"Ira~".
"Little rose~".
"Quira sayang~".
"Mi amore~"
"Guaritore del mio cuore."
Panggilan itu bergema di dalam ruangan tersebut. Kini Quira hanya berseorang, di dalam sebuah ruangan besar tiada penghujung.
Gelap gulita.
Itu sahaja yang boleh digambarkan Quira pada saat ini. Tubuhnya melilau mencari pemilik suara"Qai... Qai..."
Tangannya meraba di dalam kegelapan. Semakin lama suara itu kedengaran semakin menjauh darinya.
"Qai. Mana awak!"
Laung Quira namun yang berbalik hanyalah gema suaranya sendiri. Dia terduduk di tengah tengah ruangan yang entah dimana ini, dia mahu melihat sang empunya suara sahaja. Dia cuma...
"Qai... Mana kau... Saya. Saya rindu awak..."
Hanya sepi yang berbalas, namun tak lama. Derap kaki mula kedengaran semakin mendekat.
"Nenek lampir mana elok menangis."
Susuk tubuh Qaiyer semakin terlihat dari dalam kegelapan. Susuk tubuh yang dia rindui, yang dia cintai, yang dia cari.
"Qai..."
"Maaf little rose, saya terpaksa."
Perlahan empunya susuk tubuh beralih ke belakang dan berjalan pergi seperti berat untuk meninggalkan Quira sendiri lagi.
"Qai... Jangan tinggalkan saya lagi. Tolong!"
Quira bangun dan mengejar susuk tubuh tersebut. Semakin dekat jaraknya dengan susuk tubuh itu semakin terasa berat kaki untuk melangkah seolah olah dia sedang melangkah di dalam pasir jerlus dan kakinya diikat dengan beban baja. Setiap langkah digagahinya untuk melangkah. Setapak demi setapak mula mendekat.
"Qai, tolong jangan tinggalkan saya macam ni."
"One day you will know why I do all of this little rose."
Apabila tangannya sudah mengapai kaki sang empunya tubuh, susuk tubuh tersebut hilang seperti serpihan habuk yang bertaburan di udara.
"Qai!! "
Tubuhnya tersentak. Matanya celik kembali, semuanya cuma mimpi. Peluh yang bercucuran membasahi sarung bantal. Kenapa dia kerap bermimpi sejak kebelakangan ini. Qaiyer di dalam mimpinya seperti ingin menyampaikan sesuatu. Tetapi apa.
"One day you will know why I do all of this little rose."
Ayat itu kembali bergema di dalam ruang fikirannya. Telefon yang diletakkan di bawah bantalnya dicapai.
"Urgh baru pukul 2 pagi..."
Kakinya melangkah turun dari katil. Bilik air menjadi lokasi destinasinya saat ini. Sesudah urusan di bilik air, telekung yang bersangkut di belakang pintu dicapai lalu di sarung ke badan.
"Orang tua tua selalu pesan kalau terjaga waktu tengah malam tandanya tuhan kejutkan kita dari tidur supaya berdoa kepadanya. "
Pesan arwah Pak Shoaib masih diingatnya sehingga kini, ada baiknya pesanan itu, tidaklah dia terlampau hanyut dengan dunia dia sekarang ini.
Atau lebih tepat, perasaan yang dia pendam sekarang." Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah."
Sesudah solat tahajud, matanya merenung keluar jendela kamarnya. Angin sejuk menerpa masuk melalui jendela tersebut. Dingin. Jam dinding menunjukkan pukul 4.30 pagi, harini dia perlu bersiap awal. Banyak yang perlu dia uruskan hari ini...
YOU ARE READING
Qaiyer Naheed -The Destined-
General FictionYou have a thorn behind your rose petals, Ms. White Rose. -Qaiyer Naheed You'll never know if there's poison or not in that thorn Mr. Red Rose -Quira Nashwa Start: Jan 14 2024 End: "btw This is my first story. So please jgn kecam. Saa baru belajar."