UNDERCOVER MISSION

40 0 1
                                    

JAM 8 MALAM, BILIK MESYUARAT KHAS

Setiba di hadapan sebuah bilik, Tia mengetuk pintu dan masuk bersama Ain dan yang lain. Kelihatan 3 orang lelaki berusia 30 ke 40 an berpakaian seragam lengkap sedang duduk bermesyuarat dengan wajah yang tegang. 

" General Zakaria, saya datang membawa penceroboh yang masuk ke ruang makmal seperti yang general arahkan." lapor Tia sambil tabik hormat kepada General Zakaria.

" Good work, Kapten Tia. Silakan duduk." pelawa General Zakaria. Ain memandang Tia dan Fiqrie kemudian memandang General Zakaria semula.

" Oh, kamu berdua boleh tunggu di ofis sebelah. Saya, Leftenan Adnan dan Mejar Hassan hendak berbincang sesuatu dengan mereka." arah General Zakaria. Mereka berdua tabik hormat serentak lalu keluar dari bilik tersebut. Ain, Shu, Luca dan Vox pun duduk di kerusi bahagian kanan sebelah General Zakaria.

" Saya ingin meminta maaf terlebih dahulu atas apa yang berlaku kepada rakan kamu, Ain Natasha." General Zakaria tunduk sedikit tanda ingin meminta maaf kepada Ain. 

" Sepatutnya general meminta maaf kepada dia, bukan saya." Ain menyandar ke belakang.

General Zakaria menoleh ke arah Luca dan tunduk lagi," I apologize for what happened to you just now."

" No, it's okay. My friends here have saved me." ujar Luca sedikit gelabah apabila lelaki tua itu menundukkan kepalanya. Mana taknya... General berpangkat tinggi kot. 

" Ain chan, if this is a sensitive question, I apologize. I can't help but ask you regardless. What is your true status? From the moment I saw you shot the security camera just now, you are not just someone." tanya Vox untuk kepastian. Dia dapat merasakan Ain seorang yang telah melalui banyak pengalaman dari segi dia melihat tembakan Ain tadi.

Ain terdiam sebentar, " I am the daughter of an Army Special Forces General. When I was nine and Reen was ten, my father, Arsyad Hilman, spent three years teaching and training us. He then disappeared. There has been no news about him until recently. And please don't tell Reen about our father's identity. We were told that our father was simply an expert who would teach us martial arts. Moreover, he didn't reveal his true identity as our biological father. I know this because I once overheard him and General Zakaria conversing at home back then." 

" So that's why..." Shu kini mulai faham kenapa Ain mempunyai ketangkasan yang tinggi semasa membunuh zombie-zombie sebelum ini. Kelajuan, kekuatan dan refleksi gadis itu bukanlah sembarangan.

" Arsyad Hilman? Bukankah beliau seseorang yang digeruni oleh pihak atasan kerana mempunyai fizikal dan mental diluar kemampuan manusia? General Black Dragon? "Leftenan Adnan memandang Ain dengan wajah yang serius.

" Ya, Arsyad Hilman, General Black Dragon. Disebabkan beliau tidak langsung berbicara tentang kehidupan disebalik kerjanya, tidak ramai yang tahu tentang perkara ini kecuali kepada pihak atasan dan juga saya." ujar General Zakaria. Keadaan menjadi sunyi sebentar.

" General, pemuda-pemuda awam yang membuat provokasi petang tadi telah dimasukkan ke dalam penjara semasa pencerobohan berlaku." maklum Mejar Hassan. 

Mata gadis itu membuntang besar, "What? Bukankah... General, segera keluarkan mereka dari penjara. Mereka adalah Reen dan rakan-rakan saya yang lain." ujarnya.

General Zakaria menyuruh Tia dan Fiqrie masuk ke dalam bilik mesyuarat semula. " Fiqrie, keluarkan Reen dan yang lain dari penjara. Bawa mereka semua ke sini. Panggil Aqila sekali." arah General Zakaria. Fiqrie akur dan segera pergi dari bilik tersebut.

Ain menghembuskan nafas lega sebelum menjelaskan apa yang terjadi kepada Reen dan yang lain kepada Shu, Vox dan Luca. Mereka juga turut menunjukkan reaksi terkejut. Beberapa minit kemudian, Fiqrie datang bersama Aqila masuk ke dalam bersama Reen dan rakan-rakan mereka yang lain. Dengan wajah kerisauan dan hampir menangis, Iffah mendekati Luca.

APOCALYPSE ZWhere stories live. Discover now