Part 11

8 2 0
                                    

"Quira"
Panggil Qaiyer sambil matanya memandang ke arah cermin sisi kereta.

"Hmm~ apa?"
Quira mengalihkan pandangan nya dari telefon dan membetulkan tudungnya yang agak kurang kemas itu sebelum ingin menoleh ke arah Qaiyer.

"Kau cuba perhatikan kereta yang ikut belakang kereta kita tu~".

Kata Qaiyer sebelum Quira menoleh ke belakang dan melihat sebuah kereta Perodua Axia berwarna hitam mengikut rapat di belakang mereka.

"Dah kenapa dengan kereta tu?"

Quira menoleh semula ke hadapan dan ingin mencapai telefonnya sebelum Qaiyer menyambung semula kata kata nya.

"Aku perasan dia follow kita dari lotus lagi.."

Quira kembali menoleh ke belakang dan memerhatikan pemandu kereta tersebut namun cermin kereta itu terlalu gelap untuk dilihat ke dalam.

"Ni kalau kat depan ada road block ni confirm kena tahan mamat ni".

Guman Quira sendiri. Qaiyer yang mendengar hanya ketawa sambil mengelengkan kepala.

"Qai, cuba kita pusing - pusing dekat pekan dulu. Siapa tahu mungkin dia cuma satu jalan dengan kita".

Kata Quira yang masih lagi menoleh ke belakang.

"Kan kita memang satu jalan
dengan dia".

Quira seperti ingin menepuk dahinya sendiri. Kenapalah pak gah nya dulu tak hantar anaknya ni ke tuisyen. Ehh dekat Itali ada tuisyen Bahasa Melayu ka?

"I Mean, maybe his house is in one way with us Qaiyer Naheed~".

Qaiyer hanya mengagguk perlahan sambil fokus ke pemanduan sedangkan Quira cuma merenung nasib yang dia sebenarnya tak pandai untuk susun ayat sebelum bercakap.
Quira, Quira...

Kereta Qaiyer laju memasuki celah - celah lorong itu dan kereta itu masih mengikuti belakang mereka.

"Qai~ aku rasa dia memang tengah ikut kita sekarang".

Qaiyer hanya membisu dan cuba untuk fokus ke pemanduan nya kembali. Tangan Qaiyer meraba di bahagian bawah tempat tempat duduk Quira, dia seperti dapat meneka apa yang Qaiyer cuba lakukan.

Yeah pistol

Pistol itu di hulurkan ke Quira, apabila diperiksa peluru masih ada beberapa butir sahaja lagi.

"Standby, we don't know what his intentions are."

Quira hanya mengangguk. Diperhatikan sahaja kereta di belakang mereka dari cermin sisi itu sudah memasuki lorong yang lain. Bila sahaja Quira ingin meletakkan pistol itu ke tempat asalnya kereta yang tadi menghilang tiba - tiba muncul kembali dihadapan mereka. Tidak disangka yang kereta itu hanya memakai jalan pintas untuk menyekat kereta mereka di lorong itu. Tidak boleh mengundur dengan senang dan tidak boleh berpatah balik juga. Lorong itu hanya selebar kereta mereka sahaja, memang licik siapa yang mengekori mereka kali ini. Dia pasti sudah menghafal setiap jalan dan lorong di kawasan ini.

"Quira"

Quira mencapai semula pistol itu dan memberikan nya kepada Qaiyer.

"Qai, boleh tak kalini kita tak main pistol dah, aku tak suka".

Nafas Qaiyer kedengaran berat namun dituruti sahaja kehendak Quira. Kereta mereka hanya pegun di situ tanpa ada salah seorang pun yang beranjak untuk memberi peluang untuk jalan.

"Quira, aku rasa better kita report polis".

"jangan report polis Qai, aku rasa dia nak something dari kita. Aku tak suka libatkan polis".

Qaiyer tidak membalas, dia sudah buntu apa yang sebenarnya Quira rasakan. Kenapa nak kena berahsia dengan dia, Dia buntu sekarang. Hon kereta ditekan berulang kali agar kereta itu ke tepi namun kereta itu masih pegun di tempat. Kesabaran Qaiyer ketika ini boleh digambarkan sinipis kulit bawang. Qaiyer keluar dari kereta dan berjalan ke arah kereta yang menghadang kereta mereka. Cermin kereta diketuk perlahan beberapa kali namun cermin tersebut masih tak diturunkan.

Qaiyer sudah hilang kesabaran ya sekarang. Kaki laju melangkah kembali ke arah kereta dan ingin pergi sahaja dari tempat itu secepatnya. Kereta Qaiyer perlahan mengundur sehingga keluar dari lorong itu. Bila dilihatnya kereta yang mengekor mereka sebentar tadi hanya terpegun di situ, mereka berdua meneruskan perjalanan balik ke rumah semula.

"Qai, awak rasa kenapa dia ikut kita tadi ya?"

"I don't know Quira, but I had a bad feeling with that person."

Mereka berdua bagai terkunci suara sepanjang perjalanan. Quira juga tidak dapat melelapkan matanya kali ini seperti biasa. Dia juga berasa akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

           _______________________________
Kadangkala sesuatu yang buruk yang kita rasakan akan terjadi,
Ataupun dia akan jadi lebih teruk dari yang kita jangkakan,
Namun tiada siapa yang akan tahu apa yang akan terjadi ke depan nya.
_______________________________

Qaiyer Naheed -The Destined- Where stories live. Discover now