Bab 15

348 31 6
                                    

Fawwaz meneguk kopi kegemarannya sambil bersantai-santai memandang manusia yang sedang lalu lalang. Kali ini dia berada di kota Seoul, Korea Selatan selepas menerbangkan kapal terbang dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Incheon dengan selamat.

Selepas sahaja dia menghantar Humaira pulang ke rumah tempoh hari, dia terus menghantar kereta Layla ke rumah Ziyad disebabkan sepupunya itu mahu menghantar kereta itu sendiri ke rumah orang tua Layla. Semenjak pergaduhan antara Ziyad dan Luqman, Humaira lebih banyak diam. Mungkin trauma dengan tindakan Luqman. Walaupun dia tidak melihat kejadian tersebut secara menyeluruh tapi apabila melihat Humaira yang terjelepuk ke lantai, dia yakin pasti Luqman menolak gadis itu hingga tersungkur.

Dia ada bertanya kepada Humaira tentang kesan merah di bawah dagu dan pipi gadis itu tapi gadis itu hanya diam. Dia tidak tahu kenapa gadis ini boleh bercinta dengan lelaki mental seperti Luqman. Lelaki itu tidak layak mendapatkan seorang wanita langsung dalam hidup!

"Hey, we meet again! Assalamualaikum Kapten Zayyan!" Seorang wanita menyapa Fawwaz bersama seorang lelaki putih tinggi lampai.

"Waalaikumussalam! Hey Isha, what are you doing here?" Soal Fawwaz pelik. Isha tersenyum manis sebelum menunjukkan seorang lelaki tinggi lampai.

"Siapa ni?"

"My husband, Enrique!" Isha memperkenalkan suaminya itu kepada Fawwaz. Enrique berjabat tangan dengan Fawwaz sebelum mereka tersenyum.

"I'm Zayyan! Nice to meet you."

"Nice to meet you too Mr. Zayyan." Balas Enrique.

"Tiba-tiba kahwin eh?" Gurau Fawwaz. Mereka selalu bertugas bersama sebelum ini. Tapi semenjak Isha naik pangkat sebagai ketua pramugari, mereka sudah jarang bekerja bersama. Tapi apabila bertemu pasti mereka akan berbual bersama.

Isha dan Enrique ketawa.

"Rique, awak duduk dulu. Saya pergi pesan makanan untuk kita." Ujar Isha. Enrique tersenyum sebelum mengangguk.

Fawwaz meneguk kopinya sebelum memandang Enrique.

"Korang bercinta ke?" Soal Fawwaz ingin tahu.

"Tak. Kitorang family arrangement." Balas Enrique. Mata Fawwaz bagaikan bersinar tiba-tiba.

"Wow! I'm speechless! Kita tahu yang Isha ni sejenis yang suka membantah. So how she can accepted that?" Soal Fawwaz.

"Entah. Tapi Isha seorang yang really nice! We still don't have feelings between each other but she's respect me as a husband. She did everything the responsibilities as a wife to their husband. She's really a good wife for me right now! I like her personality!"  Cerita Enrique. Fawwaz melihat yang bibir Enrique tersenyum apabila menceritakan mengenai isteri paksa relanya.

Tiba-tiba dia teringat gadis yang sedang berada di Malaysia. Humaira Zulaikha. Tapi boleh ke gadis itu menerima dirinya seperti Isha menerima Enrique? Entah tapi dia tahu, dia boleh gunakan Layla Arisha untuk dapatkan Humaira Zulaikha.

Fawwaz tersenyum sinis sebelum meneguk lagi air kopi miliknya itu.

🔹🔹🔹

"Uhuk!" Humaira tersedak. Dia terus mencapai air kosong sebelum meneguknya dengan rakus.

"Dah kenapa?" Soal Layla.

Humaira tidak layan. Dia sedang melegakan tekaknya yang berasa pedih.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now