11 ♡ piknik
NAJIHA menyedari sesuatu.
Bahawa bunyi degupan jantung merupakan bunyi yang indah.
"Sayang suka piknik kat sini?" soal Harith yang membawa Najiha piknik di tepi tasik. Najiha mula membuang pandangan memandang tasik.
"Sayang suka." Melebar senyuman Harith dibuatnya. Lelaki itu mula membuka bekas makanan yang dibawanya.
Terdapat sandwich telur, manisan, nasi dan beberapa lauk. Banyak juga Najiha masak dibantu Harith. Najiha mula menatap Harith yang sedang menyusun piring di atas tikar, lama dia menatap wajah suaminya.
Suaminya tampan.
"Sayang, jom selfie. Abang tak pernah ada gambar dengan sayang selain gambar perkahwinan," pinta Harith seraya mengeluarkan telefon pintarnya. Najiha terdiam seketika.
Tidak sedar pipi Najiha sedikit kemerahan. Perasaan apa ini?
"Okey." Tersenyum Harith mendengarnya.
Tersentak Najiha saat Harith menarik bahunya hingga kepala Najiha jatuh mengenai dada Harith. Automatik wajahnya merah padam kerana diperlakukan begitu, cuba memandang kamera sedangkan wajahnya membahang panas.
Ada apa dengannya hari ini? Najiha menatap wajah Harith. Lelaki ini menyeksa jantungnya.
Klik!
"Akhirnya dapat selfie dengan sayang, heheh." Tersengih-sengih Harith melihat beberapa hasil gambar yang ditangkapnya bersama Najiha. Najiha curi-curi lihat.
"Nanti abang send kat sayang." Najiha hanya mengangguk mendengarnya, sedangkan telinga Najiha sedang merah.
Tangan Najiha mula mengambil sandwich telur lalu digigitnya lembut. Cuba berhenti menatap Harith, dia takut jantungnya berdegup lagi. Apa kerana cuaca terlalu panas? Mungkin begitu. Rasa yang aneh.
Harith yang perasan Najiha sedang makan sandwich telur, hanya tersenyum kecil. Ternaik bahu Najiha apabila Harith melanggar bahunya lembut dengan bahu.
"Sayang, nak sikit. Aaa..." Najiha terkebil-kebil, Harith ingin sandwichnya?
"Abang nak sayang buat macam ni."
Jap! Apa maksud Harith ingin begitu? Merah padam wajah Najiha. Di tempat awam begini? Orang-orang sedang melihat! Bibirnya bergetar hebat.
Jantungnya sedang berdetak kencang.
"Sayang? Suap abang..." Harith pelik apabila Najiha tidak mahu menyuapnya. Kenapa?
Terangkat kening Harith. Merona merah wajah lelaki itu dibuatnya. Dia mengingat perbuatannya menyuruh Najiha berbuat begitu jika menyuapnya. Ah, Harith bodoh! Pasti Najiha menganggap dia lelaki miang!
"Abang rasa abang boleh makan sendiri... hap!" Membeliak mata Harith saat Najiha tiba-tiba memasukkan sandwich telur ke dalam mulutnya.
Najiha cepat-cepat alihkan pandangan. Dapat dirasakan seluruh wajahnya sedang merah padam. Harith mengunyah sandwich telur, masih blur dengan tindakan Najiha. Sebentar tadi bukan perasaannya, kan?
Jelas-jelas Harith melihat wajah Najiha sedang membahang.
Apa Najiha marah dengannya?
Finished on Wednesday, 24 January 2024
Published on Friday, 9 February 2024390 words
YOU ARE READING
AFTER THAT [C]
Romance-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwajah tampan tetapi kelihatan baik hati. Dia bakal suami Najiha. ❝ Saya Harith. Nanti dah kahwin, awak r...