Humaira memandang dirinya dari pantulan cermin sebelum dia menghela nafas perlahan. Dia ukir satu senyuman nipis sebelum mencapai beg alat mekapnya yang sudah lama tersimpan. Sudah sekian lama beg tersebut tidak disentuhnya.
Semenjak dia tamat belajar, semenjak itulah dia tak pernah menyentuh alat mekapnya disebabkan patuh pada arahan Luqman yang tidak suka memakai riasan. Tapi kali ini dia sudah bebas dari neraka ciptaan Luqman. Biarkan kali ini dia mendapatkan kembali dirinya yang sebenar yang gemar dengan kecantikan.
Semenjak dia berhubungan dengan Luqman, banyak benda lelaki itu melarang dia lakukan. Salah satu, memakai riasan. Selain itu, memakai pakaian yang berlebihan seperti gadis-gadis lain di universiti. Disebabkan itu, dia agak sedikit kolot berbanding gadis-gadis kampung lain. Disaat, dia melihat Layla memakai pakaian yang digemarinya pasti terdetik di hatinya yang dia cemburukan hubungan Layla dan Ziyad. Hubungan yang positif. Hubungan yang diinginkan semua wanita.
Setelah selesai mengoleskan gincu pada bibirnya, dia mencapai setting spray sebelum menyembur pada wajahnya. Setelah itu, dia mendekati almari pakaian miliknya. Banyak seluar slack berwarna hitam dan skirt juga berwarna hitam. Dia buka pintu almari sebelah lagi, tergantung pelbagai blouse labuh pelbagai warna.
"Bosan betul hidup kau Humaira! Patutlah kena tinggal." Ujar Humaira sendirian. Dia menggelengkan kepalanya sebelum mencapai sepasang baju kurung moden pemberian Layla di zaman universiti. Dia tidak memakai baju tersebut disebabkan baginya baju itu tidak sesuai untuk ke kelas. Tapi apabila dia masuk ke era pekerjaan, baru dia sedar yang pakaian dia sebelum ini agak simple dan kebanyakkan pekerja wanita akan berhias untuk menampakkan diri mereka yakin dan semangat untuk bekerja.
Tanpa berfikir panjang, akhirnya baju kurung moden berwarna krim tersebut menjadi pilihannya. Nasib baju tersebut dia pernah gosok sewaktu untuk ke majlis pertunangan Layla tapi malangnya dia tidak memakainya kerana dia risau dia lagi cantik dari Layla. Setelah itu dia berjalan menuju ke arah laci yang mempunyai pelbagai jenis dan warna tudung. Sehelai shawl berwarna coklat dicapai sebelum digosok.
Sebelum ini Luqman sangat tidak menggemari dirinya memakai shawl. Tapi kini tiada siapa boleh menghalang dirinya lagi. Setelah selesai menggosok tudung, dia mengemaskan rambutnya sebelum memakai tudung tersebut mengikut keselesaannya untuk bekerja hari ini.
Walaupun hubungannya dengan Luqman sudah putus tapi dia masih ingat pesan Luqman untuk memakai handsock dan sarung kaki walaupun ke mana sahaja dia pergi. Tapi niat dia berubah kerana Allah bukan kerana lelaki itu. Dia masih pegang niat dia dari awal dan cuba untuk tetap istiqamah dalam berubah menjadi seorang yang lebih baik.
Apabila dia rasa semuanya sudah selesai, dia mencapai beg tangan yang baru dibelinya dan digayakan dihadapan cermin. Seketika Humaira tersenyum lebar.
"This is the new Humaira Zulaikha! Not the foolish one anymore!" Ujar Humaira semangat sebelum mengambil gambar dirinya melalui pantulan cerminnya.
Apabila sudah puas hati, barulah dia keluar dari rumah sewanya itu dan menuju ke arah motor miliknya untuk ke tempat pekerjaannya.
🔹🔹🔹
"Hey Aira! You look so different today!!! Cantikk!!" Seorang wanita yang merupakan majikannya itu menerjah diri Humaira yang sedang menikmati sarapan pagi.
Humaira terus memandang wanita tersebut yang sedang memandang dirinya atas bawah.
"Why tiba-tiba berubah ni? Dah putus dengan boyfriend ke?" Soal wanita itu lagi sebelum menarik Humaira agar berdiri untuk melihat rekaan baju yang dipakai Humaira.
YOU ARE READING
𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUS
Lãng mạnStart: 15 Jan 2024 End: Humaira Zulaikha, si gadis periang dan bersifat manja. Separuh hidupnya diisi dengan kehadiran seorang lelaki berkulit tan yang menemani hidup Humaira siang dan malam sepanjang gadis itu belajar di sebuah universiti. Untungn...