"Teacher Haura... Kenapa teacher Ira lambat sangat hari ni.."Ini sudah kali ke lima budak budak itu bertanya kepadanya.
"Ira ni semua hang punya pasal, tolonglah cepat!"
Raung Haura di dalam hati. Sejujur nya dia amat tidak suka budak - budak itu banyak bertanya kepadanya, dia hanya menolong Quira untuk menguruskan kewangan pusat latihan itu dan bukannya jadi pengasuh budak.
" Quira mana hang ni... "
Bunyi pintu dibuka secara tiba tiba membuatkan suasana di dalam tempat itu hening seketika.
"I'm sorry kids... teacher lambat sikit harini.."
Dia berkata sambil tercungap - cungap untuk bernafas. Haura yang melihat keadaan Quira seperti itu mula menghampiri nya.
Eitss..
Dia tak akan tolong Quira. Dia hanya mahukan beg kertas berlogo kan Zus coffee itu sahaja."Ishh Quira, ingatkan ada apa apa yang jadi kat hang tadi. Mai aku tolong bawak barang hang sikit...."
Beg kertas yang berisikan air yang diminta sahaja yang dicapai walaupun beg laptop, handbag, dan banyak lagi masih tergalas rapi di bahu Quira.
"Ciss, dasar fake..."
"Eitss aku kan kawan hang yang paling cantik, paling rajin, paling baik dan rajin menabung ini mana pernah fake..."
Haura membuat gaya pickme seraya Quira tertawa melihat ulah kawan baiknya itu.
"Ye la kau rajin menabung, Air pun mintak aku belanjakan."
"Sebab kalau aku beli pakai duit sendiri, tak adalah duit aku tu nak masuk tabung."
Haura membalas sambil memflip rambut halimunan nya itu. Dah pakai tudung buatlah gaya pakai tudung, ada hati nak flip rambut konon.
"Teacher Ira!!"
Kelihatan budak budak yang sedang berlari ke arah Quira sambil mendepa tangan mereka.
"Hello kids!! I miss you guys so much!"
Quira jatuh terduduk kerana mereka mengerumuni sehingga keseimbangannya hilang.
"Wait, ni teacher datang kelas lambat ni kamu semua dah warm up or tak?"
"Sudah!"
Jerit mereka beramai ramai teruja untuk memulakan pelajaran untuk hari ini
Haura yang melihat mereka dari balik pintu ruang latihan ketawa kecil sambil menggeleng kan kepalanya.
"Ira, ira, hang calit apa la kat depa tu sampai depa sayang kat hang..."
Dia meninggalkan mereka yang sudah memulai latihan boxing. Untuk apa?
"MASANYA UNTUK MAKAN!"
YOU ARE READING
Qaiyer Naheed -The Destined-
Fiction généraleYou have a thorn behind your rose petals, Ms. White Rose. -Qaiyer Naheed You'll never know if there's poison or not in that thorn Mr. Red Rose -Quira Nashwa Start: Jan 14 2024 End: "btw This is my first story. So please jgn kecam. Saa baru belajar."