1 ♡ pertemuan pertama
❝ I'm yours because you're mine, abang ❞
"AWAK Najiha?"
Lelaki berwajah tampan tetapi kelihatan baik. Najiha memandangnya, lelaki itu menghadiahkan senyuman manis. Pertemuan pertama yang diaturkan oleh ibu bapa mereka.
Bakal suami Najiha.
"Ya," jawab Najiha ringkas. Air kopi yang dipesan dihirup perlahan sambil memerhati lelaki itu melabuhkan duduk di hadapannya.
Lelaki itu senyum lagi.
"Saya Harith. Nanti dah kahwin, awak rasa nak panggil saya apa?" soal Harith sengaja ingin berbual lebih lama dengan Najiha. Sejujurnya dia canggung.
Sedangkan Harith baru sahaja mengetahui tunangannya curang di belakang, ibunya pula masih sempat memperkenalkan perempuan lain kepada Harith. Gadis yang bakal menjadi isterinya mempunyai wajah yang biasa-biasa, tiada yang menarik perhatian kecuali mata itu.
Najiha ada mata yang indah.
"Abang?" Najiha menjawab datar. Bukankah itu panggilan yang selalu isteri gunakan? Harith juga lebih tua daripadanya.
"Jadi saya boleh panggil Najiha sayang?"
Najiha hanya mengangguk sahaja, tiada reaksi yang diharapkan Harith. Harith menggaru belakang kepalanya, bagaimana dia ingin rapat dengan Najiha? Gadis itu kelihatan sangat pendiam dan tidak banyak bicara. Apa dia kena berkawan dahulu?
Tetapi tarikh perkahwinan mereka tidak lama lagi. Ibunya memang tidak sabar langsung. Harith juga tidak menyangka keluarga pihak perempuan terus menyetujuinya. Apa sebenarnya Najiha ada perasaan terhadapnya?
Memerah wajah Harith. Ternyata Najiha sedang malu-malu! Kenapa dia boleh tidak perasan? Terasa diri begitu bodoh.
"Najiha suka apa? Mana tahu kita ada suka benda yang sama."
Terangkat kening Najiha. Dari tadi lelaki ini asyik cuba berbual dengannya.
"Saya tak tahu apa yang saya suka." Lah, boleh pula macam tu? Harith tidak menyangkanya langsung.
Bibir diketap Harith. Apa dia boleh menyoalnya? Nanti Najiha anggap dia perasan pula. Tetapi Najiha seperti gadis yang baik.
Harith benar-benar ingin tahu.
"Apa Najiha... suka saya?"
Ah, mana nak sorok muka? Malunya di hadapan Najiha. Kenapa dia dengan yakin bahawa Najiha menyukainya? Terangkat kening Najiha mendengar soalan Harith.
Apa Harith berharap dia menyukainya? Wajah lelaki itu merah padam, untuk pertama kalinya Najiha bertemu lelaki seperti Harith. Apa benar dia bakal suami Najiha?
Najiha fikir, berkahwin dengan Harith dan mempunyai beberapa anak sudah cukup. Dia tidak perlu untuk mencintai Harith, baginya hidup dengan mengikut kata orang lain sudah sebati dalam diri Najiha. Tetapi Harith berharap dia menyukainya.
"Apa awak nak saya suka awak?" Najiha menyoal buat wajah Harith semakin membahang. Kenapa tiba-tiba tanya?
"Kalau awak nak begitu, saya akan suka awak."
Apa dia sudah salah perempuan untuk dijadikan isteri? Najiha seorang yang pelik di mata Harith. Namun di mata Najiha, Harith seorang lelaki yang merayu agar disukai olehnya.
Air kopi ais disedut Harith tanpa henti. Peluhnya sudah mula keluar sedangkan dia minum air kopi ais. Bagaimana Najiha boleh mengatakannya dengan wajah yang tiada perasaan?
Sepertinya dia kalah dengan Najiha.
Tyy sudi singgah karya baru saya, sy mmg cdg buat words sikit apapun happy reading ♡ sebarang kesalahan ejaan dan kekurangan dalam cerita ini harap dimaafkan (ෆ˙ᵕ˙ෆ)
-- ♡
Finished on Wednesday, 17 January 2024
Published on Monday, 29 January 2024478 words
YOU ARE READING
AFTER THAT [C]
Romance-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwajah tampan tetapi kelihatan baik hati. Dia bakal suami Najiha. ❝ Saya Harith. Nanti dah kahwin, awak r...