Bab 32

387 31 17
                                    

⚠️ TRIGGERED WARNING DI AKHIR PENCERITAAN⚠️

Fawwaz merenung wajah isterinya yang tekun membutangkan seragam kerjanya sambil tersenyum manis. Tangan Fawwaz memeluk erat pinggang Humaira sehingga tubuh mereka bersentuhan antara satu sama lain.

"Dah siap." Humaira usap dan menepuk perlahan bahu Fawwaz.

Humaira memandang Fawwaz yang tersenyum manis kepadanya lalu dia membalas senyuman Fawwaz.

Fawwaz memeluk erat tubuh Humaira lalu mengeluh perlahan. Dia mencium ubun-ubun Humaira lama.

"Beratnya hati Hubby nak tinggalkan sayang."

Humaira tersenyum lalu menepuk perlahan belakang tubuh Fawwaz.

"It's okay Hubby, tak lama pun 5 hari je kan." Pujuk Humaira lembut.

"Berpisah dengan sayang 5 minit pun abang dah rasa lama, inikan 5 hari sayang." Rengek Fawwaz.

"Mengadalah abang ni, over betul." Humaira ketawa kecil.

"Sayang ikut abang pergi kerjalah macam ni." Adu Fawwaz.

"Tak nak Aira, nanti tak jadi kerja namanya. Itu jadi second honeymoon." Balas Humaira.

Fawwaz terkekeh.

"Best apa, boleh honeymoon dua kali, mana tahu kali ni dapat babymoon." usik Fawwaz selamba. Dia tersenyum gatal ke arah isterinya yang menunduk malu. Sabarlah sayang, laki kau memang macam ni!

"Abang jangan macam-macam eh!" Balas Humaira geram. Dada suaminya itu ditampar lembut. Berus gigi pakai ulat bulu ke pagi tadi?

Humaira menghela nafas.

Pejam celik-pejam celik dah sebulan mereka berkahwin. Sempatlah Fawwaz dan Humaira berbulan madu di Maldives minggu lepas. Itu memang tempat idaman Humaira. Akhirnya dapat jugak dia jejak kaki ke sana. Untung dapat suami macam Fawwaz. Dah lah kaya, penyayang lagi. Sekarang cuti Fawwaz dah habis, jadi lelaki itu dah mula bekerja kembali. Katanya Ada flight ke Paris, tapi tak lama lima hari sahaja. Pertama kali mereka berjauhan sebagai suami isteri. Berat betul hati Fawwaz nak berjauhan dengan isterinya. Biasalah orang tengah angau dengan bini kan.

Cehh!

Macam dia sorang je ada bini!

"Hubby." Panggil Humaira.

"Ya sayang." Fawwaz yang bermain dengan rambut Humaira itu menjawab lembut panggilan isterinya.

Humaira diam seketika. Berfikir patut ke tak dia meminta izin Fawwaz untuk pulang ke rumah ibu bapanya? Ikutkan hati dia tidak mahu lagi jejak ke sana lagi tapi barang-barangnya masih ada di sana. Jadi dia sekadar mahu mengambil barang-barangnya sahaja. Dia risau jika keluarganya itu sudah melupuskan harta-bendanya disebabkan benci kepadanya. Bukanlah banyak sangat cuma ada kenangan. Lagipun kalau difikirkan dia pun tak sanggup untuk berjumpa dengan mereka lagi, hatinya masih sakit.

"Kalau Aira nak balik rumah keluarga Aira boleh tak?" Soal Humaira perlahan.

Fawwaz terdiam. Dia mengerutkan keningnya. Risau dengan permintaan isterinya itu.

"Untuk apa?"

"Aira nak ambil barang Aira, kalau ab.."

"No, abang tak izinkan!" ujar Fawwaz tegas.

Humaira diam.

"Kalau nak ambil barang, tunggu abang balik baru kita pergi sama-sama. Abang takkan izinkan sayang pergi sorang-sorang, kalau jadi apa-apa macam mana?" Soal Fawwaz lembut tapi tegas. Dia memegang tangan isterinya dan dihayunkan dengan lembut.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now