"Aduh kemana pula dia jatuh ni."
Ngomel Quira pin tudung yang jatuh dibawah almari solek itu dicapai. Setelah gaya tudung yang ingin dikenakan sudah menjadi, beg tangan dan telefon bimbit di atas katil segera dicapai sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.
Langkahnya terhenti apabila dia terpandang gambar ibu dan ayah nya yang berbingkai kayu itu."Assalamualaikum bonda ayah,Ira pergi kerja dulu."
Pintu rumah ditutup sebelum kakinya melangkah keluar dari perkarangan rumah itu.
Sudah dua tahun sejak eeristiwa rumahnya terbakar dahulu. Rumahnya dibaiki sedikit demi sedikit sehinggalah rumah itu kembali seperti sediakala semula. Yang pasti Qaiyer lah yang paling banyak membantu dalam membaik semula rumah peninggalan ayahnya itu. Sungguh kekok si Qaiyer apabila diminta untuk tolong bertukang dahulu. Senyum kecil mula timbul di bibir Quira apabila teringat tentang kenangan manis yang mereka lalui bersama walaupun itu semua ditakdirkan hanya untuk sementara sahaja.
Lamunan Quira mati ketika notifikasi dari kawan nya muncul di skrin telefon. Namun bukannya notifikasi itu yang di renung namun wallpaper telefon itu yang menarik perhatiannya. Gambarnya bersama Qaiyer yang menjadi wallpaper sejak beberapa bulan mereka akan menikah namun....
"Kring, Kring,"
Panggilan telefon dijawab serta merta kerana nama kawannya yang terpampang di skrin itu.
"Assalamualaikum Haura."
"Waalaikumsalam Ira, hang duk kat mana la ni? Ni budak - budak dah tak sabar nak mula kelas kau."
"Ye la, mintak diorang tunggu sekejap je lagi. Nanti aku sampai."
"Ha la, elok - elok bawak kereta tu, toksah bawak laju sangat. Hang bawak laju lagi siap la kena piat telinga tu dengan aku."
"Aiy Aiy Captain. Quira Nashwa gerak dulu ehh."
"Ehh sat, nanti hang tolong beli kat aku zus coffee okay. Denda mai kelas lambat Hehehe."
"Ye la, hang nak oder apa lagi?"
"Itu saja, maseh Quira sayang. Bye."
Bipp.
Panggilan telefon ditamatkan. Quira melangkah masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduannya. Siaran radio dipasang, beberapa lagu serta perbualan dj bersama pemanggil di atas talian menghiasi buah telinga Quira sepanjang perjalanan tersebut.
Beberapa kali stesen radio ditukar akibat tiada siaran di pertengahan kampung tersebut sebelum sampai ke stesen radio berita terkini."Terkini, mayat seorang lelaki yang dikenali sebagai Victor Edward dijumpai di dalam sebuah gedung terbengkalai dipercayai mati akibat bunuh diri."
Quira hanya menghiraukan berita tersebut kerana baginya berita seperti itu sudah biasa didengar.
"Korban juga dipercayai terbabit dengan kes pembunuhan sepasang suami isteri 11 tahun lalu di Tanjung Dawai, Merbok, Kedah. Dalang di sebalik kes ini masih lagi disiasat. Sekian berita untuk hari ini."
Quira bagaikan tergamam dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Nafasnya cuba diatur tenang kembali. Tangannya menggigil gila, namun bukan kerana ketakutan tetapi amarah yang mula menguasai diri cuba ditahan.
"Calm down Quira, relax."
Seperti suatu bisikan di telinganya yang boleh terus membuatkan dia berasa tenang kembali.
"Allahu, kenapa aku kena tahu pasal ini sekarang."
Keluhan berat dilepaskan sebelum pedal minyak ditekan dan perjalanan diteruskan semula.
"Ya Allah, tolonglah permudahkan urusan aku hari ini.."
YOU ARE READING
Qaiyer Naheed -The Destined-
General FictionYou have a thorn behind your rose petals, Ms. White Rose. -Qaiyer Naheed You'll never know if there's poison or not in that thorn Mr. Red Rose -Quira Nashwa Start: Jan 14 2024 End: "btw This is my first story. So please jgn kecam. Saa baru belajar."