Part 9

9 1 0
                                    

Pasar pagi tanjung dawai.
Tempat yang menjadi tempat persinggahan pertama sebelum mereka hendak ke pekan.
Maklumlah kat pekan bukanya banyak barang segar ni. Mana nak dapat ikan segar dari atas bot

Bak kata pepatah 'alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Tapi apakah daya, pekasam Pak Syuib kegemaran Quira sudah habis dijual. Ni jangan kata nak menyeluk sampai ke pangkal lengan, hujung jari pun tak merasa kalau macam ni punya cerita.

Kereta yang dipandu Qaiyer me laju semula di atas jalan. Namun tak la begitu laju, cubanya dia memandu laju di kawasan ini, maunya dia terlanggar orang yang sibuk melintas jalan tanpa memandang kanan dan kiri macam jalan ni mak bapak dia yang punya atau dia ada peluang untuk kena sepit ketam milik Quira itu.

Uihh jangan main main, ketam pun kalah main sepit sepit dengan dia oii.

Hampir sejam berlalu akhirnya kereta mereka sudah memasuki kawasan pasaraya lotus. Pusing Qaiyer mencari parkir, mungkin kerana hari cuti tapi dia tak kisah kerana sang buah hati sudah lena dibuai mimpi di kerusi penumpang itu.
Jangan risau, bukanya sekali dua Quira tertidur bila menaiki kereta dengan Qaiyer, Boleh dikatakan setiap kali dia naik kereta dengan Qaiyer dia akan tertidur. Mahu tak tertidur kalau si Qaiyer tu hanya diam walaupun dia cuba berborak dengan tunggul tersebut.

Akhirnya Qaiyer mendapat parkir paling dekat dengan pintu masuk Lotus itu. Pegawai yang baru keluar dari situ hanya terdiam melihat kereta itu memarkir di ruang parkir paling jelas yang mereka boleh tengok.

"Woi Kasya, tu logo kereta lamboghini kan~"

Tanya pegawai yang sedang berdiri di tempat troli. Sedang menyusun troli semula nampaknya.

"Haah la weii~ bapak arghh, Lamboghini Urus Matt. Smat ouhhh".

Sambung pegawai lagi satu sambil menampar bahu teman sekerjanya itu.

Qaiyer menoleh ke Quira.

"Quira kita dah sampai"

Namun tiada balasan dari Quira. Ia bukanya masalah bagi Qaiyer kerana ini selalu menjadi lumrah si Quira ketika tidur. Bak kata daddynya.....

"Tidoq payah nak gerak"

Jangan ditanya kenapa, itu yang selalu diperli ke Quira jika gadis itu merajuk ataupun diusik oleh ayah Qaiyer.

"Hais lenanya Principessa ni tidur."

Tanpa banyak tingkah Qaiyer langsung turun dari kereta dan berlari ke arah pintu Quira.

"Mak oii, bukan kereta ja helok. Hat tuan nya pun helok bebeno Kasya".

Rahang bagaikan terjatuh, maklumlah tak pernah tengok orang hensem. Nak usha mamat kat sini, harapkan budget make up moto nak awek lawa lawa.

Pegawai lagi seorang hanya menggelengkan kepala melihat tingkah teman nya itu yang memang miang bila nampak lelaki elok rupa. Kenapa dia tak usha sekali?

"Pakwe aku hensem lagi."

Bisik dia seorang diri, menghiraukan temannya yang bagai jatuh cinta pandang pertama itu.

Pintu bahagian penumpang dibuka dan tubuh Quira di goyangkan perlahan.

"Little rose, bangun. Kita dah sampai ni."

Perlahan mata Quira digosok agar kantuknya hilang, kalah driver dia punya penat.

"Dah sampai?"

Perlahan Qaiyer menganguk.
Lantas Quira mencapai beg tangannya yang berjenama Bonia itu dari bawah seat penumpang, langkah berjaga jaga katanya.

Mereka berdua jalan beriringan ke dalam Lotus.

Meanwhile:~

"Kasya~"

"Apo kau ni"

"Dah taken rupanya mamat tuu~"

Adu pegawai itu dengan muka mengadanya.

"Camna pulak hang tau, hang pi mintak nombor dia ka Isya oi."

Lantas dia mengelengkan kepala sambil memuncungkan bibir ke arah Qaiyer dan Quira yang sedang berjalan masuk ke dalam.

"Hmm bukan nasib hang la Isya. Tu la nak hat semat, muka sendiri pun"

Gurau Kasya sedikit mengusik hati Isya.

"Eleh perli aku konon, tau LA dia ada pakwe"

Isya mencebik dan berjalan munuju ke parking lot yang terlihat banyak troli untuk menyusunnya kembali.

(I'm sorry if kata "pegawai" tu tak sesuai dengan tugas di orang. Tbh I dah buntu nak letak mereka jadi apa sebenarnya. So hrp faham ii kan la ye)

Qaiyer Naheed -The Destined- Where stories live. Discover now