Bab 4

419 23 1
                                        

"Nanti cuti seminggu aku nak balik kampung." Ujar Layla.

Humaira yang sedang mengulang kaji mendengus sebelum bibirnya tersebik dan menjeling Layla.

Layla ketawa kecil.

"Dah nak dekat 100 kali aku dengar tau! Pergilah balik!" Ujar Humaira sebelum menyelak bukunya dengan kasar. Layla ketawa lagi sambil melipat bajunya untuk dimasukkan ke dalam bagasi.

"Nanti kau jaga lah diri elok-elok. Kalau nak makanan, kau buka je loker aku lepas tu makan je lah." Pesan Layla. Humaira memutar bola matanya dek pesanan Layla. Bukan setakat Layla je yang pesan, Hanis dengan Maria pon pesan benda yang sama. Dinie, kawan si Layla pon pesan benda yang sama.

Kenapalah buat dia macam budak kecil?

"Yelah mak cik! Engkau balik malam ke pagi?" Soal Humaira.

"Kalau diikutkan aku, dia datang jenguk aku tu, masa tu juga aku nak balik tau tapi hari jumaat  tu aku ada kelas pagi. Dah nak final so baik aku pergi kelas dulu. Buat ghaso-ghaso." Ujar Layla. Humaira tersenyum kecil.

"Rajin pulak dia nak stay semalam?" Soal Humaira.

"Biar dia lah! Asalkan tak guna duit aku." Balas Layla sambil meletakkan baju yang dilipatnya ke dalam bagasi.

"Nanti aku sendu lah kau takde seminggu." Humaira buat riak sedih. Humaira pandang Layla sebelum menghela nafas.

"Kau jangan buat aku serba salah. Aku balik sekejap je. Nanti aku datang sini balik." Pujuk Layla. Tipulah dia tak rasa serba salah meninggalkan Humaira sendiri di kolej kediaman. Tapi dia perlu pulang seketika untuk menyelesaikan masalah di kampung. Kalau tiada masalah sekalipun dia akan tetap pulang ke kampung untuk jumpa ibu dan ayahnya setelah sekian lama. Dia sudah mengajak gadis itu pulang tapi gadis itu yang menolak. Katanya nak ulang kaji untuk final exam. Kita tak boleh nak paksa orang macam ni. Nanti dia koyak!

"Luq pon balik kampung juga kan?" Soal Layla.

"Yelah sebab tu aku cakap nanti aku sendu." Ujar Humaira.

"Bertabahlah."

"Eii!" Humaira terus menutup bukunya dan membuka tablet.

"Jom tengok movie?" Ajak Humaira.

"Tu lah kau!" Terus sahaja Layla menyimpan bagasinya di bawah katil.

"Esok je lah simpan." Ucap Layla sebelum bangkit berdiri. Pintu loker bahagian atas dibuka sebelum mencapai satu paket ramen berperisa carbonara dan diletakkan di atas meja.

Begitu juga Humaira yang juga mencapai ramen berperisa cheese quatro dan periuk elektrik miliknya. Apabila seorang Humaira memasang plag, seorang Layla akan mengisi air di dalam botol untuk digunakan untuk memasak ramen.

Apabila sahaja selesai, tugas Layla akan memilih movie. Kebiasaannya pemilihan cerita mengikut recommendation di TikTok tapi hari ini nak mood joget-joget so Layla memilih cerita Hindustan yang bertajuk Rab Ne Bana Di Jodi lakonan Shahrukh Khan dan Anushka Sharma. Setelah semua sudah bersedia, Humaira akan menutup lampu. Biar cahaya dari luar jendela yang menerangi mereka malam ini.

"Kejap, laki aku chat!" Ujar Layla. Dia membalas mesej tersebut sebelum menutup telefon pintarnya.

"Laki kau mana?" Soal Layla. Humaira angkat bahu.

"Dia kata nak pergi dobi dengan kawan dia." Jawab Humaira.

"Pastu?"

"Dah nak pukul 10 malam, takkan tak sempat nak reply chat aku?" Rungut Humaira.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now