6 ♡ tempat kerja

271 34 8
                                    

6 ♡ tempat kerja

"SAYANG jaga diri baik-baik, okey? Kalau sayang ada apa-apa masalah beritahu abang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYANG jaga diri baik-baik, okey? Kalau sayang ada apa-apa masalah beritahu abang. Kalau ada orang yang cuba ganggu sayang, biar abang jumpa dia kasi nasihat free. Sayang, i'm gonna miss you..." Kedua-dua pipi Najiha disentuhnya lembut, sengaja bibirnya singgah di dahi Najiha.

Najiha memegang tangan Harith yang sedang menyentuh pipinya, diusap hangat. Mata mereka berdua bertentangan sehingga Najiha memutuskan untuk membuka kata.

Harith sedang mengkhawatirkannya.

"Sayang juga rindu abang. Apa abang akan ambil sayang lepas kerja?" soal Najiha ingin tahu. Laju sahaja Harith mengangguk.

"Mestilah! Sayang tak boleh balik sendiri tanpa abang. Mulai hari ni, kita mesti balik sama-sama, okey?" Mendengarnya Najiha hanya mengangguk. Senyum Harith melebar, diusap kepala Najiha manja.

"Good. Nanti abang boleh call atau mesej sayang, kan?"

Terangkat kening Najiha. Bawah bibir dikemam, angguk kecil.

"Sayang tak kisah, abang boleh call atau mesej sayang bila-bila masa."

"Betul? Abang betul-betul tak nak berpisah sekarang, huwaa..." Dipeluk erat tubuh Najiha, tetapi mereka berdua tetap kena bekerja.

Najiha membalas pelukan Harith. Apabila dipeluk Harith, tubuhnya dihangatkan. Terasa nyaman. Apa kerana Harith selalu memikirkan keselesaannya? Kadang Najiha terfikir, apa Harith tidak menyesal mendapat isteri sepertinya?

Dia tidak tahu cara berkomunikasi yang benar, cara membuat orang sekelilingnya ketawa, bahkan tersenyum dan bereaksi seperti orang lainnya. Apa Harith berfikir begitu? Buat pertama kali Najiha tidak mahu Harith melepaskan pelukan.

Perlahan-lahan Harith meleraikan pelukan. Mesti Najiha sakit dipeluk lama-lama. Lagi sekali dia membuat Najiha tidak selesa. Bawah bibir diketap.

"Abang pergi dulu. Assalamualaikum."

Najiha terangkat kening. Harith ingin pergi?

"Abang." Harith yang ingin melangkah pergi berpaling memandang Najiha saat dipanggil. Najiha datang mendekatinya, tangan Harith diraih lalu dikucup.

"Waalaikumussalam. Hati-hati memandu." Merona merah wajah Harith. Najiha sedang mengkhawatirkannya? Bagaimana dia ingin berpisah dengan Najiha kalau begini?

 Najiha sedang mengkhawatirkannya? Bagaimana dia ingin berpisah dengan Najiha kalau begini?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TADI tu suami awak ke, Najiha? Handsomenya," puji Sarah, rakan sekerja Najiha. Najiha yang sedang ralit membuat kerja mula angkat kepala memandang Sarah.

"Oh, thanks," balas Najiha datar. Sarah hanya tersenyum, tahu sangat Najiha tidak selesa.

Rakan kerja lain semua menjauhi Najiha hanya kerana Najiha pendiam dan tidak pernah ada kawan, tetapi Sarah cuba mendekati Najiha. Dia ingin berkawan dengan Najiha walaupun Najiha tidak tertarik dengannya.

Tidak apa, Sarah akan selalu fighting!

"Nanti lunch boleh kita makan sama-sama? Ah... apa awak lunch dengan suami awak?" soal Sarah meminta kepastian.

Terangkat kening Najiha. Apa Sarah ingin makan bersamanya?

"Saya tiada masalah," balas Najiha buat senyuman di bibir Sarah melebar.

"Jangan lupa lunch nanti, hehe!" Sempat Sarah mengingati Najiha seraya berlari kecil kembali ke meja kerjanya. Najiha hanya memerhati sahaja.

Ting! Satu pesanan masuk dalam telefonnya. Najiha mula melihat siapa yang mengirim mesej. Keningnya terangkat.

Sayang, cuba teka siapa ni? Chak! Ni abanglah, abang rindu sayang...

Harith menghantar mesej. Najiha mula membalas Harith.

Sayang juga rindu abang

Ting! Harith membalasnya.

Nanti lunch kita makan sama-sama boleh? Abang nak jumpa sayang

Tetapi Sarah ingin makan bersamanya. Najiha mengetap bibir, apa dia boleh menolak ajakan Harith?

Tapi sayang dah janji nak lunch dengan rakan sekerja sayang, abang marah?

Kalau Harith marah, apa yang dia boleh buat? Tidak lama itu, Harith membalas mesejnya.

Takkan abang nak marah. Sayang lunch la dengan kawan sayang. Abang lunch sendiri, huhu. Kawan sayang lelaki ke perempuan?

Perempuan. Abang okey lunch sendiri?

Sayang risaukan abang? Abang tak apa-apalah. Nanti pandai-pandai abang paksa kawan abang yang lain lunch dengan abang. Abang dah nak kena buat kerja ni, sayang jaga diri, okey? Abang nak cepat-cepat jumpa sayang, hm

Okey abang, assalamualaikum

Waalaikumussalam

Najiha mula memandang profile picture Harith. Pada awalnya Harith meletak gambar pemandangan, namun ditukar dengan tangannya yang digenggam Harith. Bibir dikemam Najiha, nama 'Harith' ditukarnya dengan 'Abang'.

Apa Harith menyimpan nombornya dengan nama apa?

Najiha tertanya-tanya.

Finished on Friday, 19 January 2024Published on Saturday, 3 February 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Friday, 19 January 2024
Published on Saturday, 3 February 2024

624 words

AFTER THAT [C]Where stories live. Discover now