15 ♡ dan selepas itu
"ABANG morning..."
"Morning sayang. Baru bangun?" Najiha angguk kecil. Sengaja kedua-dua tangan memeluk tubuh Harith dari belakang, cuba melihat suaminya sedang melakukan apa.
Bagaikan renjatan elektrik, Harith tidak tahu ingin berbuat apa. Wajahnya merah padam diperlakukan seperti itu.
"Abang buat sarapan?" soal Najiha seraya angkat kepala memandang Harith.
Harith cuba mengalihkan pandangannya buat kening Najiha terangkat. Co... comel! Najiha terlalu comel di matanya sampaikan jantung Harith tidak dapat berhenti berdebar. Kalau setiap hari begini terus, Harith rasa perlu memakai sesuatu untuk menutup wajah tomatonya.
"Abang?" Bawah bibir digigit Harith.
Tangan Najiha yang sedang memeluknya dari belakang dileraikan perlahan. Sengaja Harith mengangkat Najiha duduk di atas meja dapur buat wajah Najiha automatik kemerahan. Harith mengangkatnya semudah itu.
Kucupan sekejap di pipi Najiha diberi. Sedikit merah wajah Harith saat melakukannya, dia hanya ingin membuat Najiha diam.
"Sayang nak lagi." Membulat mata Harith. Najiha memohon?
"Abang bukan binatang, sayang."
Najiha mengembungkan pipinya. Kenapa Harith samakan diri dengan binatang pula? Suaminya mengarut lagi. Tangan Harith ditarik-tarik, sedang merayu suaminya. Harith menelan liur.
"Abang, please..."
"No. Abang cintakan sayang bukan sebab nafsu."
Hidung Najiha mula menghidu sesuatu. Harith juga perasan.
"Abang, ada yang hangus," beritahu Najiha buat mata Harith membeliak. Kakinya berlari kecil menuju telur mata hangus di dalam kuali diikuti Najiha. Cepat-cepat menutup api.
"Sayang, macam mana ni? Abang minta maaf..." Rasa mahu menangis sahaja.
Cup! Tergamam Harith apabila pipinya tiba-tiba dikucup Najiha. Najiha menghadiahkan senyuman, tangan Harith diraih lalu diusap hangat. Suaminya yang suka rasa bersalah.
"Bukan salah abang. Kita boleh buat sarapan sama-sama," kata Najiha buat wajah Harith berasa hangat.
Najiha mencium pipinya. Harith tidak ingin jadi binatang, tetapi kalau Najiha asyik menggodanya seperti ini.
TERSENYUM-SENYUM Harith melihat beberapa kuntum lili putih yang dibelinya. Dia keluar dari kedai bunga bersama senyuman tidak lekang di bibir, apa Najiha akan menyukainya? Sudah beberapa hari berlalu kisah cinta dengan Najiha bermula.
Harith menantikan sambungannya.
Telefonnya berbunyi minta diangkat. Harith berhenti melangkah. Melebar senyumannya apabila Najiha yang menghubungi. Panggilan isterinya diangkat.
"Assalamualaikum sayang, kenapa call? Rindu abang?" tanya Harith sengaja mengusik Najiha.
"Waalaikumussalam. Rindu abang... tapi sayang nak beritahu berita gembira." Terangkat kening Harith. Dia hanya tersenyum mendengarnya.
Entah apa yang Najiha ingin beritahu.
"Apa sayang..."
Dan selepas mereka berdua saling mencintai, apa rasa itu akan terus berkekalan?
"Sayang mengandung."
Buk!
Lili putih yang jatuh mencium jalan tar. Warna putih lili yang bertukar merah. Najiha di dalam talian mendengar bunyi kenderaan yang melanggar, rasa resah mulai hadir. Harith dijeritnya berkali-kali, namun tiada balasan.
Harith tidak dapat menahan sakitnya saat dilanggar. Mungkin salahnya kerana berdiri di tengah jalan. Terlalu banyak darah yang mengalir sehingga dia tiada kekuatan untuk berdiri. Matanya seakan ingin pejam, suara-suara yang memanggil tidak kedengaran.
"Abang... abang!"
Dan tiada lagi kata selepas.
Agak tiber tapi takpelah hahaha apapun tunggu untuk last bab 🤭❤️
Finished on Saturday, 27 January 2024
Published on Monday, 12 February 2024486 words
YOU ARE READING
AFTER THAT [C]
Romance-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwajah tampan tetapi kelihatan baik hati. Dia bakal suami Najiha. ❝ Saya Harith. Nanti dah kahwin, awak r...