Part 18 ( flashback I)

12 1 0
                                    

Kelopak mata dibuka perlahan sebelum sinar mentari menusuk ke kornea mata.

Dia tertidur.

Matanya tertumpu ke arah orang orang yang sedang bertukang membaiki atap dan dinding rumahnya.

Termasuklah Qaiyer.

Sambil menongkat dagu, direnungnya Qaiyer itu tidak berkelip. Ya la, bila lagi boleh tengok dia kena dera dengan Pak Shoaib.
Kata Pak Shoaib lah...

"Apalah jantan tak reti bertukang, Malu sikit kat Ira tu."

Itu Haritu.... Tapi sekarang tengok muka Qaiyer macam mempasrah di bebel dengan orang tua itu, mesti Pak Shoaib tengah menasihati dia macam mana nak bertahan tersesat di tengah laut.
Bak kata diri dia sendiri...

" Biasalah orang-orang tua, memanglah macam tu.."

Pasti muka Qaiyer akan kelihatan mempasrahkan segalanya termasuklah telinganya yang sedang mendengar bebelan orang tua itu.

Tingg!

Bunyi notifikasi WhatsApp masuk ke telinganya, tapi diendahkan saja notifikasi kali ini. Paling-paling pun iyanya cuma notifikasi google chorme tentang kelas online yang selalu dia sertai.

Tetapi kenapa notifikasi kalini seperti tak kunjung berhenti ?

Telefon dicapai lalu skrin dihidupkan, terlihat deretan notikasi dari aplikasi WhatsApp yang tak kunjung berhenti.

"Siapa yang spam chat ni..."

Salah satu notifikasi ditekan lalu ia memaparkan gambar...

Tapi ianya kelihatan terlalu familiar dengan persekitaran di dalam gambar itu. Sambil cuba mengingati di manakah tempat itu, deretan gambar masuk ke dalam ruang sembang itu.

Quira menscroll mesej laju ke bawah, kelihatan seperti gambar stop motion. Semakin lama dia semakin hairan...

"Kenapa gambar ni macam aku?"

Mesej yang masuk sudah berhenti. Dia menscroll hingga ke akhir mesej, betullah apa yang dia sangka.

"Ini memang gambar aku."

Quira memandang sekelilingnya sebelum bahunya di tepuk perlahan oleh Pak Shoaib.

"Ira kenapa kamu nampak cuak sangat ni?"

Laju Quira sembunyikan telefonnya di sebalik badan. Pak Shoaib hanya mengangguk perlahan sebelum menyambung kata.

"Ni Naheed tu nak keluar pergi beli minum, dia ajak kamu tadi. Kamu nak ikut dia sekali tak dia tanya?"

Kepala Quira menjuntai untuk melihat Qaiyer yang sedang turun dari tangga itu.

"Malas lah Pak Shoaib, kami nak masak lagi satgi. Ada tetamu nak datang."

Pak Shoaib sekali lagi menangguk perlahan sambil mengusap dagunya yang sedikit berjanggut itu.

"QAI.."

Panggil Quira apabila melihat Qaiyer sudahpun sampai ke kereta nya itu. Qaiyer hanya sedikit mendongak kepala sebagai isyarat.

"Apa!"

"Beli keropok lekor Mak Som dekat pasar nanti, alang alang kau nak keluar kan."

Mata dibulatkan agar Qaiyer cair dengan kecomelan yang sudah sedia ada di mukanya itu. Qaiyer menjulingkan mata ke atas, meliat dengan adegan pujuk memujuk Quira...

Kerana dia tahu, Quira mahukan lebih dari sekadar keropok.

"Ya la, nanti aku beli untuk kau rojak dengan ais kacang sekali Quira sayang..."

"Hehehe terima kasih Qaiyer."

Quira sengih hingga menampakkan baris gigi putih bersih cantik tersusun dengan sempurna itu.

"Kau nak pesan apa-apa lagi ni? "

Kepala Quira digelengkan beberapa kali sebelum kaki Qaiyer melangkah masuk ke dalam kereta.

Enjin dihidupkan sebelum kereta perlahan hilang dari pandangan Quira.

Senyuman manis menghiasi wajah Quira seperti ianya penutup untuk hari tersebut.
Andai dia boleh menilik perkara yang akan datang...

Maaf chapter ni terlampau pendek, malas nak peram dia lama ii dlm draft.

Qaiyer Naheed -The Destined- Where stories live. Discover now