Fawwaz berjalan ke kiri, setelah itu dia balik pula ke kanan berulang kali sambil tangannya meramas telefon pintarnya. Dia pandang jam pada dinding biliknya sebelum menyentuh dadanya.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Jantungnya berdegup laju bagaikan dia baru selesaikan larian 200 meter. Dia hempaskan punggungnya ke atas katilnya sebelum menarik dan menghembus nafasnya dengan perlahan. Dia berzikir untuk hilangkan debaran dan gelisah di hati. Matanya terpandang pada sepasang baju melayu cekak musang berwarna putih gading yang tergantung pada pintu biliknya. Dia tersenyum nipis apabila melihat baju tersebut. Sebenarnya bukan baju tersebut tapi tuan yang gosokkan baju tersebut.
Walaupun tidak berjumpa secara empat mata tapi biarlah, asalkan ada hasil tangan si gadis itu. Fawwaz mencapai telefon pintarnya sebelum mendail nombor bakal isterinya.
"Assalamualaikum, ya kenapa Fawwaz?" Soal suara disebalik panggilan itu. Lembut sekali suaranya.
Fawwaz tersenyum lebar. Haih hati...
Fawwaz berdehem.
"Waalaikumussalam, Dah ready ke nak jadi isteri aku?" Soal Fawwaz. Suara disana diam. Bagaikan malu untuk menjawab pertanyaan Fawwaz.
"Hmm." Cukup menjawab pertanyaan Fawwaz itu.
Tut!
Panggilan tersebut dimatikan oleh insan disebelah sana. Fawwaz tersenyum makin lebar mendengar jawapan bakal isterinya. Seketika dia tertawa kecil. Macam ni rupanya bila dah angau! Terbaring lagi di taman...
Haih jantung pisang ku~
Tok! Tok! Tok!
Belum sempat Fawwaz ingin menjemput masuk, pintu tersebut ditolak dahulu sebelum terjengul kepala Puan Fareeda dan Encik Zahin.
"Boleh baba dengan mama jumpa Waz?" Soal Encik Zahin lalu memasuki bilik anak bujangnya itu dan mengambil tempat di sebuah sofa berdekatan dengan balkoni manakala Puan Fareeda duduk di sebelah Fawwaz. Wajah anak lelakinya itu dipandang.
"Ada apa mama dengan baba nak jumpa Waz?" Soal Fawwaz. Puan Fareeda memandang suaminya agar suaminya berbicara dahulu.
Encik Zahin berdehem.
"Waz, ini sekadar nasihat dari baba dan mama sebelum Fawwaz pikul tanggungjawab yang cukup berat." Encik Zahin berdehem.
"Selepas ini Humaira akan jadi tanggungjawab kamu. Berikan keselesaan dan kebahagiaan untuk Humaira. Biar dia jadikan kamu sebagai tempat paling nyaman. Tempat untuk dia menceritakan segala rasa sakit, rasa seronok dalam kesehariannya. Baba serahkan Humaira pada kamu untuk kamu jaga, kamu didik dan kamu sayang." Ujar Encik Zahin seraya mengelap air matanya dengan hujung lengan baju melayu miliknya. Fawwaz yang mendengar hanya mengangguk. Dia sedar tanggungjawab seorang suami sangatlah besar dan berat. Tapi dia sanggup kerana wanita tersebut adalah Humaira Zulaikha, cinta pandang pertamanya. Jika Humaira jatuh, dia akan pastikan yang dia akan sambut Humaira. Jika Humaira hancur, dia akan pastikan dia mengutip bahagian yang hancur tersebut dan rawat sehingga bahagia kembali.
Fawwaz memandang Puan Fareeda yang sudah teresak.
"Mama tak sangka, anak jantan mama bakal berkahwin." Makin lebat air mata Puan Fareeda sehingga Fawwaz memeluk tubuh mamanya itu. Memujuk agar Puan Fareeda tidak menangis.
"Walau apapun, mama dan baba tetap syurga Fawwaz."
Puan Fareeda leraikan pelukan sebelum mengelap air matanya dan berdiri dihadapan Fawwaz.
"Ingat pesanan mama, jangan buat Humaira tu macam orang gaji! Kamu dua-dua bekerja tapi masa kamu berada di rumah lebih banyak berbanding Humaira. Jadi bantu dia! Jangan tinggikan suara! Jangan naik tangan! Tak kesahlah mama tahu ataupun tidak, sekali mama nampak mana-mana bahagian tubuh Aira lebam siap kamu mama kerjakan!" Pesan Puan Fareeda.
YOU ARE READING
𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUS
RomanceStart: 15 Jan 2024 End: Humaira Zulaikha, si gadis periang dan bersifat manja. Separuh hidupnya diisi dengan kehadiran seorang lelaki berkulit tan yang menemani hidup Humaira siang dan malam sepanjang gadis itu belajar di sebuah universiti. Untungn...