Bab 23

414 29 26
                                        

"Kau betul nak balik rumah sewa? Tak nak balik rumah parents kau ke?" Soal Layla kepada Humaira yang sedang membuka seatbelt kereta. Humaira hanya mengangguk sambil mengemaskan barang-barangnya di dalam kereta. Setelah itu, pintu disebelah penumpang di buka untuk keluar.

Begitu juga dengan Layla yang memandu dari Pahang ke Selangor turut keluar untuk menghantar Humaira masuk ke dalam rumah. Ziyad juga turut keluar dari tempat duduk belakang untuk mengambil alih tugas memandu.

"Betul ni tak nak balik sana?" Soal Layla lagi sekali. Entah kenapa Layla rasa tak sedap hati tapi dia cuma abaikan perasaan itu. Humaira tersenyum lalu mengangguk. Dia mengeluarkan beberapa beg dari bonet kereta sebelum menutup bonet itu kembali. Setelah itu dia memandang Layla lalu tersenyum manis. Tangan Layla dipegang lalu di hayun dengan lembut.

"Thanks, sebab sanggup teman aku staycation." Ucap Humaira. Layla terus ketawa.

"Bila kau cakap macam ni barulah aku teringat yang aku dah menganggur!" Layla ketawa sambil menggaru dahinya. Selama empat hari tiga malam, dia bercuti terus dia lupa yang dia sudah berhenti kerja.

"Habis tu kau nak buat apa lepas ni?" Soal Humaira.

"Cari kerjalah. Aku tak nak susahkan Ziyad urus semua perbelanjaan untuk kitorang kahwin nanti." Ujar Layla. Dia sendiri pun tak tahu dekat mana dia mahu cari kerja.

"Uu baiknya engkau!" Usik Humaira lalu ketawa.

"Of course lah! Laki kita tak nak manjakan kita dengan duit jadi dia suruh kita kerja dan usaha sama-sama." ujar Layla gedik.

Humaira membuat muka jijik sebelum mengangguk faham. Humaira memandang jam pada pergelangan tangannya sebelum memandang Layla.

"Aku rasa kau dah patut balik."

"Kau halau aku?" Soal Layla. Humaira ketawa sebelum menggeleng kepala.

"Ya lah, aku balik dulu. Apa-apa call aku sampai aku angkat tau!" Pesan Layla sebelum memeluk tubuh Humaira.

"Yelah Makcik! Kau pun jaga diri!" Humaira meleraikan pelukan sebelum menolak tubuh Layla untuk masuk ke dalam kereta.

"Ziyad, jaga Layla elok-elok and hati-hati drive!" Pesan Humaira. Ziyad mengangguk faham.

"Bye!" Layla melambai kepada Humaira.

Humaira membalas lambaian tersebut lalu tersenyum nipis. Kereta Honda Jazz warna merah yang dipandu oleh Ziyad terus menderu laju meninggalkan kawasan perumahan Humaira.

Apabila kereta tersebut sudah menjauh, senyum Humaira hilang dan dia terus masuk ke dalam rumah sewanya itu. Dia membawa masuk semua barang-barang miliknya dan menutup pintu utama kembali. Tangannya mencampakkan kunci ke atas meja dan membuka kipas sebelum membaringkan tubuhnya ke atas sofa.

"Nikmatnya dapat baring!" Humaira menggeliat kecil sebelum memejamkan matanya. Otaknya ligat memaparkan kembali memori sepanjang berada di Brinchang bersama Layla, Ziyad dan juga Fawwaz.

Humaira membuka mata sebelum mengeluh. Sepanjang empat hari tiga malam tersebut, dia betul-betul dapat mengenali sifat-sifat lelaki lain. Sebelum ini, hidupnya agak terbatas disebabkan rasa cemburu Luqman sekiranya Humaira berbicara dengan lelaki lain walaupun lelaki tersebut adalah rakan sekelasnya. Hal ini membuatkan Humaira terus meletakkan batas antara dia dengan lelaki lain.

Tetapi sekarang, dia sudah sedar yang Luqman telah memberikan pengaruh yang buruk untuknya. Dibutakan dengan sifat lemah lembut tutur bicaranya buatkan Humaira merasakan tiada lagi lelaki lain sebaik dia.

"Bodoh betullah kau ni Humaira!" Dia terus kembali memejam mata.

🔹🔹🔹

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now