4 ♡ breakfast

251 32 6
                                    

4 ♡ breakfast

SENGAJA kedua-dua tangannya memaut pinggang Najiha dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SENGAJA kedua-dua tangannya memaut pinggang Najiha dari belakang. Najiha yang sedang menyiapkan sarapan pagi berpaling memandang Harith, lelaki itu kelihatan baru sahaja habis mandi dengan rambut basahnya. Semakin erat Harith memeluknya.

"Sayang buat apa?" soal Harith sambil melihat apa yang Najiha lakukan. Najiha menyambung semula membuat sandwich.

"Sandwich telur. Abang suka?" Laju Harith mengangguk. Kalau Najiha yang buat, semuanya Harith suka. Bau tubuh Najiha dihidunya, ini membuatkan Harith gila.

Sedangkan masih awal pagi. Najiha berasa tidak selesa melakukan kerja kerana terus dipeluk Harith, lelaki itu tidak mahu melepaskannya. Sejak malam semalam, Harith seakan-akan tidak mahu berpisah dengannya. Apa ini yang dimaksudkan dengan sindrom malam pertama?

"Sayang hari ni kerja? Nanti boleh abang hantar?" pinta Harith. Najiha yang telah siap membuat sandwich memandang ke arah suaminya.

"Suka hati." Melebar senyuman Harith mendengarnya. Dia mula melepaskan pelukan di pinggang Najiha, bergerak menuju meja makan bersama Najiha.

Air tangan Najiha, rasanya seperti apa? Memikirkannya buat Harith berdebar-debar.

Terangkat kening Harith apabila Najiha tiba-tiba menyuakannya sandwich. Automatik wajah merona merah, apa yang sedang isterinya lakukan? Ini serangan mendadak!

"Buka mulut..." Perlahan-lahan Harith membuka mulut membiar Najiha menyuapnya. Dikunyah sandwich tersebut buat wajah Harith semakin merah.

Najiha menyuapnya! Ini bukan mimpi, kan? Sandwich telur buatan Najiha terasa enak dikunyah Harith. Apa kerana Najiha menyuapnya?

"Ke... kenapa sayang suap abang?" Gagap sudah. Ingin sahaja Harith melempang wajahnya, atau kalau boleh, menghentakkan kepala sekarang.

Najiha yang sedang makan sandwich telur memandang Harith.

"Sayang cari kat Google. Kalau suami isteri saling menyuap bila makan boleh mengeratkan hubungan. Sayang nak lebih rapat dengan abang," jawab Najiha buat Harith yang mendengarnya tergamam.

Ternyata Najiha sedang berusaha membuka hati kepadanya. Kenapa dia boleh tidak perasan? Selepas ini dia perlu melayan Najiha lebih baik lagi! Sandwich telur mula digigitnya.

Ehem!

"Abang nak sayang buat macam ni." Membulat mata Najiha tatkala Harith tiba-tiba menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Gulp! Najiha merasakan dia menelan sesuatu. Buat seketika Najiha merasakan ada yang aneh. Seoalah-olah sedang menggelitik.

"Sayang baru je gosok gigi." Terlepas tawa Harith mendengarnya buat Najiha tertanya-tanya. Kenapa isterinya sedang bertingkah comel sekarang?

"Nanti abang mandikan sayang. Wangi-wangi." Eh?

Apa suaminya ni cuba lakukan? Najiha tidak dapat berkata-kata dibuatnya. Senyuman manis itu buat Najiha ingin melihatnya terus. Bahawa hari ini Harith menang dan Najiha kalah.

Finished on Thursday, 18 January 2024Published on Thursday, 1 February 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Thursday, 18 January 2024
Published on Thursday, 1 February 2024

397 words

AFTER THAT [C]Where stories live. Discover now