14 ♡ bukan bohong
HARI ini Harith datang jumpa ibu Najiha bersama Najiha. Senyuman diukirkan buat wanita tua itu, Najiha sedang sibuk berada di dapur. Entah apa yang isterinya buat, mungkin nak masak.
Wanita tua bernama Nadira itu membalas senyuman Harith. Secawan teh panas dihulurkan kepada menantu lelakinya buat Harith malu-malu menyambut. Disertai basmalah, Harith menghirupnya perlahan. Masih panas.
"Ibu sihat? Maaf Harith baru jenguk ibu, Harith dan Najiha sibuk sikit," kata Harith agak bersalah. Selepas ini dia ingin menemui ibu dan ayahnya setelah meluangkan masa bersama ibu Najiha.
Nadira hanya menggeleng kecil, tidak kisah.
"Harith dengan Najiha okey?" Harith hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Syukurlah. Ibu dapat lihat wajah anak ibu sedikit berubah selepas kahwin dengan kamu." Terangkat kening Harith. Apa maksud ibu mentuanya?
Nadira meletakkan secawan teh di atas meja. Rasa sebak hadir menyelubungi dirinya, teringat arwah suami yang dahulunya tinggal di rumah ini mencipta kenangan bersama. Tetapi Allah lebih menyayanginya, dia harus teruskan hidup demi menjaga Najiha.
"Selepas arwah suami ibu meninggal, Najiha tak pernah tunjukkan apa-apa reaksi. Ibu kehilangan senyum dan tawa Najiha. Ibu tak dapat kekalkannya. Najiha selalu ikut kata ibu sedangkan ibu tahu Najiha tak pernah inginkan semua tu. Apa ibu terlalu control anak ibu?" soalnya seraya tertawa kecil, cuba menghiburkan diri.
Harith hanya tekun mendengar. Nadira menghadiahkan senyuman manis buat menantu lelakinya.
"Tetapi sejak Harith sudi jadi suami Najiha, ibu nampak perubahan terhadap anak ibu. Jadi ibu harap Harith jangan tinggalkan Najiha, tolong jaga dia untuk ibu. Jangan buat dia terluka, jangan sesekali membencinya. Suatu hari nanti, ibu nak sangat tengok anak ibu tersenyum semula. Apa Harith boleh tunaikannya untuk ibu? Sebelum ajal menjemput ibu."
Permintaan ibu Najiha. Harith jadi hilang kata dibuatnya. Perlahan-lahan Harith mengukir senyuman. Nadira sudah tua, pasti wanita tua itu telah memendam banyak perkara.
"Ibu, Harith cintakan Najiha. Kalau Harith gagal tunaikan permintaan ibu, maafkan Harith. Tapi Harith akan berusaha, jadi ibu jangan risau. Tolong sentiasa jaga kesihatan ibu, Najiha pasti nak ibu sihat selalu." Tersenyum Nadira mendengarnya.
Dia akhirnya dapat menghembus nafas lega bahawa lelaki yang menikahi Najiha ternyata Harith. Persis seperti arwah suaminya buat hati semakin sebak.
Suatu hari nanti, apa Nadira boleh melihatnya?
Najiha yang datang dengan senyuman bertemunya.
YOU ARE READING
AFTER THAT [C]
Roman d'amour-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwajah tampan tetapi kelihatan baik hati. Dia bakal suami Najiha. ❝ Saya Harith. Nanti dah kahwin, awak r...