5 ♡ salah faham
"SAYANG, tengok ni abang kuat!" beritahu Harith yang sedang menolak troli di hadapan Najiha. Hari ini mereka berdua ingin membeli barang dapur.
Najiha yang melihatnya hanya tepuk tangan, tidak tahu ingin bereaksi apa.
"Abang kuat," balas Najiha beriak biasa. Harith mengembungkan pipi. Najiha yang perasan akan tatapan Harith terhadapnya mula berpaling memandang lelaki itu. Mengangkat kening dengan tatapan Harith. Tersentak Najiha apabila Harith tiba-tiba memaut pinggangnya.
Apa yang cuba suaminya lakukan? Orang-orang sedang memerhati.
"Abang nak apa?" soal Najiha.
Dengan wajah tersipu Harith memandangnya. Jari telunjuk mula menekan-nekan isi pipi sendiri buat Najiha semakin tertanya-tanya.
"Kiss."
"Sekarang?" Laju Harith mengangguk. Najiha agak ragu-ragu.
Tetapi Harith menginginkannya. Kedua-dua kaki mula ditinggikan agar menyamai ketinggian. Mata dipejam Najiha buat Harith tersedar. Namun lain jadinya, tiba-tiba Harith membawa tubuh Najiha ke dalam pelukan.
Najiha membuka matanya semula.
"Sayang kiss kat rumah, okey? Hahaha." Harith bodoh! Kenapa fikiran kotornya berfungsi saat-saat begini? Hampir sahaja Najiha mencium pipinya.
Apa Najiha menganggap dia binatang buas? Memikirkannya buat Harith tidak tenang. Semakin erat Harith memeluk Najiha buat Najiha sukar bernafas.
"Abang... sayang tak dapat nafas." Tersentak Harith. Cepat-cepat dia meleraikan pelukan seraya memegang kedua-dua bahu Najiha.
Najiha tidak dapat nafas gara-garanya!
"Sayang okey? Abang minta maaf. Abang tak berniat macam tu. Sayang percayakan abang, hm?" pujuk Harith semakin rasa bersalah. Isterinya pasti membencinya sekarang.
Apa yang Harith perlu lakukan?
Najiha mendiam seketika. Tidak tahu kenapa suaminya tiba-tiba meminta maaf. Kedua-dua tangannya mula menyentuh kedua-dua pipi Harith, Najiha sedang menatapnya dengan mata itu. Lama bertentang mata buat wajah Harith semakin merah.
Tanpa sedar Najiha menyerangnya dengan cara ini. Apa ini dibenarkan?
"Abang tak perlu minta maaf. Sayang dah cukup bersyukur abang jadi suami sayang, tiada lelaki yang lebih baik selain abang pernah sayang jumpa. Jadi jangan berasa bersalah." Ayat-ayat Najiha sedang memujuknya.
Apa Najiha sedang jujur dengannya? Najiha terlalu polos, terlalu mengikut kata-katanya. Terlalu tidak tahu apa-apa dan semudah itu mengatakannya tanpa ragu-ragu. Harith tidak mahu menggunakan kepolosan Najiha untuk perkara yang tidak baik.
Tangan Najiha yang sedang menyentuh pipinya mula dijatuhkan lalu digenggam erat. Senyuman manis diukirkan buat Najiha.
"Abang rasa abang nak cepat-cepat balik disebabkan sayang." Terangkat kening Najiha, apa maksudnya?
Dipaut pinggang Najiha secara spontan buat Najiha jadi menatap Harith. Lelaki ini melakukan serangan mendadak terhadapnya.
"Sayang, hari ini abang rasa nak makan ayam. Ayam masak apa yang sayang suka?"
Suara Harith tidak kedengaran. Najiha tidak menyedarinya, ternyata memandang wajah lelaki selama ini boleh membuatkannya tidak fokus dengan benda lain.
Harith yang perasan tatapan Najiha, menatap isterinya. Laju-laju Najiha mengalihkan pandangan. Kenapa Harith nembalas tatapannya? Terasa sesuatu yang panas pada wajahnya.
"Sayang okey?"
"Sayang tak tahu." Perasaan aneh, yang terus mengusiknya. Terangkat kening Harith.
Apa Najiha marah dengannya? Apa begitu? Sebab itulah Najiha tidak mahu memandangnya. Apa yang harus dia lakukan? Harith mula menggigit jarinya sendiri.
Najiha marah gara-garanya!
Finished on Friday, 19 January 2024
Published on Friday, 2 February 2024502 words
YOU ARE READING
AFTER THAT [C]
Romance-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwajah tampan tetapi kelihatan baik hati. Dia bakal suami Najiha. ❝ Saya Harith. Nanti dah kahwin, awak r...