13 ♡ tiada yang mustahil

176 28 6
                                    

13 ♡ tiada yang mustahil

"BAGAIMANA ini?" Harith mengusutkan rambutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BAGAIMANA ini?" Harith mengusutkan rambutnya. Jemari digigit tanda resah.

"I love you, sayang. You're my everything, I'm sorry because I can't be a good husband for you. Abang tak tipu perasaan abang, abang cintakan sayang. Sayang ialah sayang. Milik abang, abang akan peluk sayang erat-erat sampai sayang tak dapat lepas dari abang. Jadi sayang, can you love me too?"

Harith menghentakkan kepala di atas meja kerja. Dasar bodoh! Kenapa dia meluahkannya kepada Najiha? Pasti Najiha menganggap dia aneh. Pagi tadi Harith bahkan tidak mampu menatap Najiha kerana malu dengan perbuatannya.

Rasa mahu menangis. Apa nanti Najiha minta cerai? Dia dihalau dari rumah, Najiha akan melemparnya baju? Apa Najiha akan mengupah orang untuk memukulnya? Dia akan jadi miskin? Tidur di jalanan?

Lebih baik Harith mati sekarang.

Telefon dikeluarkannya, nombor Najiha dilihat. Bawah bibir dikemam, wajahnya merona merah melihat nama yang Harith letak untuk nombor Najiha.

'Isteri abang yang cantik'

"Sayang buat abang gila..." Ditutup telefonnya, nafas dihembus berat.

"HOSH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HOSH... hosh..."

Saat melihat kelibat Najiha yang keluar dari tempat kerja, Harith segera mendekatinya. Sudah waktunya pulang kerja, seperti biasa dia akan mengambil Najiha.

Namun ini sangat canggung.

"Sa... sayang okey kerja hari ni?" Gagap pula. Bawah bibir digigit Harith, cuba memberanikan diri memandang Najiha.

Isterinya yang sentiasa bermuka datar. Najiha angkat kepala memandang Harith, tidak sedar telinganya merah.

Luahan cinta Harith semalam.

"Apa abang betul-betul cintakan sayang?"

"Betul! Ah..." Laju Harith menekup mulut sendiri. Sial, kenapa dia dengan teruja membalas? Cepat-cepat Harith menutup wajah dengan kedua-dua tangan di hadapan Najiha.

Najiha merasakannya lagi. Degupan jantung. Harith yang sedang malu-malu di hadapannya entah kenapa kelihatan comel. Hatinya tidak kuat jika terus begini.

Dia ingin peluk dan berkongsi perasaan yang sama dengan Harith, apa keinginannya ini berlebihan?

"Abang, sayang nak cintakan abang. Apa mustahil?" Harith tergamam mendengarnya. Keinginan Najiha.

Harith menurunkan kedua-dua tangannya. Bibir mengukir senyum untuk Najiha, dibawa tubuh isterinya ke dalam pelukan. Najiha yang polos tentang cinta entah kenapa mencuit hati milik Harith. Najiha perlahan-lahan membalas pelukan Harith.

"Tiada apa yang mustahil, sayang. Abang akan tunggu, bahkan sampai nafas terakhir abang."

Finished on Friday, 26 January 2024Published on Sunday, 11 February 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Friday, 26 January 2024
Published on Sunday, 11 February 2024

358 words

AFTER THAT [C]Where stories live. Discover now