"Pahal la kampung kat sini banyak sangat"
Kepala yang tak gatal itu digaru. Qaiyer sudah sehari suntuk keliling di sekitar Merbok mencari di mana kampung sebenar Quira itu.
Nampak gayanya lama lagi la kena berulang dari Sungai Petani ke Merbok selagi Quira tak dijumpainya.
"Haih lama lagi ke kita nak jumpa little rose"
Gambar Quira di renung seketika sambil air asam boi ikat tepi itu dihirup kembali. Entah bagaimana dia mula suka dengan air ini sejak dia mula sampai ke Tanjung Dawai. Agaknya sebab dulu dia ingat yang itu air oren kerana warnanya seakan akan sama tapi rasanya lain, tetapi Qaiyer juga sukakan rasanya
Qaiyer sudah mencari di seluruh pekan Merbok kecuali di kawasan sekitar Tanjung Dawai, Dan sekarang dia sedang berdiri di tepi pantai tersebut mengambil angin petang di kerana kan tidak ramai orang ketika itu.
"Cantik sunset kat sini, tapi tu la sayang, pantai kat sini takde orang jaga."
Guman Qaiyer seorang diri, gambar Quira yang sedang berlatih di gim kembali ditatap. Dia kembali berdiri kerana ingin pulang semula ke Hotel yang di inap beberapa hari ini.
Dalam perjalanan balik, Qaiyer terdetik untuk singgah di warung seberang jalan untuk makan sebentar.
Hanya kumpulan kariah masjid sedang mengopi di warung tersebut sambil menunggu waktu maghrib tiba."Dik, kamu nak oder apa?"
"Bagi saya, nasi goreng kampung dengan air kosong je makcik"
Makcik penjaga warung hanya tersenyum sebelum melangkah semula ke dapur warungnya itu.
"Weh hang tau dak pasai anak arwah Nasrul hat lari dulu mai sini balik."
"Haa, aku ada nampak budak tu jugak waktu lalu depan rumah depa sejak menjak ni."
Qaiyer hanya curi curi dengar gosip pakcik pakcik kariah kampung itu.
"Aku tengok muka budak tu sebijik lagu arwah Fasha, lagu mat saleh~"
Qaiyer sudah mengagak siapa yang sedang dibualkan oleh orang orang kariah itu.
Qaiyer bangun menuju ke meja mereka, biarlah dia disebut kurang ajar kerana mencuri curi dengar perbualan mereka tadi.
"Assalamualaikum pakcik, maaf saya menyampuk tapi siapa yang pakcik bualkan tadi?"
Orang orang kariah itu hanya memandang ke arah Qaiyer wajah keliru.
"Maaf kalau pakcik rasa saya kurang ajar sebab curi dengar pakcik bersembang tadi. Tapi pakcik pernah nampak tak dia ni~"
Satu satunya gambar yang sempat di ambil sebelum Quira menghilangkan diri yang jelas kelihatan mukanya kalini. Selalunya Quira akan mengelak setiap kali Qaiyer cuba mengambil gambarnya namun hari itu Qaiyer yang menang.
Pakcik itu membetulkan kaca mata sebelum melihat ke Iphone Qaiyer semula.
"Nak, kasi telepon kamu kejap."
"ouh nah pakcik,"
Qaiyer menghulurkan Iphone miliknya kepada pakcik itu.
"Weh Samad, ni anak arwah Nasrul dengan Fasha kan? Ka aku hat salah tengok la ni?"
"Betui la Bidin, ni anak depa tu."
Qaiyer mula teruja mendengar yang orang orang kariah itu mengenali Quira.
"Pakcik tahu tak dia sekarang kat mana?"
Pakcik itu menoleh untuk menyerahkan semula Iphone milik Qaiyer itu.
"Kamu ikut simpang tiga kat sana tu pastu nampak simpang belah kiri, masuk situ. Rumah depa kat hujung simpang, rumah kayu besa ja."
"Thanks you pakcik~ thank you"
"Ahh~ welcome, welcome"
Qaiyer geli hati melihat pakcik itu hampir melatah bila dia berterima kasih kepada nya.
"Saya mintak diri dulu pakcik, Makcik! Makanan saya tu kasi dekat pakcik ni saya belanja~ Assalamualaikum pakcik~"
Qaiyer berlari ke arah keretanya sebelum sempat pakcik itu menjawab salam.
"Little rose, Aspettami, arriverò ~"
(wait for me, I Will come~)
YOU ARE READING
Qaiyer Naheed -The Destined-
General FictionYou have a thorn behind your rose petals, Ms. White Rose. -Qaiyer Naheed You'll never know if there's poison or not in that thorn Mr. Red Rose -Quira Nashwa Start: Jan 14 2024 End: "btw This is my first story. So please jgn kecam. Saa baru belajar."