Seminggu kemudian...
Fawwaz menyandarkan tubuhnya pada keretanya yang sedang dipanaskan enjin sambil menunggu Humaira yang bersiap. Sudah sepuluh minit, dia tercegat disini. Entah apalah gadis itu buat sehingga mengambil masa yang lama untuk bersiap. Dah lawa kan!
Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam rumah kembali, barulah Humaira muncul dengan Layla. Layla hanya tersengih tidak bersalah.
"Apahal lambat sangat?" Soal Fawwaz geram.
"Alah biasalah perempuan. Waz mana faham!" Jawab Layla. Gadis itu terus menuju ke arah kereta miliknya manakala Humaira mendekati Fawwaz.
"Menjawab pula budak ni!" Fawwaz bercekak pinggang melihat telatah Layla. Setelah itu mata Fawwaz memandang Humaira dari atas sampailah bawah. Gadis itu mengenakan satu set blouse dan long skirt berwarna midnight blue dan dikenakan dengan sehelai selendang berwarna krim. Gadis itu juga hanya mengenakan riasan yang simple. Sesuai dengan wajahnya yang lembut.
Itu semua adalah barangan daripada Layla. Untung Layla sanggup mencuri masa untuk mencari pakaian untuk Humaira keluar hari ini. Kalau tidak, pasti gadis itu akan kenakan pakaian yang sama berulang kali. Nasib juga kaki dan bahu Humaira sudah semakin sembuh dan tiada lagi lebam pada wajah gadis itu.
"Korang nak pergi mana hari ini?" Soal Fawwaz.
"Balik rumah sewa untuk kemas barang lepas tu pergi mall." Ujar Humaira.
Kalau diikutkan rancangannya memang mahu pulang ke rumah sewa untuk kemaskan barang-barang dan ke pusat membeli-belah untuk membeli telefon baru. Dia tak sempat nak selamatkan segala harta benda dia sebelum dihalau. Jadi biarlah je lah di sana. Nanti dah diterima balik, dia datanglah ambil barang-barang peribadinya yang lain. Kalau di terima baliklah.
Fawwaz mengeluarkan wallet nya dan menghulurkan sekeping kad debit kepada Humaira.
Humaira mengerutkan keningnya.
"Nak buat apa ni?" Soal Humaira kepada Fawwaz. Walaupun begitu, tangannya masih menyambut huluran kad tersebut.
"Kau belilah apa yang patut! Jangan guna duit Layla. Dia nak kahwin, dia perlukan banyak duit untuk majlis dia nanti." Pesan Fawwaz kepada Humaira.
Humaira menghulurkan kembali kad debit tersebut kepada Fawwaz.
"Eh takpelah, saya ada je duit simpanan saya. Awak ni buat macam saya ni tak kerja pulak." Tolak Humaira.
Fawwaz memandang kosong huluran Humaira.
"Simpan je duit kau tu! Sekarang kau tanggungjawab aku so guna je duit aku, jangan nak banyak songeh!"
Humaira berdecit perlahan.
"Ish! Awak bukannya suami saya, tanggungjawab apanya!?" ujar Humaira geram.
"Sekarang bukan tapi soon to be." Jawab Fawwaz.
Dia menjongketkan keningnya beberapa kali sambil menyilangkan tangannya dan memandang ke arah Humaira.
Humaira memutarkan bola matanya.
"Siapa entah nak kahwin dengan dia. Perasan!" Gumam Humaira perlahan.
YOU ARE READING
𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUS
Любовные романыStart: 15 Jan 2024 End: Humaira Zulaikha, si gadis periang dan bersifat manja. Separuh hidupnya diisi dengan kehadiran seorang lelaki berkulit tan yang menemani hidup Humaira siang dan malam sepanjang gadis itu belajar di sebuah universiti. Untungn...
