Bab 13

386 29 9
                                    

"Aku nak pergi Melaka!" Putus Humaira. Wajahnya sudah merah padam menahan rasa.

"Hah?!" Layla memandang Humaira dengan riak wajah terkejut. Setelah itu dia memandang Ziyad.

Humaira mencapai beg tangannya dan mula bangkit dari kerusi.

"Sabar Aira. Takkan kau nak pergi Melaka malam-malam macam ni? Sekarang dah nak pukul sembilan malam dah." Layla menarik Humaira agar duduk kembali. Tapi apabila merasakan tubuh Humaira bergetar, Layla tahu yang Humaira sedang menahan amarah.

"Kalau kau tak nak tolong aku, aku boleh pergi sana sendiri. Bukan jauh pon!" Humaira menaikkan suaranya satu oktaf. Layla menggeleng kepala lalu memandang Ziyad. Dia cuba meminta pertolongan Ziyad tapi Ziyad sendiri pon tak tahu nak membantu macam mana.

"Tak apa, kita pergi sana. Tapi sebelum itu, kau sabar dulu." Layla cuba tenangkan Humaira. Humaira menghempaskan beg tangannya dan kembali duduk. Tangannya mengeluarkan telefon dari beg tangannya sebelum dirampas oleh lelaki disebelah Ziyad.

"Tak payah tengok telefon. Tenangkan hati awak dulu." Ujar lelaki tersebut. Dia memasukkan telefonnya di dalam poket jaketnya. Humaira memandang lelaki itu tajam sebelum menjeling tajam.

"Waz, aku nak discuss something dengan Lay kejap. Kau jagakan Humaira." Ujar Ziyad kepada lelaki disebelah nya itu atau pun paling tepat adalah Fawwaz Zayyan.

Fawwaz mengangguk. Dia memerhati Ziyad dan Layla sedikit menjauh dari mereka. Dia tahu pasti pasangan itu meminta izin daripada keluarga Layla kerana perancangan ke Melaka sekarang ini terlampau mendadak.

Setelah beberapa minit, akhirnya Ziyad dan Layla kembali.

"Jom pergi Melaka." Ajak Layla kepada Humaira.

Humaira terus bangkit dari duduknya lagi sekali. Tanpa apa-apa Layla menarik Humaira supaya duduk.

"Tapi aku tak nak kau menangis! Kau kena nampak kuat!"

Humaira mengangguk.

"Kalau macam tu, jom!"

Humaira terus bangun dan melangkah menjauhi meja makan mereka dan menuju ke arah Honda Jazz milik Layla.

Layla sempat memberi isyarat kepada Ziyad sebelum Ziyad akhirnya menghela nafas. Dia mengangguk dan tersenyum kecil.

"Kenapa kita tak ikut?" Soal Fawwaz.

"Ini hal diorang. Kita tiada hak untuk masuk campur." Balas Ziyad selamba. Layla pon sudah memberitahu bahawa dia boleh selesaikan masalah tersebut.

"Tak! Jom ikut!" Fawwaz bangun dari kerusinya sebelum ditarik oleh Ziyad.

"Sabar! Kereta tu tak gerak lagi!" Ujar Ziyad yang cuba mengelakkan Fawwaz dari bertindak melulu.

Setelah sahaja kereta yang dipandu Layla menghilang dari pandangan mereka terus sahaja Ziyad bangun dan menarik Fawwaz agar mengikuti dirinya.

"Kau nak pergi mana ni?" Soal Fawwaz.

"Ikut Layla!" Ziyad terus menuju ke arah Audi R8 miliknya sebelum masuk ke dalam tempat pemandu. Fawwaz terus tersenyum sebelum turut masuk ke tempat disebelah pemandu.

"Tadi cakap lain?"

"Aku tak percaya Layla! Dia baran, aku risau dia pergi tumbuknya si Luqman tu, dah satu hal nak pergi lokap semata-mata nak jamin dia." Ujar Ziyad. Dia faham apa yang Humaira rasa kerana dia juga pernah merasai sakitnya dicurangi oleh pasangan yang paling kita percaya dan dia juga faham apa yang Layla rasa. Gadis itu nampak tenang tapi dia tahu gadis itu sedang menahan amarah yang sedang menggunung.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now