-- after that ♡
Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwajah tampan tetapi kelihatan baik hati.
Dia bakal suami Najiha.
❝ Saya Harith. Nanti dah kahwin, awak r...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CINTA itu seperti apa? Najiha pernah cuba memikirkannya. Dia sedang menyisir rambut panjangnya sambil melihat cermin. Dapat dirasakan sentuhan hangat mula memaut pinggangnya dari belakang. Najiha lantas berpaling memandang gerangan tersebut.
Harith.
"Sayang..." seru Harith sengaja menggoda Najiha. Rambut basahnya menandakan Harith baru sahaja membersihkan diri.
Najiha menggeliat kecil saat Harith memagut lehernya. Terasa geli diperlakukan sebegitu rupa. Kedua-dua bahu Harith dipegangnya, menyuruh Harith berhenti. Hari ini tidak boleh.
"Sayang datang bulan," ujar Najiha buat wajah Harith masam mencuka, semakin erat dia memeluk tubuh Najiha.
"Macam mana dengan abang? Abang tak boleh tunggu lama. Sayang..." rengek Harith sengaja bermanja. Namun Najiha terus ke katil tidur, melabuhkan punggung disertai Harith sekali.
Harith benar-benar tidak mahu melepaskan tubuhnya. Kalau begini terus, bagaimana dia ingin tidur?
"Sayang... sayang tak kesiankan abang? Hm?" Dikucup bahu Najiha, sengaja. Ternaik bahu Najiha dibuatnya apabila Harith berbuat begitu.
Najiha berpaling memandang Harith, suaminya pasti sedih sekali. Najiha mula meraih tangan suaminya lalu digenggam hangat.
"Sayang tak akan lama. Abang boleh tunggu, kan? Lepas je sayang habis datang bulan, kita buat," beritahu Najiha.
"Betul ni?" Najiha hanya mengangguk. Melebar senyuman Harith dibuatnya, erat dia memeluk tubuh Najiha.
"Sayang, jom tidur. Abang dah ngantuk, hm. Abang nak peluk sayang, hehe," pinta Harith. Najiha angguk kecil, automatik Harith membawanya baring di atas katil bersama.
Najiha dapat mendengar jelas degupan jantung Harith yang memeluknya. Kedengaran kencang. Tubuhnya muat-muat sahaja dalam pelukan lelaki itu, Najiha merasakan kehangatan. Dia cuba angkat kepala memandang Harith yang sudah memejam mata.
"Abang..." panggil Najiha.
"Hm?" Najiha mengetap bibir.
"Sayang tak boleh tidur," beritahu Najiha buat Harith mencelikkan matanya.
Anak rambut Najiha mula diselitkannya di belakang telinga. Bibir tersenyum memandang Najiha. Sempat dia mengucup lembut dahi Najiha, sudah menjadi rutinnya.
"Nak abang nyanyikan? Tapi lirik ni abang cipta khas untuk sayang, mesti sayang akan tidur punya."
"Abang nyanyi?" Harith hanya mengangguk.
Asalkan Najiha dapat tidur, Harith akan nyanyi. Dehemen kecil sengaja dikeluarkan.
"Sayang tidurlah, nanti esok lambat bangun, Sayang tidurlah, abang ada untuk sayang, Sayang tidurlah, moga mimpi indah, Sayang tidurlah, isteri abang yang cantik."
Dengan suara yang serak-serak basah, Harith menyanyi.
Tersenyum Harith melihat Najiha sudah memejam mata. Isterinya tidur dalam dakapan Harith, dielus lembut rambut Najiha.
"Sweet dream, sayang."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Finished on Saturday, 20 January 2024 Published on Tuesday, 4 February 2024