10 ♡ degupan jantung

167 28 6
                                    

10 ♡ degupan jantung

"JANGAN kawan dengan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"JANGAN kawan dengan dia. Dia tu sombong, benci aku."

Tiada siapa yang ingin berkawan dengannya. Najiha seorang diri melihat budak-budak sebayanya bermain. Entah sebab apa mereka membencinya, Najiha tidak tahu. Apa kerana dia tidak mudah diajak berkawan?

Sedangkan Najiha mengimpikannya.

Tetapi tempoh hari Sarah mengajaknya lunch bersama. Apa dia boleh mengimpikannya lagi? Berkawan seperti orang-orang lain, Najiha tidak mahu sendirian dan dibenci tanpa sebab.

Mata dicelikkan, wajah Harith yang sedang tidur ditatapnya. Selimut digenggam Harith, malam semalam Harith menunaikan janjinya. Bawah bibir dikemam Najiha, apa dia boleh mencintai Harith?

Sedang Najiha ingin pergi membersihkan diri, tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik agar duduk di atas katil semula. Najiha berpaling memandang Harith yang masih mamai dan tersenyum.

"Sayang..." panggil Harith manja. Najiha terdiam mendengarnya.

Kenapa kali ini jantungnya berdebar saat Harith memanggil 'sayang'? Harith hanya tersengih-sengih seraya membawa Najiha ke dalam pelukannya. Najiha dapat mendengar degupan jantung Harith yang kencang.

Sedangkan dia dan Harith tidak mengenakan apa-apa.

"Abang rindu sayang..." Sengaja Harith menyembamkan wajahnya di dada Najiha. Dipeluk erat tubuh isterinya, masih tidak mahu Najiha pergi.

Najiha hanya membalas pelukan Harith. Tiba-tiba Harith mengangkat kepalanya buat Najiha terkebil-kebil. Laju Harith menepuk kedua-dua belah pipi menarik perhatian Najiha.

Apa sebentar tadi jantung Najiha berdegup? Tetapi kenapa? Apa Najiha sakit? Harith menatap isterinya, tetapi wajah isterinya biasa sahaja. Apa perasaannya sahaja? Harith mendengar begitu jelas betapa kencangnya jantung Najiha berdetak.

Terangkat kening Najiha apabila Harith menatapnya.

"Abang?"

Dup-dap, dup-dap. Bunyi degupan jantung. Wajah Harith membahang panas. Najiha ada perasan terhadapnya? Bukan mimpi?

Najiha menyukainya.

"Sayang, abang tak tahu pun. Abang minta maaf." Eh? Najiha blur seketika. Apa yang sedang suaminya cuba katakan?

Harith memegang belakang leher Najiha buat Najiha tertanya-tanya. Tiba-tiba Harith geselkan hidungnya pada hidung Najiha, lembut.

Tubuhnya dipeluk seraya sengaja Harith menyembamkan kepala di dada Najiha semula. Najiha dapat melihat Harith cuba menyembunyikan wajah merahnya.

"Boleh sayang bersama abang lebih lama sikit? Abang nakkan sayang pagi ni." Sengaja Harith melabuhkan kucupan hangat di leher Najiha, merayu isterinya.

Najiha menggeliat kecil dengan perbuatan Harith. Saat mendapat anggukan Najiha, laju sahaja Harith membawa Najiha ke dalam selimut. Dan pagi itu, Najiha mendengarnya.

Degupan jantung Harith dan dia tidak henti berdegup kencang.

Finished on Tuesday, 23 January 2024Published on Thursday, 8 February 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Tuesday, 23 January 2024
Published on Thursday, 8 February 2024

389 words

AFTER THAT [C]Where stories live. Discover now