9 ♡ kejar-kejar

204 29 7
                                    

9 ♡ kejar-kejar

"SAYANG nak main kejar-kejar tak?" ajak Harith bersama senyuman di bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYANG nak main kejar-kejar tak?" ajak Harith bersama senyuman di bibir. Nampak sangat sedang bosan.

Terangkat kening Najiha yang berjalan di sebelah Harith. Suaminya ketawa indah sambil melangkah ke hadapan, menyuruh Najiha agar mengejarnya. Harith kadang berperangai seperti anak kecil yang inginkan perhatian.

Dan Najiha rela hati melayannya.

"Sayang kejar abang! Abang takut!" jerit Harith sengaja sambil terkekeh ketawa. Bagaikan kanak-kanak riang, mereka berduaan bermain kejar-kejar di pejalan kaki yang tiada banyak orang.

Najiha cuba mengejar Harith, namun stamina suaminya luar biasa. Najiha yang fikir dapat meraih Harith, tiba-riba kakinya tersadung batu menarik perhatian Harith.

Cepat-cepat Harith mendekati isterinya.

"Sayang!" Tangannya mula memegang kaki Najiha, ternyata lututnya tercedera buat rasa bersalah semakin menyelubungi diri Najiha.

Najiha menatap wajah khawatir Harith. Apa lelaki ini mengkhawatirkannya? Sedangkan cuma cedera ringan.

"Abang minta maaf. Sepatutnya abang tak main kejar-kejar, abang bodoh." Berkaca-kaca mata Harith buat Najiha terkebil-kebil.

Suaminya... menangis?

Harith menarik hingus. Pasti Najiha sangat marah dengannya. Najiha menganggapnya kebudak-budakan, pasti begitu, kan? Najiha tercedera gara-garanya, pasti Najiha kesakitan sekali. Sepatutnya dia yang tersadung batu, bukan Najiha.

Najihanya tercedera.

"Abang tak bodoh," beritahu Najiha cuba memujuk Harith. Laju Harith menggeleng.

"Abang bodoh! Abang tak dapat lindungi sayang."

Kedua-dua pipi Harith mulai disentuhnya buat mata mereka berdua bertaut. Suaminya tidak bodoh.

"Abang pernah selamatkan sayang. Sayang terluka kecil sebab sayang tak hati-hati. Bukan salah abang." Bibir diketap Harith. Isterinya yang terlalu cepat memaafkan.

Tersentak Najiha apabila Harith tiba-tiba menggendongnya dari belakang. Cepat-cepat Najiha memeluk leher suaminya, takut jatuh. Harith melakukan serangan mendadak terhadapnya.

Najiha tidak perasan jantungnya sedang berdetak kencang.

"Biar abang gendong sayang. Sayang pasti tak dapat jalan, kan?"

"Sayang cuma luka kecil."

"Shhh! Dengar cakap abang. Jangan buat abang rasa makin bersalah." Terdiam Najiha mendengarnya.

Harith sedang menggendongnya. Najiha cuba menatap wajah Harith, suaminya yang tampan tetapi baik hati. Lelaki itu mengkhawatirkannya hanya kerana luka kecil. Semakin erat Najiha memeluk leher Harith.

Jantungnya berdebar tanpa henti. Rasa yang aneh.

"Sayang... jangan cekik abang..." Rasa mahu mati Harith apabila Najiha memeluk lehernya semakin kuat.

Najiha yang perasan akan hal itu mula melonggarkan pelukan.

"Abang sakit?" Terkeluar tawa kecil Harith tatkala mendengarnya. Najiha blur seketika.

"Sayang nak tahu something?" Terangkat kening Najiha.

Harith tersenyum kecil. Mendongak memandang langit.

"Abang tak menyesal kahwin dengan sayang. Abang harap seterusnya sayang bersama abang, kita bersama sampai maut memisahkan kita. Jadi sayang, jangan sesekali tinggalkan abang, okey?"

Permintaan Harith.

Finished on Monday, 22 January 2024Published on Wednesday, 7 February 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Monday, 22 January 2024
Published on Wednesday, 7 February 2024

416 words

AFTER THAT [C]Where stories live. Discover now