Part 21 (Flashback IV)

7 1 0
                                    

       Kelopak mata perlahan di celik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Kelopak mata perlahan di celik. Tubuhnya sedang berbaring di atas kepingan kotak yang mengalas badannya dari tanah. Kepala terasa berdenyut. Matanya meliar kembali mencari keberadaan Qaiyer.

Terlihat satu susuk tubuh yang berbaring di atas atas diselimuti plastik hitam. Jangan kata yang...

Diri dipaksa berdiri walaupun tubuh badan seakan menolak. Perlahan langkah di atur.

"Tolong jangan Qai yang berada di situ. Janganlah Ya Allah. Tolonglah itu bukan Qaiyer."

Langkah di atur ke arah tubuh yang kaku tersebut. Hanya pergelangan tangan tubuh tersebut yang terlihat akibat plastik hitam yang menyelimuti dia terselak ditiup angin.

Tangan yang sudah melecur parah. Alas plastik yang dipenuhi darah korban. Dan...

"Ini jam Qaiyer."

Air matanya tak dapat ditahan lagi. Suara siren dan kren yang sedang menarik kereta Qaiyer ke atas memenuhi gegendang telinga.

Seorang pegawai polis wanita datang dan cuba menenangkan Quira yang sudah meraung di tempat.

"Puan, ni bukan mangsa yang ada dalam kereta tu kan? "

Pegawai polis tersebut mengusap perlahan belakang Quira.

"Cik, tolong banyak kan bersabar."

"Tolonglah puan. Ini bukan dia kan?"

Quira sudah tidak kisah apa yang orang akan berkata tentang dirinya lagi. Biarlah dia terlihat seperti orang gila sekalipun, dia tak mahu kehilangan sosok yang sudah menepati hatinya itu. Dia tak mahu kehilangan satu satunya tempat dia bersandar lagi. Sungguh dia tak mahu.

"Cik, mangsa meninggal di tempat kejadian."

Pegawai polis itu memeluk Quira yang sudah tersengukkan menangis sambil memeluk mayat yang terbaring kaku diatas tanah itu.

"Cik istighfar, bawak bertenang. Kami belum sahkan ini mayat mangsa. Mungkin orang yang cik cari masih hidup."

"Puan, itu kereta dia. Location yang dia yang terakhir saya dapat jejak pun di sini. Ini jam tangan dia. Kalau dia ada lagi, mana dia? Tolonglah kata ini semua cuma prank saja. Puan saya mimpi kan? Ini semua tak betul kan?"

Sayu hati pegawai polis itu melihat Quira seperti hilang kewarasan. Dia masih keliru, di hadapanya sekarang ini hanya tinggal jasad yang sudah rentung dan melecur parah. Semuanya kelihatan seperti Qaiyer. Dia ingin membuka plastik tersebut namun pegawai polis yang sedang berjaga menahannya dari melakukan itu.

"Puan... tolong lah kasi saya tengok mangsa, kasi la saya tengok tunang saya puan."

Raungan Quira ditelan bunyi siren kereta polis dan ambulans.

"Cik, wajah mangsa sudah tidak boleh di cam lagi."

Ya Allah satu lagi pernyataan yang menghiris hati Quira saat itu juga. Dia terduduk lemah, Qaiyer, tolonglah kau muncul sekarang ini juga dan katakan kepada aku yang semua ini tak nyata, tolong kejutkan aku dari mimpi ngeri ini.

Qaiyer Naheed -The Destined- Where stories live. Discover now