3 ♡ suami isteri
"AKU terima nikahnya Nur Najiha binti Amir dengan mas kahwin sebanyak RM 1000 tunai."
"Sah."
"Sah."
Najiha menatap peluh Harith yang mulai keluar. Apa lelaki itu gugup? Ternyata dia benar-benar sudah menjadi isterinya Harith. Seharusnya Najiha memanggilnya 'abang', kan? Kerana Harith telah sah menjadi suaminya.
Harith mula perlahan-lahan mendekati Najiha. Jantungnya berdegup kencang, berkahwin dengan Najiha terasa seperti mimpi.
"Abang gugup?" Tersentak Harith mendengarnya. Telinga mulai merah saat Najiha memanggilnya 'abang'. Dia tidak salah dengar, kan?
Sayang... sa... bagaimana ingin memanggil Najiha 'sayang'? Harith hanya mengangguk sahaja, mengiyakan Najiha. Apa-apa jelah!
Tangan kekar Harith diraih Najiha lalu dikucupnya lembut buat kedua-dua belah pipi Harith membahang setelah menyarungkan cincin. Mata itu sedang menatap Harith buat Harith tidak dapat mengawal bahang wajahnya. Ini sudah selesai, kan? Apa belum, ya?
Harith tidak tahu ingin berbuat apa selepas Najiha mengucup tangannya.
"Awa... bu, bukan, sa... sayang." Terjongket kening Najiha.
Cup! Spontan Harith menghadiahkan kucupan di dahinya menarik perhatian yang lain. Harith mula menatap Najiha sambil tersenyum manis, tidak menyangka Najiha telah sah menjadi isterinya. Walaupun riak Najiha biasa sahaja setelah dikucup dahinya.
Agak tidak percaya. Apa isterinya robot?
"Abang akan layan sayang dengan baik."
RAMBUTNYA yang basah digosok dengan tuala. Harith keluar dari kamar mandi sehingga kedua-dua bahu ternaik melihat Najiha sedang duduk di atas katil. Automatik wajahnya merah seperti epal masak ranum.
Melihat rambut Najiha dia sudah berdebar, tetapi apa ini? Kenapa Najiha memakai baju tidur yang jarang? Apa dia tidak cukup duit beli baju tidur yang lebih tertutup? Mata Harith seolah-olah melihat sesuatu yang tidak patut dilihatnya, cepat-cepat lelaki itu mengalihkan pandangan.
Kain tuala yang melilit pinggang digenggam Harith.
"Abang dah habis mandi?" tanya Najiha. Harith sesekali melirik ke arah Najiha.
Najiha sedang menyeksanya.
"Na... sayang tak ada baju tidur lain?" Terangkat kening Najiha.
"Ibu abang cakap yang abang suka baju tidur ni. Sayang beli online khas nak tunjukkan dekat abang. Cantik, tak?" Ibu!
Kenapa ibu membuat seperti ini terhadap isterinya yang polos? Najiha bahkan tidak tahu apa-apa dan menurut sahaja. Harith cuba memberanikan diri memandang Najiha, sedangkan Harith tidak pernah mengatakan kepada ibu dia suka baju tidur tersebut.
Kaki melangkah mendekati isterinya. Harith melabuhkan duduk bersebelahan Najiha, tangan gadis itu diraih lalu digenggam hangat.
"Sayang boleh pakai baju tidur apa yang sayang nak untuk tunjukkan kat abang. Abang tetap suka," balas Harith bersama senyuman di bibir. Sedangkan jantungnya sedang berdegup kencang.
Dia benar-benar ingin menerkam Najiha sekarang. Tetapi nanti Najiha fikir dia gelojoh pula, mana nak sorok wajah merahnya? Najiha kan isterinya, jadi tiada namanya gelojoh kan? Halal juga. Ah, ini benar-benar membuatnya gila.
Ini malam pertama Harith, begitu juga Najiha.
"Apa abang akan sentuh sayang malam ni?" Merona merah wajah Harith mendengarnya.
Degupan jantungnya semakin kencang.
"Sayang tak kisah? Tapi abang bukan jenis yang boleh berhenti separuh jalan, sayang sanggup nak bersama abang malam ni?" Najiha angguk sahaja. Harith suaminya, lelaki itu boleh menyentuhnya dan Najiha mengizinkan.
"Buatlah apa yang abang nak buat. Sayang milik abang."
Harith menelan liur. Pelik Najiha tiba-tiba Harith bangun dari terus duduk lalu bergerak ke suis lampu. Laju betul tutup lalu mendekati Najiha semula. Najiha tidak dapat melihat Harith dengan jelas, tetapi lelaki itu sedang menyentuh tangannya.
"Kita buat dalam selimut boleh?"
Lelaki ini pakai tanya segala. Najiha hanya angguk.
Malam yang diluangkan bersama, Najiha tidak menyangka dapat merasakannya. Bahawa dia mengahwini lelaki ini tanpa ada rasa cinta.
Najiha sedang berusaha mencintai Harith. Perlahan-lahan.
Finished on Wednesday, 17 January 2024
Published on Wednesday, 31 January 2024582 words
YOU ARE READING
AFTER THAT [C]
Storie d'amore-- after that ♡ Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwajah tampan tetapi kelihatan baik hati. Dia bakal suami Najiha. ❝ Saya Harith. Nanti dah kahwin, awak r...