"Abang, macam mana dengan phone abang? Bila nak pergi beli? Semalam kita pergi abang tak berkenan langsung dekat kedai tu pastu abang kata nak cari harini?" Soal Humaira yang mengambil tempat disebelah Luqman di bangku luar rumah.
Luqman memandang Humaira sekilas.
"Esok, harini Rizal tak free." Balas Luqman.
Humaira hanya mengangguk. Pada mulanya, Luqman berjanji untuk membawa Humaira keliling bandar sambil mencari telefon baru untuk Luqman tapi dia akhirnya diberitahu bahawa Luqman mengajak Rizal iaitu teman sekolah Luqman. Humaira mahu marah tapi akhirnya dia mengalah bila Luqman mahu mengajak Rizal bersama, alasannya Rizal lagi tahu tentang telefon pintar. Dari berjanji nak jalan-jalan berdua tiba-tiba ada orang ketiga pulak!
Luqman tegakkan badan lalu mengadap Humaira.
"Aira, abang keluar dengan Rizal jelah okey? Aira tak payah ikut!" Putus Luqman tiba-tiba tanpa persetujuan Humaira langsung.
Humaira mula berkerut.
"Semalam abang cakap nak bawak Aira sekali, nak jalan-jalan dekat kampung abang ni." Humaira menundukkan kepalanya lalu mengeluh kecil.
Tiba-tiba dia terasa dengan kelakuan Luqman.
"Dari plan berdua tiba-tiba bertukar jadi plan bertiga. Aira faham dan Aira benarkan. Tapi sekarang ni terus tak nak keluar dengan Aira dan abang boleh nak keluar berdua je dengan Rizal? Abang tak fikir perasaan Aira ke?" Soal Humaira dengan sedih. Air matanya bagaikan mahu jatuh ke pipi sahaja.
Humaira memandang wajah Luqman dengan lembut. Seakan meminta belas kasihan agar Luqman membatalkan janji temu dengan Rizal.
"Abang kenapa tiba-tiba tukar plan ni?" lembut nada Humaira bertanya.
"Aira kena faham abang jarang balik sini. Ini je masa yang abang ada untuk abang keluar lepak dengan dia." Luqman menjawab dengan serius.
Humaira memejamkan mata seketika. Menahan rasa hati yang semakin sakit. Tiba-tiba dia rasa menyesal ikut Luqman sampai ke Skudai.
'Aira je ke yang kena faham abang tapi kenapa abang sebaliknya? Aira lagi jarang datang sini kenapa abang tak terfikir tentang itu?' Hanya mampu terluah di dalam hati sahaja pertanyaan itu. Dia tidak mahu bertengkar dengan Luqman.
Humaira memandang Luqman
"Memang abang jarang balik sini, tapi Rizal tu pun belajar dekat Melaka jugak! Apa yang korang jarang lepaknya? Selalu je kan korang keluar." Humaira cuba untuk tidak beremosi dan berbicara dengan nada yang lembut.
Humaira menarik nafas perlahan dan melepas juga dengan perlahan sebelum menyambung kembali.
"Abang tahu, abang jarang balik sini,tapi kenapa tak luangkan lebih masa dengan ibu dan ayah sahaja? Kenapa nak keluar dengan Rizal? Sedangkan abang boleh je jumpa Rizal tu dekat melaka nanti!" Luah Humaira.
Humaira tahu kalau Luqman keluar dengannya pasti takkan lama dan Luqman masih ada banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga. Tapi kalau dia keluar dengan Rizal berdua, faham-faham jelah lelaki lepak macam mana.
"Melaka dengan Johor tak sama Aira" Luqman masih nak menang.
Humaira mengeluh. Serius cakap, dia memang sedang menahan amarah.
"Abang, Aira ni masih cuba sesuaikan diri dekat rumah abang. Abang kalau keluar dengan Rizal bukan sekejap tau tapi dari pagi sampai ke malam! Bukannya Aira tak tahu!" Balas Humaira.
Dia mengeluh.
"Abang tahu tak, Aira segan dengan family abang? Esok dahlah saudara mara abang nak datang lepastu abang boleh nak tinggal Aira sorang-sorang?" Rungut Humaira.
YOU ARE READING
𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUS
RomanceStart: 15 Jan 2024 End: Humaira Zulaikha, si gadis periang dan bersifat manja. Separuh hidupnya diisi dengan kehadiran seorang lelaki berkulit tan yang menemani hidup Humaira siang dan malam sepanjang gadis itu belajar di sebuah universiti. Untungn...