12 ♡ luahan perasaan

200 27 0
                                    

12 ♡ luahan perasaan

KADANG kita kena menerima kenyataan pahit walaupun terpaksa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KADANG kita kena menerima kenyataan pahit walaupun terpaksa. Andai diri ini lebih baik, apa dia masih dapat meraihnya?

Mana mungkin, hati si 'dia' sudah berpunya. Dia terlambat.

"Kita dah tiada hubungan apa-apa, Amira. Saya dah kahwin dengan perempuan yang sanggup terima saya. Awak curang sedangkan selama ni saya percayakan awak. Bukan saya, cari lelaki lain yang sanggup terima awak."

Amira terdiam seribu bahasa mendengarnya. Dia kehilangam satu-satunya lelaki yang selama ini ikhlas dengannya. Dia mensia-siakannya. Tidak sedar air mata sudah merembes jatuh, rasa sedih yang tidak tertahan. Sungguh Amira malu menangis di hadapan lelaki yang yang pernah ada di waktu susah senang bersamanya.

Lelaki yang baik sepertinya, apa masih ada?

"Maafkan saya, Harith... terima kasih pernah hadir dalam hidup saya. Saya... saya harap awak bahagia." Amira tidak menatap Harith, sebaliknya merenung tanah sambil melihat air matanya turun lebat.

Di luar tempat kerja Harith, Amira menemui lelaki itu semata-mata ingin meminta maaf. Harith hanya mengukir senyuman kecil, sapu tangan mula dikeluarkan dari kocek seluar. Sapu tangan berwarna biru itu dihulurkan kepada Amira buat gadis itu angkat kepala memandang Harith.

"Kita boleh jadi kawan. Saya tak pernah berdendam walaupun awak dah berlaku curang, semua manusia boleh berubah. Awak juga begitu, Amira. Kalau awak berubah jadi lebih baik, ada lelaki yang lebih baik untuk awak berbanding saya." Bergetar hebat bibir Amira mendengarnya. Sapu tangan yang dihulurkan Harith disambutnya.

Stroot! Stroot! Dikeluarkan segala hingus yang terkumpul.

"Terima kasih..."

Dia berjumpa Amira, bekas tunangnya. Harith menghembus nafas lembut seraya masuk ke dalam rumah usai memberi salam. Kedatangannya tidak disambut buat kening Harith terangkat. Harith mula mencari di mana kelibat isterinya.

"Sayang, where are you? Sayang..."

Harith suruh Najiha balik dulu kerana dia akan balik lewat malam.

"Oh, mak kau! Sayang..." Kaget Harith melihat Najiha yang terbaring di lantai. Tidak sengaja bibirnya tersenyum.

Isterinya tertidur gara-gara menunggunya pulang.

Najiha mencelikkan mata saat mendengar jeritan. Pandangannya dihiasi wajah Harith buat Najiha cepat-cepat bangkit dari terus terbaring di atas lantai. Belakang kepala yang terasa gatal digarunya lembut.

Harith ada di hadapannya.

"Abang dah balik?" Harith hanya mengangguk. Lelaki itu mula bergerak menuju sofa diikuti Najiha.

Najiha seperti biasa akan mengurut kedua-dua bahu Harith usai pulang kerja. Pasti suaminya penat bekerja.

"Abang nak air?" Laju Harith menggeleng, tidak mahu menyusahkan. Dapat dirasakan tangannya yang sedang mengurut disentuh Harith, Najiha angkat kening.

"Sayang, tadi abang jumpa bekas tunang abang."

Terdiam Najiha mendengarnya. Tidak ingin membalas apa. Apa Harith ingin kahwin dua?

Pipi Najiha sengaja dicubitnya lembut, comel. Memerah wajah Najiha dibuatnya.

"Abang doakan dia dapat lelaki yang baik sebab hati abang bukan lagi untuk dia. I love you, sayang. You're my everything, I'm sorry because I can't be a good husband for you. Abang tak tipu perasaan abang, abang cintakan sayang. Sayang ialah sayang. Milik abang, abang akan peluk sayang erat-erat sampai sayang tak dapat lepas dari abang. Jadi sayang, can you love me too?"

Harith meluahkan perasaan. Perasaan yang tidak jelas ini, Najiha tidak tahu ingin mengatakan perasaan ini apa. Perasaan yang berdebar-debar hingga wajahnya membahang panas tanpa sebab. Terangkat kening Harith apabila Najiha menarik tangannya menyentuh dada Najiha, di mana keberadaan jantungnya berada.

Bawah bibir dikemam Najiha.

"Jantung sayang berdebar, abang. Sayang tak tahu kenapa, beritahu kenapa sayang macam ni."

Najiha yang tidak tahu itu cinta dan tidak pernah merasakannya, buat pertama kali dia berdebar melihat Harith. Hari demi hari, perasaan ini semakin mendalam.

Meletus tawa Harith dibuatnya menarik perhatian Najiha. Tubuh Najiha dibawa ke dalam pelukannya, seerat yang mungkin.

"Abang tak tahu maksud sayang, tapi comel. Hahahah."

Apa yang Harith mengarut sekarang? Najiha benar-benar ingin tahu kenapa jantungnya acap kali berdebar melihat lelaki itu.

Semakin merah wajah Najiha apabila diusik begini.

Finished on Friday, 26 January 2024Published on Saturday, 10 February 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Friday, 26 January 2024
Published on Saturday, 10 February 2024

625 words

AFTER THAT [C]Where stories live. Discover now