Humaira memerhati suaminya yang sedang kehulur dan kehilir sambil mengemaskan pakaian. Sedikit pun Fawwaz tidak mengizinkan Humaira untuk membantunya mengemaskan pakaian untuk ke kampung Layla. Tidak jauh tapi disebabkan Humaira ingin berada di sisi Layla sehingga majlis tamat jadi Fawwaz terpaksa mengalah dan pilih pergi ke Kampung Layla terlebih dahulu. Kalau diikutkan, dia bakal mewakili pengantin lelaki tapi nak buat macam mana, sayang binilah katakan!
"Abang, boleh gosokkan baju kurung warna salmon untuk Aira tak?" Pinta Humaira sambil tangannya menunding ke arah dua pasang baju kurung. Sehelai warna salmon berpotongan kurung moden iaitu warna tema bagi pihak Layla. Manakala sehelai lagi warna emerald green berpotongan mini kurung iaitu warna tema belah Ziyad. Dua pasang baju tersebut diberikan oleh Layla sendiri tempoh hari. Katanya, pakailah mana-mana asalkan Humaira berada di sisinya ketika majlis akad nikah.
Jadi Humaira buat keputusan untuk memakai warna salmon sahaja disebabkan mahu membalas budi Layla yang sudah berada di sisinya ketika akad nikah tempoh hari.
"Yakin nak pakai salmon?" Soal Fawwaz. Dia sengaja bertanya kut-kutlah isterinya tiba-tiba ingin menukar fikiran.
Humaira angguk dengan yakin. Fawwaz mengalah sebelum mencapai baju kurung moden berwarna salmon sebelum diletakkan di atas katil.
"Nanti Aira pakailah warna putih untuk majlis bertandang belah Ziyad. Barulah fair." Ujar Humaira kepada Fawwaz. Fawwaz mengangguk sebelum kembali fokus untuk mengemas beberapa lagi barangnya.
Tak boleh nak kata apa. Jika itu permintaan isterinya, berbogel pon dia sanggup!
Sembang!
"Done!" Ziyad menutup bagasinya itu sebelum dizip rapat dan ditolak ke tepi pintu. Dia menghampiri isterinya yang masih bersantai di atas katil. Kepalanya dilabuhkan di bahu Humaira.
Humaira yang perasan tingkah suaminya itu tersenyum nipis lalu mengusap lembut rambut Fawwaz. Dia suka dengan bau rambut Fawwaz. Bau syampu miliknya.
Semenjak berkahwin, Fawwaz selalu menggunakan alatan mandian dirinya sehinggakan Humaira sendiri pelik kenapa shower cream miliknya selalu habis dari kebiasaannya. Tapi apabila melihat Fawwaz yang keluar dari bilik air dengan haruman lavender miliknya jadi dia sudah tahu siapa yang suka mencuri shower cream miliknya itu.
Bukan setakat shower scream. Scrub dan syampu juga selalu digunakan oleh Fawwaz.
Tiba-tiba ada sepasang tangan memeluk pinggang Humaira erat. Sebelah tangan menyentuh perut leper Humaira.
"Anak baba, cepatlah muncul." Bisik Fawwaz di telinga Humaira sambil mengusap perut itu dengan lembut.
Humaira keras. Tubuhnya meremang mendengar suara menggoda suaminya itu. Sudah dua bulan lebih tempoh perkahwinan mereka tapi masih belum ada rezeki. Mereka berdua tiada pun berbincang mengenai si kecil. Jadi dia biarkan sahaja dulu.
"Belum ada rezeki lagi hubby." ujar Humaira perlahan seraya mengusap tangan Fawwaz yang ada di perutnya.
Fawwaz angkat kepala daripada bahu Humaira sebelum memandang isterinya itu.
"Insya Allah nanti ada rezeki kita." Ujar Fawwaz. Humaira pandang Fawwaz sebelum tersenyum manis dan mengangguk.
"Abang kecewa ke?" Soal Humaira perlahan.
Fawwaz usap pipi Humaira.
"Takdelah, kita ni mampu usaha je dapat atau tak kan atas izin Allah. Rezeki tu tak ke mana sayang, kita cuma kena yakin je." ujar Fawwaz lembut.
YOU ARE READING
𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUS
RomanceStart: 15 Jan 2024 End: Humaira Zulaikha, si gadis periang dan bersifat manja. Separuh hidupnya diisi dengan kehadiran seorang lelaki berkulit tan yang menemani hidup Humaira siang dan malam sepanjang gadis itu belajar di sebuah universiti. Untungn...