu. Terima kasih pada kakaknya yang menceritakan serba sedikit kepadanya.
Fawwaz dari kecil sampailah sudah tumbuh dewasa, anak itu banyak memendam. Segala kelakuannya pasti dibantah habis-habisan oleh ayahnya, Encik Zahin. Mahu training membawa kapal terbang pon dibantah disebabkan Encik Zahin inginkan satu-satunya anak lelakinya memilih perniagaan berbanding penerbangan. Tapi semenjak Fawwaz berjaya menerbangkan pesawat sendiri dan berjaya pulang dengan selamat, lelaki berusia itu banyak menyokong sehingga sanggup hadiahkan sebuah kereta yang cukup mewah itu kepada anak lelaki bongsunya.
"Fareeda, awak tengok apa?" Suara suaminya yang sedang mengeringkan rambut mengejutkan Puan Fareeda yang sedang berada di balkoni.
Puan Fareeda berpusing menghadap suaminya lalu tersenyum nipis.
"Abang dah tengok ke Fawwaz?" Soal Puan Fareeda. Encik Zahin yang sedang mengeringkan rambutnya mendekati Puan Fareeda di balkoni. Susuk tubuh anak lelakinya yang sedang termenung itu dilihat sebelum memandang isterinya kembali.
"Biasalah tu kena reject!" Jawab Encik Zahin selamba.
Pak!
Puan Fareeda menepuk lengan suaminya lalu memuncungkan bibirnya.
"Muka kalau macam tu pastu termenung-menung macam mati bini, abang yakin yang dia dah kena reject!" Jawab Encik Zahin. Dia lelaki. Sebelum mendapatkan isterinya yang secantik bidadari ini, dia pernah ditolak cintanya oleh isterinya ini sebanyak tiga kali tapi dia tak pernah putus asa. Pada masa itu, dia yakin yang wanita secantik Fareeda adalah perempuan yang tepat untuk dijadikan isterinya walaupun 100 kali bakal ditolak.
"Sama lah macam muka abang waktu Far tolak abang 40 tahun dulu kan?" Sakat Puan Fareeda lalu tersengih-sengih.
Encik Zahin terus mengangguk dan ketawa besar. Dia memang tak nafikan itu semua. Mungkin anaknya itu perlukan tips handsome macam babanya ini!
"Far terima abang jugakkan?" Usik Encik Zahin.
Puan Fareeda ketawa. Dia mendekati bibir ke telinga Encik Zahin.
"Far tahu yang abang terlalu cintakan Far disebabkan itu, Far terima abang. Bagi Far, carilah lelaki yang mencintai Far daripada Far mencintai lelaki." Bisik Puan Fareeda lalu menghadiahkan satu ciuman lembut pada pipi suaminya. Setelah itu, dia terus keluar dari bilik untuk menyediakan minum petang mereka sekeluarga.
Encik Zahin menggeleng kepala sebelum tersenyum nipis melihat telatah isterinya. Sudah 37 tahun usia perkahwinan mereka dan anak sulung perempuannya pun sudah mencecah usia 32 tahun manakala anak bongsu lelakinya ini baru sahaja mencecah usia 28 tahun.
Dia melangkah menuju ke arah balkoni untuk melihat anak lelakinya yang sesekali memandang telefon, sesekali termenung. Dia menggeleng kepalanya sebelum mengeluh perlahan.
⭐⭐⭐
Fawwaz memandang skrin telefonnya sebelum tersenyum pahit. Peristiwa malam tadi bagaikan siaran ulangan sahaja di dalam otaknya. Setiap tutur bicara Humaira mampu menghancurkan sekeping hatinya. Rasa seperti di tusuk belati.
Sakit!
Mungkin kifarah kerana pernah menolak pelbagai wanita yang cuba hadir dalam hidupnya?

YOU ARE READING
𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUS
RomanceStart: 15 Jan 2024 End: Humaira Zulaikha, si gadis periang dan bersifat manja. Separuh hidupnya diisi dengan kehadiran seorang lelaki berkulit tan yang menemani hidup Humaira siang dan malam sepanjang gadis itu belajar di sebuah universiti. Untungn...