7 ♡ bekas tunang

257 31 8
                                    

7 ♡ bekas tunang

BUNGA lili putih dibelinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNGA lili putih dibelinya. Tersengih-sengih Harith melihat beberapa beberapa kuntum lili putih untuk Najiha. Apa Najiha akan menyukainya? Dia ingin cepat-cepat pergi ke tempat kerja Najiha. Sempat Harith meneliti rambut melalui cermin pandang belakang keretanya.

Apa gaya rambutnya sesuai? Sepertinya sedikit serabut. Lili putih diletak di tempat duduk sebelah, semakin lebar senyum di bibirnya.

Oh, Najiha. Rasanya Harith sudah gila kerana terus memikirkannya.

Kereta mula bergerak ingin ke tempat kerja Najiha. Apa Najiha menanti kehadirannya? Najiha kata Najiha rindu kepadanya, apa ini bukan mimpi? Semakin merah wajah Harith apabila mengingatnya. Ternyata dia benar-benar sudah jatuh suka terhadap isterinya sendiri.

Sampai sahaja di tempat kerja Najiha, cepat-cepat Harith keluar bersama bunga lili putih. Tidak sabar berjumpa isteri.

Namun Najiha bersama lelaki lain. Dahi Harith berkerut, kenapa lelaki itu menarik pergelangan tangan isterinya?

"Lepaskan saya. Suami saya tunggu," kata Najiha cuba melepaskan pergelangan tangannya. Namun lelaki berkacamata hitam itu tetap tidak mahu melepaskannya.

"Suami? Wah, sekarang kau dah berkahwin? Najiha! Kau kata kau akan bersama aku, sekarang aku dicampakkan?" balasnya kesal. Cermin mata hitam dibuka, terpampang wajah kacak miliknya. Pekerjaannya model pakaian, jadi wajah adalah segalanya bagi lelaki itu.

Najiha mengetap bibir.

"Awak bersama perempuan lain." Lelaki itu mengangkat keningnya. Tidak menyangka Najiha mengambil tahu tentang itu juga.

"Jadi apa masalahnya? Kau ingat suami kau sudi kahwin dengan kau? Suami kau mesti cepat bosan dengan kau sebab kau sendiri membosankan. Jadi fikirlah baik-baik. Cuma aku yang boleh terima kau. Jadi ikut aku!" Laju Najiha menggeleng. Tidak mahu, dia tidak ingin memikirkan Harith seperti itu.

Harith baik, selalu memperlakukannya dengan hangat. Tidak mungkin Harith begitu.

Eiran, tangan lelaki yang sedang menarik pergelangan tangannya tiba-tiba tangan Eiran dilepaskan. Eiran yang berasa kesal ada yang masuk campur mengangkat kepala memandang gerangan yang menepis tangannya.

"Jangan sentuh isteri aku. Kau tak nampak dia ketakutan?" Dibawa tubuh Najiha ke dalam pelukannya. Tajam Harith menatap sepasang mata milik Eiran.

Najiha angkat kepala memandang Harith. Matanya terpandang bunga lili putih yang dibawa Harith, apa bunga itu untuknya? Atau perasaannya sahaja? Harith menyelamatkannya.

Eiran berdecit kesal.

"Aku yang kena campak oleh isteri kau sedangkan aku selalu baik kat dia. Kenapa aku yang nampak jahat kat sini?" Eiran meluah kesal. Dia baru sahaja dicampakkan oleh perempuan yang baru dikenalinya tiga bulan lepas dan tiba-tiba mengingati Najiha yang meninggalkannya hanya kerana Eiran bermain kayu tiga.

Sepatutnya Najiha menjadi miliknya, bukan milik lelaki lain. Apa berlaku curang juga salah? Semua lelaki juga begitu, tidak setia. Itulah pemikiran Eiran selama hidup di muka bumi, perasaan perempuan yang kecewa diduakan tidak pernah difikirkan olehnya.

Terlalu mementingkan diri.

"Apa maksud kau..." Najiha mula menekup mulut Harith buat mata mereka berdua bertaut. Najiha hanya menggeleng kepala, seakan menyuruh Harith untuk diam. Harith mengetap bibir.

Najiha mula menatap Eiran, dia mengenal lelaki itu kerana pertemuan yang diaturkan oleh ibu. Mereka pernah bertunang untuk masa yang sederhana lama. Pada awalnya lelaki itu sangat baik kepada Najiha.

"Eiran, awak dah layan saya dengan baik. Tapi saya jumpa lelaki yang lebih baik dari awak, saya rasa dia yang terbaik. Awak curang kat saya berkali-kali, selama ni saya cuma diam dan berharap hubungan kita tetap utuh. Tapi saya tak tahan, jadi saya tinggalkan awak. Maaf, mungkin saya pentingkan diri. Saya harap awak jumpa perempuan yang lebih baik, hati saya cuma untuk suami saya," bicara Najiha panjang lebar. Meskipun rasa bersalah kepada Eiran, tetapi lelaki itu sudah berkali-kali menyakitinya.

Jadi menyakiti Eiran dengan cara ini, bermakna adil, kan? Eiran terdiam seribu bahasa, menggenggam tangannya menjadi penumbuk. Rasa kesal membuak-buak, apa Najiha sedang mempermalukannya? Gadis itu bahkan tidak tahu apa-apa.

Sejak bila Najiha pandai berbicara?

"Dengar tu," ejek Harith buat hati Eiran semakin panas. Senyum senget ditayang buat Eiran.

Tangan Najiha mula digenggamnya hangat, membawa Najiha pergi dari sini. Isterinya benar-benar melakukan yang terbaik hari ini. Pertama kali Harith melihat sisi lain Najiha yang seperti itu, jantungnya tidak berhenti berdegup kencang.

"Sayang takut? Berani lelaki tu ganggu sayang, abang tak suka dia," marah Harith seraya menyentuh kedua-dua pipi Najiha setelah masuk ke dalam kereta.

"Sayang juga tak suka dia." Harith terangkat kening. Dia mengukir senyum nakal.

"Jadi sayang suka abang, hm?"

Najiha terdiam seketika. Tangan Harith yang sedang menyentuh pipinya mula dipegang Najiha. Kalau Harith datang terlambat, apa dia akan dibawa oleh Eiran?

Harith suaminya.

"Sayang suka abang." Tergamam Harith mendengarnya. Apa ini bukan mimpi?

Sebentar tadi Najiha mengatakan suka! Suka! Suka kepadanya! Tersentak Najiha apabila Harith tiba-tiba menampar kedua-dua pipi sendiri. Ada apa dengan suaminya? Apa tidak sakit?

Ternyata bukan mimpi. Merona merah wajah Harith, Najiha meluahkan perasaan kepadanya. Bukankah ini curang? Kenapa Najiha selalu penuh kejutan begini? Hatinya sedang diseksa, tahu? Apa ada sesuatu yang boleh menutup wajahnya?

"Sayang... err... sayang!" Terangkat kening Najiha tatkala Harith menyuakannya bunga lili putih.

Tiba-tiba?

"Bunga untuk sayang. Suka?" Dialihkan pandangannya agar tidak menatap Najiha. Bawah bibir dikemam.

Najiha menyambut bunga lili putih yang diberi Harith. Bunga ini ternyata untuknya. Kenapa Harith tidak mahu memandangnya? Apa solekannya tidak cantik hari ini? Tetapi pagi tadi Harith melihatnya.

Ah!

Apa sebenarnya Harith tidak suka kepadanya? Bagaimana ini?

Finished on Saturday, 20 January 2024Published on Monday, 8 February 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Saturday, 20 January 2024
Published on Monday, 8 February 2024

856 words

AFTER THAT [C]Where stories live. Discover now